AMARAN SINDIKET SCAM/PENIPUAN

Kami ingin memaklumkan bahawa terdapat satu sindiket yang beroperasi dengan nama “Genting International Co. Limited.” Berdasarkan laporan berita terkini, sindiket tersebut telah disabitkan dengan pelbagai kesalahan seperti penipuan dalam talian, pencurian identiti dan kegiatan skim ponzi, yang telah mengakibatkan banyak tangkapan serta pengusiran dari Nigeria.

Kami ingin menegaskan bahawa Genting International Co. Limited, yang berdaftar di Nigeria, tidak mempunyai sebarang kaitan atau hubungan dalam apa jua bentuk dengan Genting Malaysia Berhad, syarikat induk kami, anak-anak syarikat dan/atau syarikat berkaitan. Kumpulan Genting Malaysia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang perkara yang berkaitan dengan Genting International Co. Limited dan menafikan segala liabiliti serta mengekalkan semua hak undang-undang berhubung perkara ini.

Kami menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengesahkan kesahihan mana-mana perniagaan atau syarikat yang mendakwa mempunyai kaitan dengan Genting Group. Untuk maklumat yang tepat dan terkini, orang ramai digalakkan untuk merujuk laman web rasmi kami: www.gentingmalaysia.com dan/atau www.rwgenting.com.