Notis Pemberitahuan Penutupan Jalan – Bentong Monsoon Marathon 2026

 

Dimaklumkan bahawa bersempena acara Bentong Monsoon Marathon 2026, lorong kiri laluan turun Jalan Genting Highlands, dari pusingan-U Genting Permai (Happy Bee Farm) hingga bulatan kawasan rehat dan rawat Genting Sempah, akan ditutup sementara dari hari Jumaat, 27 November 2026, pukul 11.00 malam hingga hari Sabtu, 28 November 2026, pukul 6.00 pagi. Lorong ini akan digunakan oleh peserta larian yang dilepaskan dari Sekolah Kebangsaan Janda Baik.

Sila ambil maklum bahawa tempoh penutupan jalan ini adalah anggaran sahaja dan boleh bermula atau berakhir lebih awal atau lewat daripada masa yang dinyatakan. Laluan naik ke Resorts World Genting kekal dibuka dan tidak terjejas.

Para pengunjung dan pengguna jalan dinasihatkan merancang perjalanan masing-masing serta mematuhi arahan anggota trafik yang bertugas di lokasi.

Kami mengucapkan terima kasih atas perhatian, kefahaman dan kerjasama anda.

Lingkaran Cekap Sdn Bhd