Notis Pemberitahuan Penutupan Jalan – Bentong Monsoon Marathon 2025 Pada 29 November 2025

Dimaklumkan bahawa bersempena acara Bentong Monsson Marathon 2025, lorong kiri laluan turun dari pusingan-U Genting Permai (Happy Bee Farm) ke Bulatan R&R Genting Sempah akan ditutup sementara pada hari Sabtu, 29 November 2025, dari jam 1.00 pagi hingga 6.30 pagi. Laluan ini akan digunakan oleh peserta larian yang dilepaskan dari Sekolah Kebangsaan Janda Baik.
 
Sila ambil maklum bahawa masa penutupan jalan ini adalah anggaran sahaja dan ia boleh bermula atau berakhir selain dari masa yang dinyatakan di atas. Jalan naik ke Resorts World Genting tidak terjejas.
 
Para pengunjung dan pengguna jalan dinasihatkan untuk merancang perjalanan serta mematuhi arahan anggota trafik di lokasi.
 
Terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda.
 
Lingkaran Cekap Sdn Bhd