Penutupan Perkhidmatan Kereta Kabel (Ogos – September 2025)

Untuk makluman, Awana SkyWay akan ditutup sementara dari 18 hingga 22 Ogos untuk penyelenggaran suku tahunan ke-3.

Sepanjang tempoh ini, Genting SkyWay akan beroperasi untuk memudahkan perjalanan pengunjung. Perkhidmatan bas ulang-alik percuma tersedia antara Terminal Genting Highlands Premium Outlets dan Lobi Gohtong Jaya, Aras G, beroperasi dari jam 7:00 pagi hingga 11:30 malam.

Waktu Operasi Khas bagi Tempoh Perjalanan Puncak
Selain daripada operasi biasa Awana SkyWay, perkhidmatan Genting SkyWay akan beroperasi pada waktu tambahan, dari jam 12:00 tengah hari hingga 8:00 malam, pada tarikh puncak berikut:

  • 30 & 31 Ogos 2025 – Hujung Minggu Hari Kebangsaan Malaysia
  • 5 & 6 September 2025 – Hari Maulidur Rasul (Jumaat) dan Sabtu
  • 13 hingga 16 September 2025 – Sempena Cuti Umum pada 15 September dan Hari Malaysia

Hari operasi tambahan ini bertujuan untuk memastikan perjalanan yang lebih lancar dan selesa, terutamanya pada waktu puncak.

Terima kasih atas kerjasama dan perhatian anda. Kami menantikan kehadiran anda.

Makluman: Genting SkyWay tidak menyediakan gondola lantai kaca.