event-rwg


Adakah anda dan keluarga anda mengidamkan percutian yang menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan? Bersempena dengan ulang tahun Resorts World Genting yang ke-58, kami telah mengumpulkan pilihan aktiviti yang komprehensif untuk penginapan 2H1M yang penuh kegembiraan. Jom kita nikmati pelbagai pengalaman indah yang menantikan anda dan keluarga tersayang!

 

Hotel Check-In:

event-rwg

 

Mulakan percutian dengan promosi eksklusif sempena ulang tahun Resorts World Genting ke-58 pada hanya RM580 sahaja! Pakej ini menjanjikan keselesaan dan keseronokan terungkap!


Pakej ini termasuk:
• Peginapan 2H1M menginap di bilik Superior Deluxe di Resorts World Awana
• Minuman alu-aluan untuk dua (02)
• Bufet sarapan pagi di Jom Makan Awana untuk dua (02)
• Set makan malam di AYU Awana untuk dua (02)
• Lawatan alam semula jadi berpandu (2 – 3 jam) di Awana Trail selama dua (02) pada jam 9 pagi

 

Aktiviti - Aktiviti Hiburan:
1)  Pengalaman VIP di Genting SkyWorlds

event-rwg

 

Bersiap sedia untuk merasai layanan VIP dengan Pengalaman VIP Genting SkyWorlds! Anda dan keluarga bakal menanti lawatan eksklusif selama 3 jam, menawarkan tunggangan mendebarkan, pandangan di sebalik tabir dan tarikan yang akan meningkatkan pengembaraan anda ke tahap puncak di atas awan!

Tapi tunggu, ada lagi! Untuk masa yang terhad, tetamu yang membeli Pengalaman Terbaik Ulang Tahun Ke-58 akan menerima DISKAUN 15% di kedai-kedai makan di Genting SkyWorlds! Jom kenyangkan selera, nikmati perlakuan seperti bangsawan, dan rasai kebaikan dengan senyuman dan perut kenyang dijamin!

TEMPAH SEKARANG

 

2.  Urutan Relaxing di Oriental Signature

event-rwg

 

Kepada para ibu dan bapa yang ingin manjakan diri, singgah ke Oriental Signature di Resort Hotel! Dapatkan RM58 diskaun untuk orang kedua dalam pakej urutan badan selama 1 jam dengan promosi eksklusif Hari Ulang Tahun ke-58 Resorts World Genting. Jom rasai kesegaran dan keceriaan di tengah destinasi atas puncak ini.

LIHAT PROMOSI TERKINI

 

3.  Sesi “Movie Night” di Bona Cinemas

event-rwg

 

Selepas hari yang penuh dengan pengembaraan yang mengujakan, tiba masanya untuk bersantai dan merasai pengalaman tayangan filem tengah malam yang di Bona Cinemas. Terletak di SkyAvenue, jom nikmati filem-filem blockbuster terkini di skrin besar, mencipta kenangan tak dilupakan yang pasti membangkitkan rasa ghairah!

Dapatkan promosi hebat dengan membeli satu (01) Kombinasi A, dan kami akan memeriahkan pengalaman anda sekeluarga dengan Kombinasi A lain secara percuma!

BELI TIKET SEKARANG

 

4.  Pelancaran Ulang Tahun ke-58 Resorts World Genting

 

Jangan lepaskan peluang melihat acara perasmian Ulang Tahun Resorts World Genting yang Ke-58, di mana hadiah-hadiah menarik menanti para peserta. Anda dan keluarga mungkin berpeluang membawa pulang hadiah-hadiah yang mempesonakan, termasuklah hadiah seperti kereta, tiket kruise Genting Dream, telefon pintar, dan banyak lagi!


Untuk sertai:
• Daftar sebagai ahli Genting Rewards
• Berbelanja sekurang-kurangnya RM58 pada 08.08.2023 dalam satu resit.

 


 

Tempat Makan:

Sempena ulang tahun Resorts World Genting yang ke-58, nikmati promosi "58th Anniversary Genting Rewards Points Earning Boost" di outlet-outlet terpilih. Sambil menikmati hidangan lazat, jangan lepaskan tawaran menarik ini di mana setiap RM100 belanjaan dalam satu resit di outlet makanan yang menyertainya akan memberikan anda 1TP dan 4x GP. Jadikan pengalaman kulinari anda sekeluarga lebih bermakna dengan ganjaran hebat ini!

