Warisan Kita

13.08 – 16.09.2026

Bebas Tanpa Batas! Bawa keluarga anda untuk membeli-belah dan hidupkan semula semangat kebangsaan dengan bangga di SkyAvenue! Raikan warisan Malaysia, permainan kanak-kanak yang terkenal dan kemahiran tempatan.

Batu Seremban
Kaunter Maklumat, Tingkat 1, SkyAvenue

Hidupkan kembali permainan kanak-kanak klasik Malaysia dengan permainan Batu Seremban yang menyeronokkan!


Cara untuk menyertai:

  1. Belanja RM269 (ahli Genting Rewards) atau RM369 (bukan ahli) di cawangan Resorts World Genting yang mengambil bahagian.
  2. Tunjukkan resit anda kepada pasukan kami di Kaunter Maklumat untuk pengesahan dan terima pelekat penyertaan anda.
  3. Uji kemahiran anda! Lemparkan kesemua lima batu dan tangkap sebanyak yang mungkin untuk berpeluang memenangi hadiah menarik, termasuk poskad eksklusif dan kotak misteri! Lebih banyak anda tangkap, lebih banyak ganjaran menanti!

Penebusan adalah terhad setiap hari mengikut siapa cepat dia dapat.

  1. Penerimaan resit mesti dibuat pada hari yang sama dengan pembelian di Kaunter Maklumat, Tingkat 1, SkyAvenue, 10 pagi – 10 malam.
  2. Setiap resit sah untuk satu (01) penebusan sahaja. Resit yang telah dicop “Telah Tebus” tidak layak untuk penebusan semula.
  3. Poskad Eksklusif atau kotak misteri adalah terhad kepada 1,500 penebusan terawal dan hanya tersedia dari 13.08 – 16.09.2026.
  4. Hanya sah untuk pembelian asal yang dibuat di kedai yang terlibat di Resorts World Genting, tidak termasuk Hotel, Konsert/Persembahan, Kasino, Genting Highlands Premium Outlets, Taman Tema (kecuali kedai F&B), mata ganjaran Genting Rewards, pembayaran bil, tambah nilai kad, sebarang bentuk kad hadiah/baucar, pengurup wang, bank dan perkhidmatan.


Jejak Warisan

Zouk Atrium, Tingkat 1, SkyAvenue

Terokai warna-warni Malaysia melalui pengembaraan warisan interaktif! Lengkapkan Jejak Warisan dan berpeluang untuk menebus Tiket Standard 1 Hari Taman Tema Genting SkyWorlds!

Cara Penyertaan:

  1. Dapatkan kad cop edisi khas anda di Kaunter Maklumat, Tingkat 1, SkyAvenue.
  2. Terokai empat (04) zon unik yang terletak di antara tiang-tiang di SkyAvenue.
  3. Lengkapkan kad cop Jejak Warisan dan tag @SkyAvenue serta @komunititukangjahit dalam hantaran Instagram anda.
  4. Bawa kad cop yang telah lengkap kembali ke Kaunter Maklumat untuk menebus Tiket Standard 1 Hari Taman Tema Genting SkyWorlds.

* Tiket Standard 1 Hari Taman Tema Genting SkyWorlds ditawarkan dalam kuantiti terhad setiap hari dan penebusan adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat. Terhad kepada satu (01) penebusan bagi setiap pelanggan.

  1. Tiket Standard 1 Hari Taman Tema Genting SkyWorlds terhad kepada 500 penebusan terawal sahaja dan hanya sah dari 13.08 hingga 16.09.2026.
  2. Setiap pembeli hanya layak menebus satu (01) Tiket Standard 1 Hari Taman Tema Genting SkyWorlds sepanjang tempoh acara.


Women with Love

Zouk Atrium (bersebelahan Five Guys), Tingkat 1, SkyAvenue

Raikan semangat perpaduan bersama-sama Komuniti Tukang Jahit. Ayuh kita bersama-sama menyokong dan meraikan perjalanan usahawan wanita tempatan.

Lebih banyak Promosi Merdeka menanti anda!

Terokai pelbagai tawaran menarik daripada kedai jualan yang terlibat, termasuk diskaun, promosi eksklusif dan koleksi baharu daripada jenama kegemaran anda:


Temui lebih banyak tawaran menarik dan raikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bersama kami!

  1. Kempen ini terbuka kepada orang ramai termasuk ahli Genting Rewards dan bukan ahli Genting Rewards. Kakitangan Genting dan kakitangan pihak ketiga DILARANG sama sekali untuk menyertai.
  2. Tempoh Kempen: 13.08 – 16.09.2026
  3. Hadiah dan baucar tidak untuk dijual semula, tidak boleh dipindah milik, dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai atau barangan lain.
  4. Semua penebusan hadiah adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat, sementara stok masih ada.
  5. Maklumat adalah betul pada masa cetakan dan tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
  6. Keputusan pihak pengurusan adalah muktamad. Sebarang bantahan atau surat-menyurat tidak akan dilayan.
  7. Dengan menyertai kempen ini, peserta bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat ini dan keputusan pihak pengurusan.
  8. Pihak pengurusan berhak untuk meminda, membatalkan, atau menidakkan mana-mana penyertaan yang dianggap melanggar peraturan acara.
  9. Pihak pengurusan berhak untuk meminda, mengubah, atau mengemas kini Terma & Syarat mengikut.budi bicara tanpa notis terlebih dahulu. Semua keputusan yang dibuat oleh pihak pengurusan adalah muktamad, pasti, dan mengikat. Terma dan syarat lain juga terpakai.
  10. Segala keputusan yang dibuat oleh pihak pengurusan adalah muktamad, konklusif, dan mengikat.
  11. Tertakluk kepada terma dan syarat lain.