Disney Breakfast Besties Pop-Up Pertama di Malaysia

 

22.05 – 28.06.2026
Kimhua Atrium, Tingkat 1, SkyAvenue

Nikmati pengalaman Disney Breakfast Bestie Pop-Up pertama di Malaysia, eksklusif di SkyAvenue, Resorts World Genting!

Daripada aktiviti bertemakan sarapan, permainan interaktif, sudut bergambar comel hinggalah barangan eksklusif, Disney Breakfast Besties menghidupkan suasana sarapan kegemaran rakyat Malaysia dalam pengembaraan keluarga penuh magis.

Sorotan Acara

Dekorasi Imersif Bertemakan Disney Breakfast

Terokai dekorasi bertemakan sarapan Disney yang penuh warna-warni dan rakam momen istimewa di sekitar atrium.

Breakfast Market Pop-up Store

Dapatkan pelbagai barangan dan koleksi eksklusif Disney bertemakan sarapan di pop-up istimewa ini.

Plush Experience

Saksikan “cef “ menyiapkan dan membungkus Disney Breakfast Besties Plush Charms dengan penuh bertenaga apabila anda membuat pembelian sebanyak tiga hingga empat bundle.

Spend & Redeem

Tebus barang premium eksklusif bertemakan Disney apabila anda berbelanja di outlet yang terpilih.

Syarat Penebusan

  • Ahli Genting Rewards: Belanja RM500 dan ke atas
  • Bukan Ahli: Belanja RM700 dan ke atas

(Maksimum 2 resit)

🎁 Premium termasuk:

  • Mickey and Minnie Disney 999 Pure Gold (0.1G) 
  • Beg Lipat Kalis Air Mesra Alam 
  • Bling Box/Toy
720x720
720x720
720x720


📌 Terhad kepada 2,000 penebusan
📌 Selagi stok masih ada, berdasarkan siapa cepat dia dapat


Aktiviti & Pengalaman

Passport

Lengkapkan kesemua aktiviti di 3 stesen dan tebus pelekat eksklusif Disney Breakfast Besties*.

Stesen 1: Teh Tarik “Toss”

Uji ketepatan balingan anda dengan memasukkan “uncang teh” ke dalam cawan sasaran.

  1.  Dapatkan 5 balingan – setiap pemain diberi 5 peluang.
  2. Sasarkan & baling – masukkan “uncang teh” ke dalam cawan.
  3. Kumpul mata – sasaran “Teh Tarik Master” memberikan markah tertinggi.
Stesen 2: ”Cari” Kaya Toast Anda

Gunakan alat magnetik untuk mencari bahan kaya toast yang betul sebelum masa tamat.

  1. Cari bahan yang betul - gunakan alat magnetik untuk mengutip bahan yang sepadan.
  2. Lengkapkan dalam 30 saat - kumpulkan 2 keping roti, 1 keping kaya dan 3 jalur mentega.
  3. Elakkan halangan - awasi gangguan seperti kulit pisang, botol kosong dan item yang tidak sepadan.
Stesen 3: “Buat” Sandwich Anda

Lengkapkan sandwich anda yang sempurna mengikut turutan yang betul.

  1. Susun dengan tepat – cari bahan sandwich mengikut urutan yang betul.
  2. Ambil bahan yang betul – gunakan grabber untuk mengambil setiap bahan yang sepadan.
  3. Lengkapkan sandwich – letakkan bahan pada kedua-dua pembalut sandwich dalam masa 40 saat.

Media Sosial
Langkah 1: Ikuti @SkyAvenue_official di Instagram.
Langkah 2: Like posting acara yang ditetapkan di @SkyAvenue_official.
Langkah 3: Kongsi posting acara tersebut ke Instagram Story anda.
Langkah 4: Tunjukkan Story yang dikongsi kepada staf kami untuk pengesahan

*Selagi stok masih ada.


Art Corner & Origami Corner

Biarkan si kecil menyerlahkan kreativiti mereka di sudut Art & Origami yang penuh keseronokan! Kanak-kanak boleh mewarna karakter Disney kegemaran mereka serta menghasilkan origami comel seperti roti bakar, telur dan croissant.

Syarat Penyertaan

  • Ahli Genting Rewards: Belanja RM100 dan ke atas
  • Bukan Ahli: Belanja RM150 dan ke atas
    (Gabungan maksimum 2 resit)

Persembahan Weekend Teh Tarik

Nikmati persembahan Teh Tarik secara langsung dengan aksi yang mengagumkan.

Tarikh Persembahan

  • 22.05.2026 , 11.45pagi
  • 23 & 30.05.2026
  • 6, 13, 20 & 27.06.2026

🕐 1 petang
📍 Kimhua Atrium

  1. Kempen ini terbuka kepada semua ahli Genting Rewards dan bukan ahli Genting Rewards.
  2. Penyerahan resit mesti dilakukan pada hari pembelian yang sama di Kaunter Maklumat, Tingkat 1, Zouk Atrium, SkyAvenue, dari 10 pagi hingga 10 malam.
  3. Setiap resit hanya sah untuk satu (01) penebusan aktiviti sahaja. Resit yang telah dicop “Redeemed” tidak layak untuk penebusan berulang.
  4. Spend & Redeem: Terhad kepada 2,000 penebusan sepanjang tempoh kempen, berdasarkan siapa cepat dia dapat dan selagi stok masih ada.
  5. Art Corner & Origami Corner: Terhad kepada 1,000 penebusan sepanjang tempoh kempen, berdasarkan siapa cepat dia dapat dan selagi stok masih ada.
  6. Setiap pembeli layak untuk satu (01) penebusan sahaja setiap hari.
  7. Kempen ini terbuka kepada orang awam. Kakitangan Genting dan pihak ketiga adalah DILARANG sama sekali untuk menyertai kempen ini.
  8. Hanya sah untuk pembelian asal di outlet yang mengambil bahagian di Resorts World Genting, tidak termasuk Hotel, Konsert/Pertunjukan, Kasino, Genting Highlands Premium Outlets, Taman Tema, mata Genting Rewards, bayaran bil, kad tambah nilai, sebarang bentuk kad hadiah/voucher, pengurup wang, bank dan perkhidmatan.
  9. Sah untuk pembelian di outlet yang mengambil bahagian sahaja, tidak termasuk push cart, kios, vendor sementara dan roadshow promosi.
  10. Hadiah tidak boleh dijual semula, dipindah milik atau ditukar dengan wang tunai atau barangan lain.
  11. Sekiranya hadiah tidak tersedia atas apa jua sebab, pihak pengurusan berhak menggantikannya dengan item lain yang bernilai setara tanpa notis awal.
  12. Pihak pengurusan berhak untuk menambah, meminda atau membatalkan mana-mana syarat di atas pada bila-bila masa tanpa notis awal.
  13. Maklumat adalah tepat semasa dicetak dan tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal.
  14. Dengan menyertai kempen ini, peserta bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat ini serta keputusan pihak pengurusan.
  15. Pihak pengurusan berhak untuk menambah, meminda atau menarik balik syarat-syarat di atas pada bila-bila masa tanpa notis awal.
  16. Terma dan syarat lain adalah terpakai.