Tips Keselamatan Akaun Genting Rewards

Kad Genting Rewards anda bukanlah sekadar kad biasa – ia adalah kunci kepada pelbagai ganjaran, mata, dan pengalaman istimewa di Resorts World Genting. Jaga kad anda dan maklumat peribadi dengan baik untuk elakkan penyalahgunaan akaun.

Kami sentiasa berusaha untuk melindungi maklumat anda, tetapi langkah keselamatan anda adalah lapisan penjagaan dan pertahanan yang paling penting. Baca tip penting ini untuk pastikan PIN dan log masuk mudah alih anda kekal rahsia sepenuhnya:

✅ SEMAKAN KESELAMATAN:

  • Lindungi Kad dan Akaun: Sentiasa simpan kad Genting Rewards anda di tempat yang selamat.Rahsiakan PIN: Ketika memasukkan PIN, pastikan anda menutup papan kekunci dan peka terhadap persekitaran anda.Kuatkan Kata Laluan: Cipta kata laluan yang kukuh dan unik dengan gabungan huruf, nombor, dan simbol untuk akaun Genting Rewards. Tukar kata laluan anda secara berkala jika boleh.

🚫 ELAKKAN PERKARA INI:

  • JANGAN Kongsi PIN atau Kata Laluan: Jangan sekali-kali berkongsi PIN atau kata laluan anda dengan sesiapa – termasuk rakan rapat atau ahli keluarga. Ia mesti dirahsiakan sepenuhnya.
  • Elakkan Komunikasi Yang Tidak Selamat: Jangan hantar PIN atau kata laluan anda melalui e-mel, mesej segera, panggilan telefon, SMS atau mana-mana saluran yang tidak selamat. Kami tidak akan meminta maklumat ini melalui cara-cara tersebut.
  • Kad Anda, Tanggungjawab Anda: Jangan berikan kad Genting Rewards anda kepada orang lain. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengelakkan penyalahgunaan. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kesan yang tidak dijangka, termasuk penamatan keahlian anda.
  • SENTIASA BERWASPADA: Waspada terhadap mesej yang tidak dijangka. Jangan klik pautan atau lampiran mencurigakan yang kononnya dihantar oleh Genting Rewards.

🚨 TINDAKAN SEGERA JIKA KAD ANDA HILANG!

Jika anda mengesyaki kad atau akaun Genting Rewards anda hilang atau disalah guna, BERTINDAK SEGERA! Hubungi kami melalui saluran berikut:

  • Hubungi G.I.V.A (boleh layari laman web atau aplikasi mudah alih kami)
  • Hubungi Hotline Keahlian: +603 6105 2028
  • Kunjungi Pusat Genting Rewards (Dibuka 24 jam)

Keselamatan anda adalah keutamaan kami. Bertindak pantas, lindungi keahlian, dan nikmati ketenangan minda.

  

Kekalkan Ganjaran Anda: Penebusan Berasaskan PIN

Untuk keselamatan dan kemudahan ahli Genting Rewards, kami memerlukan anda untuk memasukkan PIN bagi semua transaksi penebusan mata di cawangan yang mengambil bahagian.

Untuk proses penebusan yang lebih lancar, anda dikehendaki mengaktifkan PIN secara segera sebelum penggunaan.

Apa yang anda perlu lakukan jika:
 

Pengguna PIN Kali Pertama: Berikut merupakan cara untuk mengaktifkan nombor PIN anda

A. Aplikasi Resorts World Genting

  • Log masuk akaun anda
  • Pergi ke tetapan profil
  • Aktifkan “GeM Activation”
  • Pengesahan - Pilih satu cara untuk mengesahkan identiti anda melalui nombor telefon atau e-mel yang telah didaftarkan.
  • Masukkan OTP yang dihantar kepada nombor telefon atau e-mel
  • Masukkan PIN yang dikehendaki. PIN anda mesti diantara 6-8 digit (nombor)

B. Kunjungi Kaunter Perkhidmatan: Kunjungi Pusat Genting Rewards (Dibuka 24 jam)
 

Lupa nombor PIN: Berikut merupakan cara yang anda boleh lakukan untuk set semula nombor PIN

A.iKiosks

B. Aplikasi Resorts World Genting

  • Log masuk akaun anda
  • Pergi ke tetapan profil
  • Pergi ke bahagian “Change PIN (GeM/e-CASH)”
  • Pengesahan - Pilih satu cara untuk mengesahkan identiti anda melalui nombor telefon atau e-mel yang telah didaftarkan.
  • Masukkan OTP yang dihantar kepada nombor telefon atau e-mel
  • Masukkan PIN yang dikehendaki. PIN anda mesti diantara 6-8 digit (nombor)

C. Kios Layan Diri Genting Rewards

  • Pilihan bahasa anda
  • Baca dan setuju dengan Penyata Pemprosesan Data Peribadi
  • Masukkan MyKad (Warganegara) atau imbas pasport (Bukan Warganegara)
  • Alihkan Mykad atau pasport setelah selesai
  • Pilih “Update Profile & Reset PIN”. Buat sebarang perubahan yang diperlukan
  • Masukkan nombor PIN baharu. PIN anda mesti diantara 6-8 digit (nombor)

D. Kunjungi Pusat Genting Rewards (Dibuka 24 jam)

Kemas Kini PIN dari 4 digit sehingga minimum 6 digit: Sila lawati mana-mana kemudahan di bawah untuk kemas kini PIN (minimum 6 digit) anda secara langsung

A. Mesin Slot

B. Mesin Permainan Meja Elekronik (ETG)

C. iKiosk

D. Aplikasi Resorts World Genting

  • Log masuk akaun anda
  • Pergi ke tetapan profil
  • Pergi ke bahagian “Change PIN”
  • Pengesahan - Pilih satu cara untuk mengesahkan identiti anda melalui nombor telefon atau e-mel yang telah didaftarkan.
  • Masukkan OTP yang dihantar kepada nombor telefon atau e-mel
  • Masukkan PIN yang dikehendaki. PIN anda mesti diantara 6-8 digit (nombor)

E. Kunjungi Kaunter Perkhidmatan: Kunjungi Pusat Genting Rewards (Dibuka 24 jam)
 

Tentang PIN
PIN ialah kod rahsia yang anda pilih untuk membuktikan anda adalah pemegang sah akaun di bawah kad Genting Rewards. PIN anda mesti sentiasa dirahsiakan dan tidak pernah dicatatkan di mana-mana.

Apakah kegunaan PIN?
Anda memerlukan PIN untuk mengesahkan transaksi atau aktiviti tertentu di resort, seperti pengeluaran, penebusan baucar, transaksi penebusan mata dan banyak lagi.

    Bagaimanakah transaksi penebusan mata berasaskan PIN berfungsi di tempat jualan?

    LANGKAH 1:

    • Kad Keahlian Fizikal: Ketik kad keahlian Genting Rewards anda di terminal tempat jualan
    • *Keahlian Berdasarkan Kod QR: Log masuk dan akses Aplikasi Resorts World Genting → Pembekal perkhidmatan akan mengimbas kod QR keahlian anda semasa pembelian → Akses kepada keahlian digital anda
    • *Nombor Telefon: Berikan nombor telefon bimbit berdaftar dengan Genting Rewards sewaktu pembelian → Akses kepada nombor keahlian anda

    LANGKAH 2:

    • Masukkan PIN 6 digit anda dengan selamat