Lobster Segar dan Lazat, kini dengan Perisa Baharu

Temui udang kara hidup kami, dibawa dari perairan Atlantik dalam ke meja anda pada 6,000 kaki di puncak, kini hadir dengan menu-menu baharu yang melazatkan.

Sebagai cawangan pertama Burger & Lobster di Asia Tenggara, kami komited dalam membawakan pengalaman berkelas dunia seperti cawangan di London. Udang kara diimport dari Nova Scotia, Kanada, dan burger dibuat dengan daging lembu gred halal tertinggi dari Stanbroke, Australia.

Menu Yang Disyorkan

  • Chili Lobster

Hidangan signature kami, eksklusif hanya di Resorts World Genting.

  • XO Lobster (BARU)

Hadir dengan penuh rasa umami, sos XO adalah sos makanan laut pedas dari Hong Kong menjadikan ia hidangan unik.

  • Kimchi Roll (BARU)

Gabungan udang kara segar bersama kimchi dan gochujang pedas. Menawarkan rasa yang unik dan memuaskan.

  • Atomic Smash Burger (BARU)

Nikmati keenakan burger dengan bahan yang segar, patty karamel yang sempurna dan sos Atomic istimewa kami.

Lokasi: Tingkat 1, SkyAvenue


Waktu operasi

Isnin - Khamis: 12 tengah hari - 10 malam
Jumaat: 12 tengah hari - 11 malam
Sabtu: 11 pagi - 11 malam
Ahad: 11 pagi - 10 malam

 

Hayati keunikan rasa Malaysia dengan Asam Pedas Lobster Set di Burger & Lobster SkyAvenue sempena Hari Kebangsaan ini. Keenakan kuah asam pedas yang kaya dengan rempah ratus tempatan dipadankan sempurna dengan isi lobster segar yang manis dan berjus. Dihidangkan bersama nasi putih panas serta Tropical Tea Twist yang menyegarkan, setiap hidangan menjanjikan pengalaman yang meraikan cita rasa tempatan dengan sentuhan yang lebih istimewa.