Penyata Pemprosesan Data Peribadi


Penyata Pemprosesan Data Peribadi (“PPDP”) ini disediakan mengikut peruntukan yang termaktub dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”). PPDP menetapkan polisi dan prosedur Kumpulan berkenaan dengan data peribadi anda dan persetujuan anda dalam penggunaan dan pemprosesan data peribadi anda untuk tujuan-tujuan yang ditetapkan di bawah.

ANDA MESTI MEMBACA DAN MEMAHAMI PERUNTUKAN PPDP INI SEBELUM ANDA MENDEDAHKAN MANA-MANA DATA PERIBADI ANDA KEPADA KUMPULAN.

1. Definisi

1.1 “Kumpulan” ertinya Genting Malaysia Berhad dan/atau syarikat induk, anak-anak syarikat, syarikat-syarikat yang berkaitan dan bersekutunya, dan syarikat-syarikat yang mengguna atau mungkin mengguna jenama “Genting” dan/atau “Resorts World”, tidak kira sama ada syarikat (atau syarikat-syarikat) itu diperbadankan di dalam atau luar Malaysia (secara kolektif dikenali sebagai “Sekutu”). Sebarang rujukan kepada “Kumpulan” dalam PPDP adalah merujuk kepada Genting Malaysia Berhad dan/atau Sekutunya.

1.2 “Data Peribadi” ertinya data peribadi yang ditaksirkan dalam Akta, termasuk tanpa batasan nama anda, nama samaran, umur, jantina, tarikh lahir, alamat, alamat e-mel, nombor telefon, rakaman CCTV dan audio, data biometric, gambar, pendapat, komen, maklumat berkaitan penyakit berjangkit atau menular termasuk tanpa batasan, ujian COVID-19 dan/atau rekod-rekod vaksinasi tersedia pada masa yang berkaitan , maklumat berkaitan dengan program dan/atau pakej yang anda telah sertai dan apa-apa maklumat peribadi atau pandangan/pendapat anda yang telah dan/atau mungkin dikumpul, disusun, direkod, diterima, diguna, disimpan, dalam milikan, diproses, diselenggara, dikekal dan ditangani oleh Kumpulan dalam apa-apa cara yang difikirkan sesuai oleh Kumpulan dari semasa ke semasa.

2. Pemberian Data Peribadi (termasuk data peribadi sensitif) dan Persetujuan

2.1 Kumpulan akan memperolehi Data Peribadi anda apabila anda memberi Data Peribadi anda kepada Kumpulan dalam apa-apa cara atau bentuk termasuk yang berhubungan dengan apa-apa transaksi dan/atau pertanyaan yang dibuat dengan Kumpulan. Kumpulan juga akan mengumpul, menyusun, merekod, menerima, mengguna, menyimpan, memilik, mengekalkan dan/atau menangani (secara kolektif dikenali sebagai “Memproses”) Data Peribadi anda apabila anda mendaftar di dan/atau memasuki laman web, laman-laman web rangkaian sosial, aplikasi-aplikasi dan/atau blog-blog Kumpulan dan/atau mengambil bahagian dalam apa-apa acara atau aktiviti Kumpulan yang mungkin anda sertai pada bila-bila masa dan untuk apa-apa tujuan.

2.2 Kumpulan juga akan Memproses Data Peribadi anda yang dibekalkan oleh mana-mana pihak ketiga, badan rujukan kredit, pihak penguatkuasa dan perundangan dan pengendali kasino yang lain, untuk tujuan yang relevan pada masa itu, termasuk tetapi tidak terhad kepada pembekalan perkhidmatan Kumpulan (contohnya, melakukan semakan yang bersesuaian dan penilaian risiko untuk memudahkan pembekalan perkhidmatan), mematuhi syarat-syarat perjanjian dan/atau untuk mematuhi atau memenuhi prosedur operasi standard, obligasi-obligasi undang-undang Kumpulan.

2.3 Persetujuan nyata dan/atau perjanjian kepada Kumpulan untuk Memproses Data Peribadi anda (termasuk data peribadi sensitif seperti tertakrif di dalam Akta) menurut terma dan syarat PPDP ini diberi apabila anda membekalkan Data Peribadi anda kepada Kumpulan dan/atau anda terus menggunakan, menyelenggara, mengambil bahagian, menikmati atau menggunakan mana-mana satu atau lebih bilik-bilik hotel, makanan dan minuman, taman-taman tema, program-program kesetiaan pelanggan, produk-produk, barang-barangan, perkhidmatan-perkhidmatan, kemudahan-kemudahan, acara-acara, aktiviti-aktiviti, promosi-promosi, program-program, pakej-pakej, alatan-alatan, peralatan-peralatan, laman-laman web dan/atau aplikasi-aplikasi yang telah atau mungkin dibekalkan, diperkenalkan, disediakan atau ditawarkan oleh Kumpulan pada masa yang berkaitan (secara kolektif dirujuk sebagai “Perkhidmatan & Kemudahan”) dengan cara apa pun dan/atau untuk apa-apa tujuan. Persetujuan nyata ini akan berterusan sehingga anda memberitahu Kumpulan bahawa anda berhasrat untuk membatasi hak untuk Memproses Data Peribadi anda seperti yang dinyatakan di sini, adalah dianggap bahawa anda telah dengan nyata bersetuju untuk Kumpulan Memproses Data Peribadi anda.

