Penebusan Ahli Edisi Bulan April – Kaffy Cup

04 & 18.04.2026

Untuk dua hari sahaja, ahli Genting Rewards boleh menebus cawan kopi mesra alam daripada Kaffy, yang dihasilkan daripada sisa serbuk kopi terpakai.

Penebusan boleh dibuat melalui aplikasi mudah alih Resorts World Genting (RWG) dengan menebus 28 Genting Points daripada akaun keahlian anda.
Ahli boleh mengambil Kaffy Coffee Cup di Genting Rewards Centre, Tingkat 1, SkyAvenue Complex (berhadapan Grand Cha Chaan Teng).

Cepat sebelum kehabisan stok! Tertakluk terma dan syarat.

  1. Promosi ini terbuka kepada semua ahli Genting Rewards yang sah, termasuk Sky Members (tidak termasuk pekerja Genting Malaysia).
  2. Baucar hanya boleh ditebus melalui Aplikasi Mudah Alih RWG.
  3. Tarikh penebusan baucar adalah 4 April 2026 dan 18 April 2026 sahaja.
  4. Setiap ahli dihadkan kepada satu (01) baucar sahaja sepanjang tempoh promosi. Baucar diberikan berdasarkan siapa cepat dia dapat, selagi stok masih ada.
  5. Ahli boleh memilih promosi pilihan mereka. Setelah dipilih dan ditebus melalui aplikasi RWG, pilihan adalah muktamad dan pembatalan atau pemulangan tidak dibenarkan.
  6. Ahli perlu menunjukkan baucar maya dalam aplikasi RWG semasa penebusan.
  7. Baucar sah digunakan selama dua (02) hari dari tarikh pengeluaran.
  8. Penebusan Coffee Cup boleh dibuat di Genting Rewards Centre, Tingkat 1, SkyAvenue (berhadapan Grand Cha Chaan Teng).
  9. Baucar tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai, kredit atau barangan lain, sama ada sebahagian atau sepenuhnya.
  10. Genting Malaysia Berhad (GENM) berhak membatalkan, mengubah atau meminda kempen ini serta terma dan syaratnya pada bila-bila masa tanpa notis awal.