Sebagai tanda penghargaan atas kesetiaan anda yang berterusan, kami menjemput anda untuk mendaftarkan kenderaan melalui pautan di bawah dan menikmati kemudahan Complimentary Drive to the Top di LPR kami. Daftar lebih awal untuk perjalanan yang lebih lancar dan mudah.
Terima kasih kerana menjadi sebahagian penting dalam perjalanan kami — kami menantikan kehadiran anda tidak lama lagi!
Panduan: Cara mendaftarkan Nombor Plat Kenderaan di laman web RWG
Langkah 1: Log masuk ke dalam akaun anda di laman web Resorts World Genting (RWG): klik di sini
Langkah 2: Pergi ke bahagian “LPR Registration”
Langkah 3: Masukkan nombor plat kenderaan anda
Langkah 4: Baca FAQ dan Terma & Syarat (T&S) untuk maklumat lanjut, kemudian tandakan kotak persetujuan T&S
Langkah 5: Masukkan semula nombor plat kenderaan untuk pengesahan
Langkah 6: Semak dan pastikan nombor plat adalah tepat sebelum dihantar
Langkah 7: Selepas dihantar, kenderaan anda akan didaftarkan untuk penggunaan kemudahan LPR
Langkah 8: Kini anda boleh melihat nombor plat kenderaan yang didaftarkan di halanman profil anda
Panduan: Cara mendaftarkan Nombor Plat Kenderaan di Aplikasi RWG
Langkah 1: Pergi ke bahagian “Profile” selepas log masuk ke aplikasi.
Langkah 2: Tekan “LPR Registration”
Langkah 3: Masukkan nombor pendaftaran kenderaan anda.
Langkah 4: Baca Soalan Lazim (FAQ) dan Terma & Syarat (T&S) untuk maklumat lanjut, kemudian tandakan kotak persetujuan.
Langkah 5: Masukkan semula nombor pendaftaran kenderaan untuk pengesahan.
Langkah 6: Semak dan pastikan nombor pendaftaran kenderaan adalah tepat sebelum menghantar permohonan
Langkah 7: Setelah dihantar, kenderaan anda akan didaftarkan untuk penggunaan kemudahan LPR
Langkah 8: Anda kini boleh melihat nombor pendaftaran kenderaan yang telah didaftarkan di halaman profil anda.
Nota: Pendaftaran atau kemas kini maklumat kenderaan baharu mungkin mengambil masa sehingga 24 jam untuk dipaparkan di dalam sistem.
Anda kini boleh mengemas kini nombor plat kenderaan berdaftar anda melalui fungsi “Urus Pendaftaran LPR” di Aplikasi RWG atau laman web RWG, tertakluk kepada syarat berikut:
Contoh
| Tarikh | Tindakan | Status |
| 01.01.2026 | Pendaftaran awal nombor plat kenderaan (pendaftaran pertama) | Tidak dikira sebagai kemas kini |
| 01.04.2026 | Kemas kini nombor plat kali pertama | Dibenarkan |
| 01.07.2026 | Kemas kini nombor plat kali kedua | Dibenarkan |
| 01.01.2027 | Kemas kini nombor plat kali ketiga | Tidak Dibenarkan |
| 05.04.2027 | Kemas kini nombor plat kali ketiga | Dibenarkan |
Mengapa? Kemas kini pertama yang dibuat pada 01.04.2026 tidak lagi berada dalam tempoh 365 hari apabila tiba tarikh 05.04.2027. Oleh itu, hanya kemas kini yang dibuat pada 01.07.2026 diambil kira, sekali gus membolehkan kemas kini ketiga diteruskan.
Kesilapan Taip atau Pertukaran Kenderaan
Sila kunjungi Kaunter Perkhidmatan Tetamu Genting Rewards sekiranya anda tersilap memasukkan nombor plat atau perlu menukar nombor plat kenderaan selepas mencapai had kemas kini.
Sila bawa dokumen berikut:
Dokumen akan disemak dan disahkan oleh pasukan Perkhidmatan Tetamu Genting Rewards sebelum kemas kini diproses.
Nota: Kriteria kelayakan LPR dan proses pendaftaran sedia ada kekal tidak berubah