

Image credit: @memewani/Instagram
Image credit: @burgerandlobstermy/Instagram
Lokasi: Aras 1, SkyAvenue
Mari berbuka puasa di restoran Burger & Lobster tertinggi di dunia, dan bersedia untuk sebuah pengalaman makan yang pasti tidak akan dilupakan! Dengan tawaran berganda, peminat restoran dapat menikmati cita rasa hidangan kegemaran termasuk Cheeseburger klasik, Mini Lobster Roll yang selalu diminati, dan separuh pound lobster yang lazat disediakan untuk berbuka puasa.
Lokasi: High Line Rooftop Market
Jangan risau kalau tak tahu nak buka puasa di mana. Harry Ramsden menawarkan ikan Atlantik Utara berkualiti tinggi disalut dengan adunan segar yang rangup dengan resepi rahsia Harry sendiri, dihidangkan dengan sampingan kerepek yang tentunya akan memenuhi citarasa semua orang. Jangan lupa juga untuk cuba Harry’s Chips yang dikupas dan digoreng dua kali untuk ciptakan tekstur dan rasa yang lebih lazat.
Lokasi: Aras 4, SkyAvenue
Nikmati makanan “street food” Malaysia yang lazat dengan harga berpatutan di medan selera ini. Nak nasi ayam claypot? Ada. Nak nasi goreng petai? Ada jugak. Nak cendol dan ais kacang? Boleh order saja di kaunter Minuman & Pencuci Mulut. Dan yang paling penting, semua makanan di sini halal dan pasti memuaskan selera anda selepas seharian berpuasa. Jadi, jangan terlepas peluang untuk merasa pengalaman berbuka puasa yang padu di Jom Makan Street Food!
Promosi Ramadan (23.03 – 21.04.2023)
Image credit: @jackmagnifico/Instagram
Lokasi: Aras G, SkyAvenue (di bawah Bona Cinemas)
Nikmati pelbagai pilihan hidangan nasi, mi, makanan ringan dan masakan yang diilhamkan daripada masakan Barat, Asia dan Timur Tengah. Tak lupa juga hidangan kuih-kuih tradisional dan pencuci mulut seperti karipap, samosa, som som gula Melaka dan buah potong yang amat menyelerakan setelah berjam-jam berpuasa. Lagi best, harga pun berpatutan!
Promosi Ramadan (23.03 – 21.04.2023)
Medan Selera Set Hidang Ramadhan Jimat sehingga 33% dengan set makan untuk dua (02) orang! Dengan harga RM59, anda boleh menikmati:
Promosi Istimewa
Dapatkan cap Coca-Cola percuma apabila anda belanja minimum RM50 dalam satu resit dengan satu pembelian minuman Coca-Cola! Tersedia setiap hari dari 11 pagi - 9 malam sahaja.
KETAHUI LEBIH LANJUT
Lokasi: Unit 2
Segera singgah ke JR Curry untuk merasai nikmatnya masakan India dan Malaysia yang autentik. Dijamin puas hati dengan konsep makanan India yang asli, JR Curry menawarkan pelbagai pilihan makanan seperti ayam masak rempah, gulai, kari, sayur-sayuran dan macam-macam lagi sampai rambang mata.
Lokasi: Aras lobi, Genting Grand
Kepada yang mereka berbuka puasa atau sahur sambil terus bergerak di atas jalan, kunjungi The Bakery di Genting Grand untuk dapatkan pastri dan kek yang dibakar dengan sempurna dengan resipi-resipi tradisional. Anda boleh mencuba croissant gebu mereka yang merupakan best-seller serta Pai Ayam Genting homemade mereka yang mudah diambil dan dimakan di dalam perjalanan. Sama ada anda sedang tergesa-gesa untuk ke destinasi atau hanya ingin mencuba sesuatu yang baru, pastri dan kek dari The Bakery adalah pilihan yang tepat.
Promosi Istimewa
Set combo dengan harga RM20 disertakan satu (01) minuman:
Lokasi: Lobi, Genting Grand
The Olive di Resorts World Genting kini berwajah baharu dan menawarkan pelbagai hidangan Malaysia yang lazat dari seluruh tradisi masakan tempatan. Dengan konsep open kitchen, pengunjung boleh mengintip dan menyaksikan kesibukan penyediaan makanan dalam dapur sambil menjamu kepelbagaian hidangan yang disajikan nasi beriani dalam batang buluh, gulai ayam kampung Nangka, ekor lembu panggang yang diperap bersama madu dan banyak lagi. Oleh itu, pastikan anda menambahkan The Olive ke dalam senarai MUST-TRY semasa bulan puasa.
Promosi Istimewa
Set Nasi Tomato dengan harga RM68
Set Nasi Minyak dengan harga RM68
KETAHUI LEBIH LANJUT
Lokasi: Lobi, Genting Grand
Terletak di lobi First World Hotel, bertentangan dengan pintu masuk Menara 2, The Junction adalah destinasi ideal untuk berbuka puasa dengan pelbagai hidangan enak seperti nasi hainan, nasi tomato serta kek-kek yang baru dihasilkan. Anda pasti tidak akan terlepas peluang untuk menikmati pilihan-pilihan pastri, roti dan kek yang lazat di sini.
Promosi Istimewa
Grab and Go! Set kombo istimewa di The Junction akan berputar pada setiap hari. Setiap set juga akan disertakan dengan kuih tradisional, kurma dan minuman.
Anda kini boleh membawa pulang buah tangan berbentuk kulinari apabila anda datang bersiar ke Resorts World Genting dengan pelancaran produk terbaharu Flavours of Genting. Sebanyak tujuh (07) item telah dipilih mengikut kriteria rasa asli dan autentik.
Setiap barangan makanan dipek dalam kotak hadiah sempurna untuk dijadikan hadiah cenderahati yang mudah. Kebanyakan produk Flavours of Genting disahkan muslim-friendly dan bebas daging khinzir, kecuali kek buah (RM55) yang mengandungi alkohol cognac.
Anda boleh membeli cenderahati manisan istimewa Genting di lokasi berikut dari 10am - 8pm di:
Anda boleh membawa pulang:
Siri set hadiah untuk keluarga dan sahabat:
Image credit: @conanrose97/Instagram
Lokasi: Lot 1508, Low Street, Genting Premium Outlets
Ingin bersantai lepas berpuasa? Santai Yamch'a Dimsum di Genting Highlands Premium Outlets boleh jadi pilihan utama! Suasana nyaman dan sejuk, nikmati dim sum tradisional dan hidangan signature seperti bao lava krim kastard dan bao kacang merah, serta ayam madu dan mi tarik dengan dumpling ayam untuk dikongsi bersama keluarga dan kawan-kawan.
Image credit: Absolute Thai Malaysia/Facebook
Lokasi: Suite 1100 & 1102, Middle Street, Genting Highlands Premium Outlets
Anda tak perlu pergi jauh untuk mencari hidangan Thai yang sedap, Absolute Thai Highlands di Genting Highlands Premium Outlets sudah cukup untuk memuaskan keinginan anda! Dalam suasana yang menyegarkan, santai dengan keluarga dan rakan-rakan di dengan hidangan lazat seperti tomyam, pad thai dan ikan siakap stim untuk memulihkan tenaga selepas seharian berpuasa.