 

1)  Promosi “Early Bird” untuk ACE oleh Wolfgang’s Steakhouse - Bufet Makan Tengahari America-style

event-rwg

(Kredit imej: @wolfgangssteakhouserwg / Instagram)

Tempah meja anda tiga (03) hari lebih awal untuk ACE by Wolfgang's Steakhouse menikmati hidangan istimewa kami seperti Charbroiled 250gm Prime Age Beef dan pencuci mulut yang lazat pada kadar “early bird” hanya RM198 setiap seorang.

TEMPAH SEKARANG

 

2.  Charkata Barbeque Signature

event-rwg
event-rwg

(Kredit imej: @charkatabarbeque / Instagram)

Nikmati keaslian masakan Thai Malaysia di restoran BBQ terletak di First World Plaza. Jangan lepaskan promosi eksklusif Hari Ulang Tahun ke-58 kami! Nikmati set BBQ yang lazat untuk dua (02) hingga tiga (03) orang pada harga yang menarik, hanya RM58 sahaja. Kumpulkan keluarga tersayang dan mulakan perjalanan kuliner yang akan memuaskan selera anda!

 

3.  Killiney Kopitiam

event-rwg

(Kredit imej: @karenkohh / Instagram)

Kunjungi Killiney Kopitiam di Resort Hotel dan nikmati DISKAUN 58% untuk sebarang minuman apabila anda membeli sebarang hidangan istimewa mereka seperti Mee Siam, Laksa Singapura, Mee Rebus atau Ayam Kari.

 

4.  Pauline’s

event-rwg

(Kredit imej: Genting Rewards Malaysia / Facebook)

Pauline’s kini menawarkan hidangan Happy 58 Value Meal,termasuk sepinggan nasi lemak yang lazat dengan minuman PERCUMA, hanya RM5.80!

 

5.  Baskin Robbins

event-rwg
event-rwg

(Kredit imej: @baskinrobbinsmalaysia / Instagram) (Kredit imej: @venusmay / Instagram)

Mari nikmati pencuci mulut yang menyejukkan di atas puncak! Dengan tawaran eksklusif ini, Baskin Robbins menawarkan anda dan keluarga untuk menikmati dua (02) aiskrim saiz biasa dengan diskaun RM5.80! Murah sahaja! Jangan lepaskan peluang untuk menikmati perisa aiskrim kegemaran anda dengan tawaran terhad ini.

 

6.  Rollney

event-rwg

(Kredit imej:  @nadhxrah / Instagram)

Segar dibakar mengikut pesanan, nikmati gabungan aiskrim soft serve dan kon donat pastri Hungary dengan pelbagai topping dengan tawaran eksklusif di Rollney pada harga RM5.80 sahaja dengan setiap pembelian dua set aiskrim!

 

7.  PenyetPenyet.com

event-rwg

(Kredit imej:  @penyetpenyet.my / Instagram)

Kepada peminat setia ayam penyet, kunjungilah PenyetPenyet.com untuk meraisai kenikmatan set hidangan setengah ayam Penyet58 untuk dua (02) orang pada harga yang tberpatutan, hanya RM58++ di PenyetPenyet.com!

 

8.  The Bakery

event-rwg


Sebelum mengakhiri percutian 2H1M anda sekeluarga di Resorts World Genting, jangan lupa singgah ke The Bakery di Genting Grand untuk menikmati kopi percuma dengan perbelanjaan sebanyak RM50! Jadikan ia sentuhan terakhir sebelum pulang, supaya anda boleh menamatkan percutian anda dengan dentuman yang menyegarkan.

Sebaik sahaja hujung minggu tiba, anda dan keluarga akan pulang dengan hati penuh gelak tawa, kasih sayang, dan kenangan indah. Perayaan Jubli Ke-58 Resorts World Genting telah memberikan anda pengalaman yang tidak terlupakan bersama keluarga. Jadi, tandakan tarikh di kalendar, pack beg anda, dan jom sertai ulang tahun istimewa ini di Resorts World Genting!

KETAHUI LANJUT