3. Tujuan Pemprosesan

3.1 Kumpulan mungkin Memproses Data Peribadi anda untuk mana-mana satu atau lebih tujuan-tujuan yang disenaraikan seperti berikut (secara kolektif dikenali sebagai “Tujuan-Tujuan”), iaitu:-

(a) Untuk memproses permohonan/borang anda;
(b) Untuk berkomunikasi dengan anda melalui SMS, panggilan telefon, emel, faks, surat dan/atau lain-lain saluran komunikasi yang bersesuaian;
(c) Untuk memberi respons kepada soalan-soalan dan komen-komen anda;
(d) Untuk menyediakan Perkhidmatan & Kemudahan seperti yang anda minta atau berminat;
(e) Untuk tujuan pentadbiran;
(f) Untuk memaklumkan apa-apa perubahan kepada Perkhidmatan & Kemudahan kami yang boleh mempengaruhi anda melalui SMS, panggilan telefon, emel, faks, surat dan/atau lain-lain saluran komunikasi yang bersesuaian;
(g) Untuk memasarkan dan mempromosikan Perkhidmatan & Kemudahan yang mungkin meminatkan anda dari semasa ke semasa melalui SMS, panggilan telefon, emel, faks, surat dan/atau lain-lain saluran komunikasi yang bersesuaian;
(h) Untuk memproses dan menganalisis Data Peribadi anda secara individu atau kolektif dengan individu-individu yang lain (termasuk syarikat-syarikat);
(i) Untuk memantau, mengakses dan/atau menilai kecergasan dan kewajaran anda untuk menyertai, mengambil bahagian, menikmati atau mengguna mana-mana Perkhidmatan & Kemudahan, termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana program kesetiaan pelanggan;
(j) Bagi tujuan pemasaran langsung melalui SMS, panggilan telefon, emel, faks, surat dan/atau lain-lain saluran komunikasi yang bersesuaian;
(k) Bagi tujuan-tujuan lain yang difikirkan patut oleh Kumpulan dan/atau tujuan-tujuan lain yang akan disenaraikan dalam dokumen-dokumen berkaitan atau relevan kepada anda;
(l) Untuk membekalkan dan/atau mengesahkan Data Peribadi anda, menjalankan semakan keselamatan dan kewangan dan penilaian risiko dengan pengendali kasino yang lain, pembekal perkhidmatan, bank, pihak penguatkuasa, kehakiman dan pihak berkuatkuasa bagi tujuan memudahkan atau memproses sebarang transaksi kewangan anda;
(m) Bagi pencegahan dan pengesanan penipuan; dan
(n) Bagi tujuan Kumpulan mematuhi dan menunaikan obligasi yang dikehendaki di bawah undang-undang di Malaysia dan/atau luar Malaysia seperti keperluan pelaporan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dan Akta Pendaftaran Tetamu 1965.
(o) Hubungan dan menghadkan pergerakan semua individu di lokasi hakmilik kami, termasuk tanpa batasan, anda, tetamu, pembekal, kontraktor dan penyewa kami, sekiranya terdapat individu atau kontak rapat yang diuji positif untuk sebarang penyakit berjangkit atau menular;
(p) Untuk memantau, menilai, mengakses dan/atau mengambil tindakan yang bersesuaian berkenaan dengan penyakit berjangkit dan/atau menular, termasuk tanpa batasan, rekod dan/atau status saringan COVID-19 dan/atau vaksinasi dan/atau keadaan kesihatan anda;
(q) Membantu dan memberikan maklumat yang relevan kepada pihak berkuasa untuk menyokong usaha pengesanan kontak rapat untuk mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit atau menular; dan
(r) Untuk dikongsi dengan pihak berkuasa yang berkenaan jika diperlukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menjalankan campur tangan perubatan dan pentadbiran yang diperlukan;
(s) Untuk tujuan lain yang mungkin diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang di dalam dan di luar Malaysia, termasuk undang-undang yang berkaitan dengan keterangan.

