Tawaran Menarik


Notis Penting

  • Kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan di sekitar resort. Pada masa ini, mungkin terdapat bunyi bising dan habuk di sekitar kawasan.
  • Padang golf kami sedang menjalani kerja-kerja pengubahsuian sehingga pengumuman lanjut. Namun, permainan golf 9-lubang masih beroperasi seperti biasa.
  • Kolam renang akan ditutup pada 23.09.2023 & 03.10.2023 dari 5 petang – 8 malam. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku.

Permata tersembunyi di dalam hutan khatulistiwa

Terletak hanya 35 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur, resort ini merupakan destinasi yang ideal untuk pelancong datang berehat dari kesibukan kota. Pelbagai aktiviti ada ditawarkan disini, termasuklah golf di padang pergunungan ikonik 18 lubang, trekking melalui hutan yang berusia 130 juta tahun dan memerhati burung eksotik.

Di Resorts World Awana, tersedia AYU Awana, restoran gaya hidup tropika pertama di Malaysia dan poolside lounge.

Resort ini terletak hanya dua minit dengan kereta dari Genting Highlands Premium Outlets. Kami juga menawarkan perkhidmatan ulang-alik percuma ke Genting Highlands Premium Outlets secara berkala dari lobi hotel.

 

Nota:  Tempahan bilik yang telah disahkan tidak boleh dipindahkan kepada orang lain. Tetamu tidak dibenarkan mendaftar masuk bagi pihak orang lain. Kegagalan untuk mendaftar masuk akan dianggap sebagai tidak hadir dan bayaran penalti akan dikenakan.
resort world Awana

Santap & Kemudahan

 

Mesyuarat, Acara & Perkahwinan

 

Aktiviti

Alami pagi yang diselubungi kabus yang dipenuhi dengan bauan embun yang membara. Terpesona dengan pemandangan yang menakjubkan dan kehijauan yang melimpah. Luangkan masa berkualiti bersama keluarga, rakan dan diri anda di resort gunung yang lengkap dengan padang golf yang memenangi anugerah dan pelbagai aktiviti eko-sukan.