Caj Jalan Persendirian bagi menyokong Keselamatan dan Kelestarian Jalan Genting Highlands | Ketahui Lebih Lanjut
Notis Umum: Video Palsu Janaan AI | Ketahui Lebih Lanjut
Nasihat perjalanan | Ketahui Lebih Lanjut
AMARAN SINDIKET SCAM/PENIPUAN | Ketahui Lebih Lanjut
Makluman: Awana SkyWay Penyelenggaraan Berjadual Suku Tahunan Ke-4 | Ketahui Lebih Lanjut
Makluman: Perubahan Waktu Operasi Taman Tema Indoor Skytropolis dan Arked Permainan | Ketahui Lebih Lanjut
Amaran Laman Web Palsu | Ketahui Lebih Lanjut
Amaran Video Penipuan | Ketahui Lebih Lanjut
Pastikan data anda selamat daripada aktiviti penipuan | Ketahui Lebih Lanjut
Pertukaran talian utama untuk tempahan | Ketahui Lebih Lanjut
Notis Penting: Penggunaan logo dan nama Genting Malaysia Berhad yang tidak mendapat kebenaran untuk aktiviti perjudian atas talian | Ketahui Lebih Lanjut
Keselamatan di Resorts World Genting | Ketahui Lebih Lanjut
Perubahan trafik di Genting Highlands Premium Outlets | Ketahui Lebih Lanjut
13 November 2025
Genting Malaysia Berhad ingin mengesahkan bahawa caj akan dikenakan kepada kenderaan yang memasuki Jalan Genting Highlands pada tarikh yang akan diumumkan. Maklumat lanjut akan dikongsikan setelah butiran mengenai Caj Jalan Persendirian ini tersedia.
Jalan Genting Highlands adalah Jalan Persendirian sepanjang 24 kilometer yang dibina secara persendirian oleh Genting Malaysia. Caj ini adalah perlu berikutan kos penyelenggaraan jalan dan cerun-cerunnya yang semakin meningkat dan telah ditanggung sepenuhnya oleh pihak kami sejak tahun 1960-an. Jalan Genting Highlands terletak di kawasan berbukit yang mencabar, dan ia menyediakan akses selamat ke Resorts World Genting serta destinasi lain di kawasan pergunungan selain milik Genting Malaysia.
Penggunaan berat jalan ini menyebabkan kehausan dan kerosakan yang ketara, dan memerlukan penyelenggaraan berterusan demi keselamatan pengguna jalan raya. Berdasarkan prinsip “pengguna membayar”, caj ini adalah langkah paling mampan untuk menampung kos penyelenggaraan, pembaikan dan insiden tidak dijangka. Ini bertujuan memastikan jalan tersebut kekal selamat untuk semua pengguna serta terus menyediakan akses kepada komuniti Genting Highlands, perniagaan, jutaan pelancong dan orang awam dari seluruh negara.
Inisiatif ini adalah usaha persendirian di atas jalan dan tanah persendirian. Genting Malaysia memikul tanggungjawab penuh dalam memastikan keselamatan jalan dan cerun. Kerja-kerja di kawasan berbukit adalah mencabar, berisiko dan mahal, namun ia penting demi keselamatan dan penambahbaikan berterusan untuk semua pengguna. Genting Malaysia juga menempatkan pasukan yang bersiap sedia 24/7 di pertengahan dan puncak bukit, termasuk pasukan tindak balas kecemasan terlatih bagi menghadapi sebarang kejadian atau kemalangan.
Jalan penting ini telah menjadi pemangkin kepada industri pelancongan di kawasan ini, membuka peluang perniagaan dan pekerjaan, mewujudkan ekonomi tempatan yang rancak serta menyumbang kepada ekonomi negeri Pahang dan negara. Kewujudan Jalan Genting Highlands juga telah membolehkan destinasi lain di kawasan pergunungan selain milik Genting Malaysia berkembang, sekali gus menyumbang kepada industri pelancongan yang dinamik.
Genting Malaysia Berhad
KEKAL BERHUBUNG
Dapatkan berita dan perkembangan eksklusif terkini
© {{year}} Genting Malaysia Berhad 198001004236 (58019-U). All Rights Reserved.
This website uses cookies. By continuing to use our website, you are agreeing to the use of cookies.
Accept and Close
