

Sedar tak sedar 2023 dah melepasi pertengahan tahun. Sibuk dengan pelbagai urusan hingga ada yang terlupa nak rehatkan diri bagi healing untuk kembali memulakan aktiviti harian.
Apa kata korang ambil masa sedikit untuk bercuti dan gembirakan diri sendiri. Kalau nak ajak keluarga atau kenalan pun boleh saja.
Jadi, bersempena dengan sambutan ulang tahun yang ke-58 Resorts World Genting, ada baiknya korang manfaatkan pelbagai promosi yang disediakan pada bulan lapan ini untuk feeling-feeling bercuti di oversea dengan fasiliti tip top!
Sepanjang Ogos, Resorts World Awana menawarkan penginapan 2 hari 1 malam dengan harga serendah RM580 untuk 2 pax!
Dengan pelbagai pakej menarik seperti:
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
Tak hanya itu, Resorts World Genting juga menawarkan pelbagai promosi hebat sepanjang bulan Ogos di taman tema mereka.
Mana tidaknya, dengan RM580 untuk dua orang, para pengunjung dapat merasai pengalaman mendebarkan di 58 permainan di taman tema.
Korang juga boleh dapatkan pakej lebih eksklusif dengan Pengalaman VIP Genting SkyWorlds, lawatan berpandu dalam pengembaraan yang menyeronokkan disana.
Paling best, buat mereka yang mengambil pakej Promosi Bilik Ulang Tahun pada RM580 akan mendapat potongan harga sebanyak 15% di outlet makan yang berada di Taman Tema Genting SkyWorlds.
Sempena ulang tahun yang ke-58, korang yang telah menjadi ahli Genting Rewards akan mendapat penambahan Genting Points (GP) dan Tier Points (TP). Caranya, korang hanya perlu berbelanja RM100 dalam satu resit di kedai makan yang mengambil bahagian untuk mendapatkan 1TP dan 4x GP.
Bukan tu je, korang juga akan merasai pelbagai diskaun sempena sempena ulang tahun yang ke-58 ini yang akan ditawarkan di deretan outlet makanan pada Ogos nanti
Oppps! Kena ingat ya, promosi cuma valid dari 1 hingga 31 Ogos 2023 sahaja.
Kalau dah pergi bercuti, tak salah rasanya masuk ke satu dua kedai dan borong barangan jenama yang korang suka. Dengan kerjasama yang erat antara Resorts World Genting dan butik-butik jenama terkemuka, potongan harga yang cukup berbaloi ditawarkan kepada para pengunjung sempena ulang tahun ke-58 Resorts World Genting.
Bermula 1 hingga 31 Ogos 2023, korang boleh ke butik-butik terbabit di lantai 1, 2, 3 dan 4 SkyAvenue bagi mendapatkan barangan idaman dengan harga yang cukup berbaloi.
Ehhh ada lagi yang lebih menarik!
Setiap hari Rabu sepanjang bulan Ogos 2023, pihak Resorts World Genting akan mengadakan giveaway dan contest untuk semua ahli Genting Rewards (termasuk kepada yang memegang kad SkyCard).
Antara hadiah yang 'paling besar' menanti korang semua sepanjang Lucky Wednesday ialah peluang membawa pulang RM1.8 juta dalam cabutan bertuah!
Bukan itu sahaja, kereta baharu, pakej Resorts World Cruise, pakej staycation di Crockfords dan barangan berjenama yang lain turut menanti korang yang berhasil menjadi pemenang.
Cara nak menyertai pun tak susah. Hanya perlu berbelanja RM100 untuk mendapatkan 1GP untuk menyertai Lucky Wednesday.
Belum habis lagi ye!
Selain daripada korang boleh nikmati pelbagai promosi 'luar biasa' jika bergelar members, korang juga boleh merasai percutian 2 hari 1 malam dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik dengan cara lain tau!
Tentu saja dengan kolaborasi 'sweet' dari Resorts World Genting x Nestlé Malaysia.
Cara nak memenangi hadiah dari Nestle ni pun tak susah. Korang just ikut je step yang dinyatakan.
Harus diingatkan, hanya tiga outlet sahaja yang menawarkan peraduan tersebut:
*Tertakluk kepada terma & syarat.
Tapi, tapi, tapi!
Sebelum korang join semua peraduan ataupun nak menikmati semua promosi-promosi yang ditawarkan, perkara utama yang harus dilakukan ialah sign up dahulu kad SkyCard.
*SkyCard merupakan kad lifestyle untuk tetamu yang tidak sesuai memasuki kasino.
So, barulah dapat mengumpul Genting Points dan menebus penginapan, makanan dan juga taman tema di resort berkenaan.
Selain itu, korang juga dijemput untuk hadir ke majlis pelancaran sambutan Ulang Tahun ke-58 yang bertempat di Pentas Times Square, SkyAvenue jam 3 petang pada 17 Ogos 2023.
Sambutan tersebut merupakan salah satu penghargaan yang diberikan pihak Resorts World Genting kepada para ahli Genting Rewards yang setia.
Korang turut berpeluang menjadi ‘sebahagian’ daripada sambutan ulang tahun ini dengan ‘menangkap’ 3,000 biji belon yang dilepaskan ke udara sebagai simbolik pelancaran.
Di dalam belon-belon tersebut, terdapat sebanyak 1,880 baucar dengan hadiah menarik! Mungkin anda merupakan salah seorang daripada pemenang bertuah tersebut!
Macam mana nak sertai majlis pelancaran ini?
*Maklumat lanjut akan diberitahu
Sebenarnya banyak lagi promosi-promosi best sepanjang Ogos nanti menanti korang. Paling penting, pastikan korang semua menjadi sebahagian daripada ahli Genting Rewards. Tunggu apa lagi, bulan Ogos tak lama dah. Dari sekarang korang dah boleh plan nak buat apa!