3.2 Pemberian Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan yang disenaraikan dalam Seksyen 3.1 (a) hingga (l) di atas adalah secara sukarela dan secara pilihan. Walau bagaimanapun, kegagalan memberi Data Peribadi yang diminta atau apa-apa yang mengehadkan Kumpulan untuk Memproses Data Peribadi itu boleh mengakibatkan Kumpulan tidak dapat (a) memproses permohonan/borang berkenaan; (b) menyediakan seluruh atau sebahagian Perkhidmatan & Kemudahan yang disediakan oleh Kumpulan kepada anda secara berterusan; (c) menyediakan Perkhidmatan & Kemudahan setakat yang dinyatakan dalam bahan-bahan promosi Kumpulan; dan/atau (d) menyediakan mana-mana Perkhidmatan & Kemudahan baru yang mungkin dibekalkan, diperkenalkan, disediakan atau ditawarkan oleh Kumpulan dari semasa ke semasa.

3.3 Pemberian Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan yang disenaraikan dalam Seksyen 3.1 (m), (n), (r) dan (s) di atas adalah mandatori dan kegagalan atau keengganan anda untuk memberi Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan tersebut boleh menjadi suatu kesalahan di bawah undang-undang dan/atau Kumpulan mungkin dengan serta-merta menghentikan hubungan atau menamatkan peruntukan atau pembekalan Perkhidmatan & Kemudahan kepada anda.

3.4 Data Peribadi anda boleh dipindahkan, disimpan, dan diproses dalam bidang kuasa lain selain Malaysia. Anda memahami dan bersetuju bahawa Data Peribadi anda mungkin dipindahkan kepada pihak ketiga di luar Malaysia di mana Kumpulan berkongsi dengannya seperti yang dinyatakan dalam PPDP ini.
3.5 Sekiranya anda memutuskan untuk tidak memberikan data bagi tujuan yang tersenarai dalam Bahagian 3.1 (o), (p) dan (q) di atas, kami berhak untuk menolak kemasukan anda ke premis hakmilik kami.

4. Penzahiran kepada Pihak Ketiga

4.1 Bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan di sini dan untuk memudahkan penyediaan pelbagai Perkhidmatan & Kemudahan kepada anda, Kumpulan mungkin berkongsi dengan dan/atau memindahkan Data Peribadi anda kepada:-

(a) entiti-entiti lain di dalam Kumpulan;
(b) pembekal-pembekal perkhidmatan pihak ketiga Kumpulan;
(c) mana-mana orang di bawah kewajipan sulit kepada Kumpulan;
(d) mana-mana penerima serah hak, penerima hakmilik, peserta atau sub-peserta kepada hak atau perniagaan Kumpulan yang sah atau disarankan;
(e) ahli-ahli keluarga terdekat anda dan/atau orang yang dihubungi ketika kecemasan sebagaimana yang dimaklumkan kepada Kumpulan dari semasa ke semasa; dan
(f) pengawalselia dan pihak berkuasa kerajaan untuk mematuhi keperluan-keperluan undang-undang dan/atau kerajaan; termasuk tanpa batasan Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) atau orang-orang yang diberi kuasa termasuk tetapi tidak terhad kepada pegawai diberi kuasa seperti yang ditaksirkan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, hospital, klinik kesihatan, pusat vaksinasi dan/atau pegawai-pegawai kesihatan untuk tujuan pelaporan.

4.2 Kumpulan juga mungkin berkongsi Data Peribadi anda seperti yang diwajibkan oleh undang-undang atau jika pendedahan adalah perlu untuk mematuhi undang-undang, proses undang-undang atau pertanyaan daripada pihak berkuasa yang berkenaan.

5. Hak untuk Mengehadkan Pemprosesan

5.1 Sekiranya anda:

(a) tidak ingin menerima apa-apa komunikasi pemasaran daripada Kumpulan; atau
(b) ingin Kumpulan menghentikan pemprosesan Data Peribadi anda bagi tujuan pemasaran atau sebarang tujuan pemasaran langsung; atau
(c) ingin mengubah cara di mana Kumpulan dibenarkan untuk Memproses Data Peribadi anda seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 3 di atas;

anda boleh mengemukakan permintaan anda secara bertulis kepada alamat seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 9 di bawah.

5.2 Apabila anda melawat laman-laman web dan/atau aplikasi-aplikasi Kumpulan, beberapa maklumat mengenai komputer anda seperti alamat IP, perisian pelayar web, dan laman-laman web yang dirujuki akan dikumpulkan secara automatik. Maklumat itu hanya digunakan untuk mewujudkan pengalaman pengguna yang lebih baik dan untuk mengenal pasti bahagian yang perlu ditambahbaik dalam laman web dan/atau aplikasi-aplikasi Kumpulan.

