Rasa Autentik Itali

Trattoria Il Lago menyajikan hanya yang terbaik dari Itali.

Trattoria Il Lago menyajikan rasa autentik Itali, dipadankan dengan pemandangan menakjubkan.

Trattoria Il Lago menawarkan para pengunjung Resorts World Genting sebuah ruang hidangan dengan konsep terbuka dan suasana santai, para tetamu boleh menikmati sajian Itali yang penuh rasa sambil merasai kehangatan suasana sekitar yang sering meriah dengan aktiviti dan hiburan secara langsung.

Dengan kapasiti tempat duduk sehingga 102 orang, trattoria ini menampilkan suasana kasual, intim dan mesra. Ia hadir dengan tawaran menu à la carte yang penuh dengan pilihan pasta, antipasti, salad dan pencuci mulut yang baharu dan terbaik.

Setiap hidangan bermula dengan:

Roti Itali yang baru dibakar bersama keju cair dan sos marinara.

Salad Caesar klasik dengan romaine lettuce, crouton bawang putih, telur onsen tamago, taburan ikan bilis, keju parmesan, bonito flakes dan dressing miso Caesar.

Calamari alla griglia (sotong bakar dengan bawang putih, cili merah, lada Sichuan, keju parmesan parut dan sos pedas).

Untuk hari-hari yang dingin, nikmati sup krim cendawan liar dengan crouton parmesan, atau sup minestrone yang penuh dengan sayur-sayuran dalam kuah tomato yang hangat.

Pilihan piza istimewa termasuklah Margherita (sos tomato, keju mozzarella & fontina, tomato segar, basil segar dan oregano). Chicken Curry (kari ayam tradisional dengan sos kari, daun kari, bawang & keju mozzarella). Sambal Ikan Bilis (sambal pedas, telur goreng, bawang, keju mozzarella dan sambal ikan bilis pedas). Hawaiian (potongan nenas, daging salai, keju mozzarella dan sos tomato).

Pilihan pasta merangkumi Crab Carbonara (isi ketam, sos krim, tobiko dan keju parmesan). Seafood Aglio Olio (cili kering, basil segar, sotong, kupang dan udang). Spaghetti Chicken Meatball (bebola ayam, sos tomato, basil segar dan keju parmesan). Tetamu juga boleh mencipta pasta pilihan mereka sendiri dengan spaghetti, fettucine, capellini atau rigatoni, dipadankan dengan sos pilihan: Pomodoro (sos tomato klasik dengan basil segar dan parmesan), Aglio Olio (bawang putih, minyak zaitun, cili kering dan parmesan), Bolognese (ayam cincang dimasak bersama tomato, sayuran aromatik, herba dan parmesan), Vongole (sos Itali klasik dengan kerang, minyak zaitun, bawang putih dan pasli).

Hidangan lain yang mengenyangkan termasuk Risotto cendawan dengan bawang putih, minyak truffle dan keju parmesan. Macaroni bakar dengan bayam muda, ayam salai, sos krim, parmesan dan mozzarella. Ikan siakap bakar dengan brokoli, lobak merah dan sos lemon caper.

Cuba juga pilihan pencuci mulut Chocolate Fondant bersama topping strawberi dan ais krim vanilla atau Gelato homemade dalam perisa vanila, coklat, salted caramel atau strawberi.

Lokasi: Aras G, SkyAvenue
Waktu Operasi:
Ahad – Khamis: 11 pagi – 11 malam
Jumaat & Sabtu: 11 pagi – 12 tengah malam