Notis Penutupan Sementara: Genting SkyWay (05 – 09.10.2026) dan Awana SkyWay (12 – 16.10.2026)

Genting SkyWay
Dimaklumkan bahawa Genting SkyWay akan ditutup sementara bagi kerja-kerja penyelenggaraan berjadual dari 05 – 09.10.2026. Sepanjang tempoh ini, Awana SkyWay akan terus beroperasi dari 7 pagi – 11 malam.
 
Pada 05, 06 & 09.10.2026, perkhidmatan van pergi balik percuma akan disediakan antara Terminal Genting Highlands Premium Outlets dan Lobi Aras G, Gohtong Sentral. Perkhidmatan ini beroperasi setiap hari dari 9 pagi – 7 malam, pada sela masa setiap 30 minit.

Awana SkyWay
Awana SkyWay akan ditutup sementara bagi kerja-kerja penyelenggaraan berjadual dari 12 –16.10.2026. Sepanjang tempoh ini, Genting SkyWay akan terus beroperasi dari 7 pagi – 11 malam bagi memudahkan perjalanan pengunjung.
 
Sepanjang penutupan tersebut, perkhidmatan bas pergi balik percuma akan disediakan antara Terminal Bas Sky Sentral dan Lobi Aras G, Gohtong Sentral. Ia akan beroperasi setiap hari dari 7 pagi – 11.30 malam, pada sela masa setiap 15 – 20 minit.
 
Selain itu, perkhidmatan van pergi balikpercuma juga akan disediakan di antara Lobi First World Hotel dan Kuil Gua Chin Swee. Perkhidmatan ini beroperasi setiap hari dari jam 9 pagi – 7 malam dengan sela masa 30 minit.
 
Terima kasih atas kesabaran dan kerjasama anda. Penyelenggaraan ini dijalankan bagi memastikan pengalaman perjalanan yang lebih lancar, selamat dan selesa untuk semua pengunjung.