5.3 Sebagai pelawat ke laman web Kumpulan, anda mungkin diperuntukan satu fail cookie kekal pada pemacu cakera keras komputer anda. Anda berhak memilih untuk tidak menerima fail cookie dengan membolehkan pelayar web anda untuk menolak cookie atau memberi isyarat sebelum menerima cookie. Dengan tidak menerima cookie, anda mungkin tidak dapat mengakses perkhidmatan dan peralatan tertentu yang ditawarkan di laman web.

6. Integriti, Akses dan Pembetulan Data Peribadi

6.1 Kumpulan mengambil langkah-langkah untuk memastikan Data Peribadi anda Diproseskan mengikut butiran yang diberikan oleh anda.

6.2 Anda boleh memohon mengakses kepada dan/atau membuat sebarang pembetulan ke atas Data Peribadi anda dengan mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Kumpulan di alamat yang tercatat dalam Seksyen 9 di bawah.

6.3 Berkenaan hak anda untuk mengakses dan/atau membetulkan Data peribadi, Kumpulan mempunyai hak untuk:-

(a) menolak permintaan anda untuk mengakses dan/atau membuat sebarang pembetulan terhadap Data Peribadi anda mengikut cara yang diperuntukkan dalam Akta, seperti perbelanjaan untuk memberikan akses kepada anda tidak setimpal dengan risiko kepada privasi anda, atau hak pihak lain tergugat, antara sebab lain.
(b) menolak permintaan anda untuk mengakses dan/atau membuat sebarang pembetulan terhadap Data Peribadi anda seperti yang dibenarkan di bawah Akta, termasuk di mana Data Peribadi anda diproses oleh Kumpulan untuk melaksanakan fungsi pengawalseliaan dan menyediakan akses kepada anda dan/atau hak untuk membuat sebarang pembetulan terhadap Data Peribadi anda mungkin memprejudiskan pelaksanaan fungsi-fungsi tersebut oleh Kumpulan; dan
(c) mengenakan fi yang dibenarkan di bawah Akta bagi memproses permintaan anda untuk mengakses Data Peribadi anda.

6.4 Walaupun akses diberikan kepada anda atau sebarang pembetulan/pengemaskinian yang dilakukan terhadap Data Peribadi anda, PPDP ini hendaklah terus menjadi sah dan berkesan pada setiap masa.

7. Keselamatan Data Peribadi

Kawalan-kawalan, cara-cara dan langkah-langkah akan diambil oleh Kumpulan untuk melindungi Data Peribadi yang Diproseskan oleh Kumpulan dimana kawalan-kawalan, cara-cara dan langkah-langkah tersebut tertakluk kepada semakan semula dari semasa ke semasa.

8. Penyimpanan Data Peribadi

8.1 Data Peribadi anda akan disimpan oleh Kumpulan selagi ianya diperlukan dan suai manfaat untuk memenuhi mana-mana satu atau lebih Tujuan-Tujuan seperti yang dinyatakan disini seperti yang diperlukan (sama ada secara tersirat atau nyata) bagi keperluan pengawalseliaan, keperluan undang-undang dan perakaunan dan/atau dasar-dasar dan prosedur-prosedur Kumpulan.

8.2 Kumpulan mematuhi langkah dan proses yang munasabah dalam memadam, memusnahkan dan/atau membatalkan Data Peribadi anda yang tidak perlu dikekalkan.

9. Pertanyaan dan Cara Hubung

Anda boleh meminta akses dan/atau meminta untuk membuat pembetulan terhadap Data Peribadi anda atau membuat sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan dengan pemprosesan Data Peribadi anda dengan menghubungi kakitangan berikut untuk bantuan lanjut:-

Ketua Jabatan
Jabatan Pematuhan, Genting Malaysia Berhad
Alamat: Genting Highlands Resort, 69000 Genting Highlands, Pahang Darul Makmur, Malaysia.
No. Tel: +603-61059439
E-mel: pdp@rwgenting.com

Dikemaskini dan berkuatkuasa pada 19 Oktober 2022


Nota:

(1) Kumpulan berhak untuk menyemak semula PPDP ini dari semasa ke semasa atas sebab perubahan dalam undang-undang dan peraturan yang berkaitan dan anda dianggap telah bersetuju terhadap penyemakan itu sekiranya anda masih mengekalkan perhubungan dengan Kumpulan tanpa sebarang bantahan.
Anda dialu-alukan untuk mendapatkan versi terbaru PPDP dari laman web Kumpulan atau dari kaunter perkhidmatan pelanggan kami.

(2) Sekiranya berlaku percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi terjemahan lain untuk PPDP ini, maka versi Bahasa Inggeris akan dirujuk dan terpakai.

(3) Sila ambil perhatian bahawa alamat e-mel yang ditetapkan di atas adalah khusus untuk perkara berkaitan data peribadi. Untuk sebarang pertanyaan yang lain, sila merujuk ke laman web www.rwgenting.com.