SkyAvenue Adventure

Ganjaran Permainan Menanti dengan Setiap Pembelian

26.04 – 20.05.2024 
10 pagi – 10 malam
Kimhua Atrium, Tingkat 1, SkyAvenue

Anda merancang untuk ke SkyAvenue? Maksimumkan pengalaman beli-belah anda dengan dunia yang penuh keseronokan menanti di Kimhua Atrium, SkyAvenue dari 26.04 – 20.05.2024 dari 10 pagi hingga 10 malam!

Alami keseronokan permainan interaktif SkyAvenue Adventure, yang direka khas untuk pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi keluarga dan pembeli dari seluruh lapisan umur.

Berikut merupakan permainan menarik yang menanti anda:

  • Catch Me if You Can: Permainan ini menguji ketangkasan anda dalam menangkap batang-batang rod sebelum jatuh ke tanah!
  • Giant Buzz Wire: Uji kestabilan tangan anda ketika membawa gelung besi dalam genggaman tanpa bersentuhan dengan wayar. 
  • XBOX Car Racing: Bersiap sedia di tempat duduk pemandu khas dan panaskan enjin! Berlumba di dalam trek maya dengan grafik yang realistik, ia semestinya merupakan pengalaman yang luar biasa.
Print
Print
Print

 

  • Remote Control Car Rally: Kawal kereta mini anda dan pandunya melalui pelbagai halangan dengan pusingan dan cabaran yang sukar. Pastinya menyeronokkan!

 

  • Giant Gachapon: Kejutan gergasi dalam mesin gachapon gergasi! Putarkan giliran anda dan lihat kejutan hadiah misteri dari kapsul anda.
Print
Print


Sertai semua keseronokan ini melalui langkah-langkah berikut:

Tier 1: Pengembara Baru

  • Belanja minimum RM200 dan ke atas di mana-mana cawangan dalam satu resit untuk dapatkan satu peluang bermain Catch the Stick, dan Giant Buzz Wire.
  • Terhad kepada SATU (01) tebusan setiap pelanggan setiap hari dan setiap resit.
  • Tebusan mesti dibuat pada hari yang sama pembelian dibuat oleh pembeli
  • Terpakai hanya bagi pembelian di cawangan yang mengambil bahagian di Resorts World Genting, kecuali Konsert/Pertunjukan, Hotel, Genting Highland Premium Outlets, mata Genting Rewards, pembayaran bil, kad prabayar, sebarang bentuk hadiah/baucar, pengurup wang, bank dan perkhidmatan.

ATAU

Dapatkan sesi permainan anda di tempat bermain Catch the Stick dan Giant Buzz Wire pada RM20 seorang.

Tier 2: Pengembara Ekstrem

  • Belanja minimum RM350 dan ke atas di mana-mana cawangan dalam maksimum dua (02) resit untuk dapatkan satu peluang bermain kesemua 5 permainan Catch the Stick, Giant Buzz Wire, XBOX Car Racing, Remote Control Car, dan Giant Gachapon.
  • Terhad kepada SATU (01) tebusan setiap pelanggan setiap hari dan dua (02) resit.
  • Tebusan mesti dibuat pada hari yang sama pembelian dibuat oleh pembeli
  • Terpakai hanya bagi pembelian di cawangan yang mengambil bahagian di Resorts World Genting, kecuali Konsert/Pertunjukan, Hotel, Genting Highland Premium Outlets, mata Genting Rewards, pembayaran bil, kad prabayar, sebarang bentuk hadiah/baucar, pengurup wang, bank dan perkhidmatan.

ATAU

Dapatkan sesi permainan anda di setiap 5 permainan pada RM35 seorang. 


SkyAvenue Adventure adalah lebih daripada permainan biasa, ia adalah peluang untuk mencipta kenangan terindah bersama tersayang dan menikmati segala keseronokan SkyAvenue.

Sama ada anda thrill-seeker, gamers, atau hanya inginkan keseronokan bersama keluarga, semuanya ada di SkyAvenue. Jangan lepaskan peluang ini – kunci tarikh anda dan bersedia untuk belanja dan menang!

  1.  Kempen ini dianjurkan oleh SkyAvenue (“Pihak Pengurusan”). Semua orang awam layak untuk menyertai acara ini kecuali pekerja internal, penyewa dan promoter yang bekerja di Resorts World Genting.
  2. Pihak pengurusan berhak untuk meminta butiran pengenalan dan permintaan Pembeli bukti pembelian untuk pengesahan.
  3. Aktiviti adalah tertakluk pada perubahan oleh pihak pengurusan tanpa notis awal.
  4. Pihak Pengurusan berhak untuk menambah, meminda atau memadam syarat di atas pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
  5. Visual yang digunakan di dalam pengiklanan dan promosi penebusan ini adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin tidak menggambarkan rupa dan kuantiti produk.
  6. Dengan mengambil bahagian dalam kempen ini, pembeli bersetuju:
    a. Bersetuju dengan terma dan syarat ini dan keputusan Pihak Pengurusan.
    b. Telah membaca, memahami dan secara sukarela tanpa paksaan bersetuju dengan terma dan syarat yang telah ditetapkan dalam Penyata Pemprosesan Data Peribadi, yang boleh diakses melalui https://www.rwgenting.com/PrivacyPolicy/ dan memberi kebenaran untuk pengumpulan, penggunaan, pemprosesan dan penyimpanan Data Peribadi (termasuk sebarang maklumat sensitif dan peribadi) mengikut cara yang diterangkan dalam Penyata Pemprosesan Data Peribadi.
    c. Untuk memberi kebenaran kepada pihak pengurusan untuk mengumpul, merekod, menahan, menyimpan, menggunakan dan mendedahkan maklumat peribadi mereka untuk tujuan pengiklanan, publisiti, pemasaran dan komunikasi yang perlu atau berkaitan dengan penyertaan dalam promosi ini.