

Bukan semua superhero memakai kostum, ada yang memakai apron. Resorts World Genting mempunyai skuad Cef Eksekutif luar biasa yang bukan sekadar mahir dalam dapur. Setiap cef membawa kuasa unik mereka ke meja hidangan, mencipta pengalaman sajian yang tidak dapat dilupakan.
Cef Eksekutif Muhamad Muhader Bin Wahi Anour (Aidil):
Pelindung Tradisi
Cef Aidil menghasilkan hidangan yang bukan sahaja lazat tetapi juga mematuhi piawaian Halal tertinggi. Setiap gigitan adalah bukti selera dan rasa hormatnya terhadap tradisi, dengan keupayaan untuk memuaskan selera yang paling sukar sekalipun.
Cef Eksekutif Lee Kee Sin:
Pakar Cita Rasa
Dengan pengalaman luas di dapur berkelas dunia, bakat Cef Lee Kee Sin telah terserlah lebih jauh dengan menjadi tokoh terkemuka dalam dunia masakan. Kepakaran Cef Lee jelas terpancar dalam setiap hidangan yang disediakan.
Cef Eksekutif Murugan A/L Subramaniam:
Gourmet Antarabangsa
Dengan latar belakang yang penuh dengan ilmu rempah ratus dan hati yang penuh dengan rasa, Cef Murugan menggabungkan cita rasa global dalam ciptaannya untuk pengembaraan makan yang bukan seperti biasa. Setiap hidangan Cef Murugan bukan sahaja kaya dengan rasa tetapi juga rapi dan kemas.
Cef Eksekutif Lim Khon Seng (Casey):
Penggabung Rasa Bertaraf Dunia
Dikenali sebagai Cef Casey, beliau menggabungkan kepakaran dan pengalaman masakan antarabangsa dan jenama global yang terkenal ke dalam hidangan anda. Beliau dinobatkan sebagai “Executive Chef of the Year - King of Kitchens” oleh Anugerah HAPA Malaysia Siri 2023-2024.
Cef Eksekutif Tan Hang:
Arkitek Kulinari
Cef Tan menjadikan setiap hidangan menjadi karya seni, menggabungkan minatnya terhadap kreativiti dengan pengabadian budaya dan warisan dalam masakannya. Ketilitian beliau terhadap perincian dan komitmen terhadap kualiti, memastikan setiap hidangan disediakan dengan sempurna.
Cef Eksekutif Low Lam Chong:
Mahaguru Kantonis
Sebagai cef veteran dengan lebih 30 tahun pengalaman dari hotel antarabangsa lima bintang berprestij di China, beliau telah menguasai seni masakan Kantonis yang indah. Sedia untuk dilayan seperti diraja dengan jamuan dan hidangannya yang sempurna.
Cef Eksekutif Yap Sak Choong (Jacky):
Raja Sajian Asia
Cef Jacky yang sangat dihormati dengan pelbagai anugerah adalah mahir dalam makanan Kantonis asli. Dedikasinya terhadap tradisi dan cita rasa yang berani telah menjadikannya gelaran "Chef of the Year – King of Asian Cuisine" oleh Anugerah HAPA Malaysia Siri 2023-2024.