28.05 – 25.08.2026
Dapatkan baucar pulangan tunai RM5 apabila anda membuat bayaran Caj Jalan Persendirian Genting Highlands menggunakan RFID atau kad Touch ‘n Go dengan fungsi PayDirect.
Dalam tempoh 24 jam berikutnya, anda boleh menebus pulangan tunai RM5 tersebut dengan perbelanjaan minimum RM100 dalam satu resit menggunakan TNG eWallet di mana-mana outlet terpilih di Resorts World Genting.
Lihat senarai outlet yang mengambil bahagian di sini.
S1 Apakah kempen ini?
Pengguna dengan kenderaan persendirian (Kelas 1) yang berjaya melalui Caj Jalan Persendirian di (a) Pintu Masuk Genting Highlands di Genting Sempah ATAU (b) Pintu Masuk Gohtong Jaya di bulatan Gohtong Jaya menggunakan RFID atau kad Touch ‘n Go dengan fungsi PayDirect (“Transaksi Layak”) sepanjang tempoh kempen akan menerima satu (1) baucar pulangan tunai RM5 (“Baucar”).Baucar ini sah selama dua puluh empat (24) jam dari waktu ia diterima. Baucar akan digunakan secara automatik pada transaksi seterusnya apabila pengguna berbelanja minimum RM100 dalam satu resit di outlet terpilih Resorts World Genting menggunakan TNG eWallet sebagai kaedah pembayaran.
S2 Berapa lamakah tempoh kempen ini berlangsung?
Kempen ini berlangsung dari 13 Mei 2026 hingga 10 Ogos 2026, termasuk kedua-dua tarikh tersebut, melainkan ditamatkan lebih awal oleh TNG Digital Sdn Bhd (“TNGD”) atau Genting Malaysia Berhad (“Rakan Kerjasama”).
S3 Siapakah yang layak menyertai kempen ini?
Pengguna dengan kenderaan persendirian (Kelas 1) yang dibenarkan dan membuat bayaran Caj Jalan Persendirian di (1) Laluan Masuk Genting Highlands di Genting Sempah; ATAU (2) Laluan Masuk Gohtong Jaya di bulatan Gohtong Jaya menggunakan RFID atau kad Touch ‘n Go dengan fungsi PayDirect, serta membuat perbelanjaan minimum RM100 dalam satu resit di outlet terpilih di Resorts World Genting menggunakan TNG eWallet sebagai kaedah pembayaran (“Transaksi Penebusan Layak”) dalam tempoh dua puluh empat (24) jam selepas baucar diterima, layak menyertai kempen ini.Senarai outlet yang mengambil bahagian boleh didapati di: Senarai Outlet Mengambil Bahagian.
S4 Adakah kempen ini sah di semua outlet Resorts World Genting?
Tidak. Hanya transaksi dengan perbelanjaan minimum RM100 di outlet terpilih Resorts World Genting Malaysia layak untuk penebusan baucar ini.Senarai outlet yang mengambil bahagian boleh didapati di Senarai Outlet Mengambil Bahagian.
S5 Bilakah saya akan menerima pulangan tunai?
Pulangan tunai RM5 akan dikreditkan ke dalam TNG eWallet pengguna yang layak dalam tempoh TIGA (3) hari bekerja (Isnin hingga Jumaat, tidak termasuk cuti umum Malaysia) selepas tarikh Transaksi Penebusan Layak dilakukan. TNGD dan pihak rakan kerjasama tidak akan membuat sebarang panggilan telefon berkaitan kempen ini.
Tertakluk pada terma dan syarat