Flavours of Genting

 

Hadiah lazat yang tidak akan anda lupakan

Resorts World Genting melancarkan pelbagai pilihan hadiah dalam bentuk makanan di bawah jenama Flavours of Genting.

Anda kini boleh membawa pulang buah tangan berbentuk kulinari apabila anda datang bersiar ke Resorts World Genting dengan pelancaran produk terbaharu Flavours of Genting. Jenama dalaman baharu ini akan merangkumi barangan makanan unik yang dihasilkan oleh Central Kitchen resort yang diketuai oleh chef Supachai Saisoigeon, AVP Culinary – Central Kitchen, dan chef dim sum terkenal, Gan Chee Keong.

Sebanyak tujuh item telah dipilih mengikut kriteria rasa asli dan autentik. Setiap resipi adalah proprietari kepada Resorts World Genting, dan tart nanas, cukup terkenal dengan rasa yang enak dan teksturnya yang sempurna. Item dalam rangkaian produk Flavours of Genting termasuk kek teh pu er, biskut pandan, biskut pes kacang merah, biskut durian, biskut kacang hijau (tau sa pia), kek buah-buahan yang diselitkan dengan cognac, dan tart nenas yang hanya boleh didapati semasa musim Tahun Baru Cina.

Sebelum ini, produk Flavours of Genting hanya boleh didapati secara bermusim dan merupakan salah satu makanan paling popular di Resorts World Genting selama lebih sedekad. Kini ia boleh didapati sepanjang tahun dalam kotak 12 keping yang dibungkus secara individu, berharga RM47 sekotak untuk ahli bukan Genting, dan RM33 jika anda merupakan ahli.

Kek teh pu er Goh Tong adalah penghormatan kepada pengasas Resorts World Genting, Lim Goh Tong, yang mempunyai koleksi teh yang banyak dan pelbagai jenis, dan adalah pakar teh Cina yang mewah. Kek teh pu er Goh Tong diperbuat daripada teh pu er terpilih yang dituai dari wilayah Yunan, salah satu kawasan pu er terbaik di China. Teh dipercayai menggalakkan penghadaman, dapat membantu dalam mengekalkan berat badan yang sihat, dan mengurangkan tahap kolesterol. Kek pu er terdapat dalam dua jenis: mentah (Sheng Cha) dan masak (Shu Cha). Pu er mentah bermula dengan rasa tannik dan pahit, tetapi perlahan-lahan menjadi minuman yang pekat apabila ia menjadi semakin matang. Shu Cha terkenal dengan profil rasa yang licin dan lembut. Kedua-dua jenis teh ini mempunyai rasa panggang ia menjadikannya pelengkap sempurna kepada biskut dalam rangkaian produk Flavours of Genting.

Kek teh mentah berharga RM98 untuk ahli bukan Genting, dan RM78 untuk ahli. Teh yang dimasak dijual pada harga RM78 untuk ahli dan RM88 untuk bukan ahli.

Setiap barangan makanan dipek dalam kotak hadiah sempurna untuk dijadikan hadiah cenderahati yang mudah. Kebanyakan produk Flavours of Genting disahkan bebas daging babi, kecuali kek buah (RM55) yang mengandungi alkohol cognac.

Anda boleh membeli barangan hadiah ini di kaunter khas di pintu masuk Coffee Terrace terletak di Genting Grand, serta di gerai di ruang legar First World Hotel.

Siri Flavours of Genting juga tersedia untuk order secara pukal sebagai hadiah korporat dan barangan premium.
 

Fruits Cake infused with Cognac - RM55
Kek Buah-buahan bercampur Cognac – RM55 net
Tart nenas [12 nos] – Ahli: RM33 | Bukan Ahli: RM47

Anda boleh membeli cenderahati manisan istimewa Genting di lokasi berikut dari 10am - 8pm di:
Coffee Terrace Entrance, Genting Grand
Lobby Floor, First World Hotel
Malaysian Food Street Entrance, Level 4, SkyAvenue


Pineapple Tarts

Red Bean Paste Biscuits
 

Fruit Cake Infused with Cognac
 

Cooked / Raw Pu-Er Tea Cake

Tau Sar Piah / Mung Bean Biscuits

Pandan Cookies