Pendaftaran License Plate Recognition (LPR) untuk Ahli Kad Platinum

Sebagai tanda penghargaan atas kesetiaan anda yang berterusan, kami menjemput anda untuk mendaftarkan kenderaan melalui pautan di bawah dan menikmati kemudahan Complimentary Drive to the Top di LPR kami. Daftar lebih awal untuk perjalanan yang lebih lancar dan mudah.

Terima kasih kerana menjadi sebahagian penting dalam perjalanan kami — kami menantikan kehadiran anda tidak lama lagi!

DAFTAR SEKARANG

 


Panduan: Cara mendaftarkan Nombor Plat Kenderaan di laman web RWG

Langkah 1: Log masuk ke dalam akaun anda di laman web Resorts World Genting (RWG): klik di sini

Langkah 2: Pergi ke bahagian “LPR Registration”

lpr


Langkah 3: Masukkan nombor plat kenderaan anda

lpr


Langkah 4: Baca FAQ dan Terma & Syarat (T&S) untuk maklumat lanjut, kemudian tandakan kotak persetujuan T&S

lpr


Langkah 5: Masukkan semula nombor plat kenderaan untuk pengesahan

lpr


Langkah 6: Semak dan pastikan nombor plat adalah tepat sebelum dihantar

lpr


Langkah 7: Selepas dihantar, kenderaan anda akan didaftarkan untuk penggunaan kemudahan LPR

lpr


Langkah 8: Kini anda boleh melihat nombor plat kenderaan yang didaftarkan di halanman profil anda

lpr


Panduan: Cara mendaftarkan Nombor Plat Kenderaan di Aplikasi RWG

Langkah 1: Pergi ke bahagian “Profile” selepas log masuk ke aplikasi.

Langkah 2: Tekan “LPR Registration”

lpr


Langkah 3: Masukkan nombor pendaftaran kenderaan anda.

lpr


Langkah 4: Baca Soalan Lazim (FAQ) dan Terma & Syarat (T&S) untuk maklumat lanjut, kemudian tandakan kotak persetujuan.

lpr


Langkah 5: Masukkan semula nombor pendaftaran kenderaan untuk pengesahan.

lpr
lpr


Langkah 6: Semak dan pastikan nombor pendaftaran kenderaan adalah tepat sebelum menghantar permohonan

lpr

Langkah 7: Setelah dihantar, kenderaan anda akan didaftarkan untuk penggunaan kemudahan LPR

lpr


Langkah 8: Anda kini boleh melihat nombor pendaftaran kenderaan yang telah didaftarkan di halaman profil anda.

lpr


Nota: Pendaftaran atau kemas kini maklumat kenderaan baharu mungkin mengambil masa sehingga 24 jam untuk dipaparkan di dalam sistem.

Notis Penting – Kemas Kini Nombor Plat Kenderaan

Anda kini boleh mengemas kini nombor plat kenderaan berdaftar anda melalui fungsi “Urus Pendaftaran LPR” di Aplikasi RWG atau laman web RWG, tertakluk kepada syarat berikut:

  • Sekurang-kurangnya 90 hari mesti telah berlalu sejak pendaftaran atau kemas kini nombor plat kenderaan yang terdahulu.
  • Anda boleh mengemas kini nombor plat kenderaan sehingga 2 kali dalam tempoh 365 hari.
  • Tempoh menunggu 90 hari bermula dari tarikh pendaftaran atau kemas kini nombor plat kenderaan yang terdahulu.

Contoh

TarikhTindakanStatus
01.01.2026Pendaftaran awal nombor plat kenderaan (pendaftaran pertama)Tidak dikira sebagai kemas kini
01.04.2026Kemas kini nombor plat kali pertamaDibenarkan
01.07.2026Kemas kini nombor plat kali keduaDibenarkan
01.01.2027Kemas kini nombor plat kali ketigaTidak Dibenarkan
05.04.2027Kemas kini nombor plat kali ketigaDibenarkan

Mengapa? Kemas kini pertama yang dibuat pada 01.04.2026 tidak lagi berada dalam tempoh 365 hari apabila tiba tarikh 05.04.2027. Oleh itu, hanya kemas kini yang dibuat pada 01.07.2026 diambil kira, sekali gus membolehkan kemas kini ketiga diteruskan. 

Kesilapan Taip atau Pertukaran Kenderaan
Sila kunjungi Kaunter Perkhidmatan Tetamu Genting Rewards sekiranya anda tersilap memasukkan nombor plat atau perlu menukar nombor plat kenderaan selepas mencapai had kemas kini.

Sila bawa dokumen berikut:

  • Lesen Memandu yang sah
  • Cukai Jalan Kenderaan – salinan fizikal atau salinan digital melalui aplikasi MyJPJ

Dokumen akan disemak dan disahkan oleh pasukan Perkhidmatan Tetamu Genting Rewards sebelum kemas kini diproses.

Nota: Kriteria kelayakan LPR dan proses pendaftaran sedia ada kekal tidak berubah