Notis Pemberitahuan Penutupan Jalan – King of the Mountain (KOM) Genting Highlands

Dimaklumkan bahawa bersempena acara berbasikal King of the Mountain (KOM) Genting Highlands, laluan menurun dari Depoh Bas Genting Highlands ke Bulatan R&R Genting Sempah akan ditutup pada hari Rabu, 3 September 2025, dari jam 8:00 pagi hingga 1:00 tengah hari. Laluan ini akan digunakan oleh peserta berbasikal yang mendaki selepas pelepasan di Dataran Bentong.

Pergerakan Lalu Lintas seperti berikut:

  • Laluan ke Genting Highlands dari Kuala Lumpur dibuka seperti biasa.
  • Laluan ke Genting Highlands dari Bentong di Bulatan R&R Genting Sempah ditutup dari jam 8:30 pagi hingga 10:00 pagi.
  • Laluan menuruni bukit ditutup sepenuhnya sepanjang masa yang dinyatakan di atas.

Para pengunjung dan pengguna jalan dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal serta mematuhi arahan anggota trafik di lokasi.