Restoran Bufet Antarabangsa


Terletak berdekatan dengan taman tema dengan pemandangan yang memukau, FUHU merupakan salah satu restoran bufet antarabangsa terbaik yang diterajui oleh Lorenz Hoja, cef yang telah mengumpul 13 bintang Michelin sepanjang kariernya.

Suasana yang tenang, rekaan dalaman dan pencahayaan yang indah menjemput para tetamu untuk ‘menyerlahkan jiwa FUHU’ mereka dengan tawaran terbaharu, Bufet Antarabangsa yang menawarkan sehingga 68 hidangan segar. Restoran berkonsepkan al fresco ini menyajikan pelbagai menu Asia dan juga makanan laut yang segar sebagai menu utama, disediakan rapi dengan menggunakan bahan-bahan segar dan bermusim. Juga terdapat pelbagai masakan antarabangsa dan tempatan untuk melengkapi bufet ini.

Tambahan: Nikmati kelazatan lobster segar kami yang dimasak dengan sempurna secara à la minute pada RM130 seekor.

 

Kadar
 Dewasa
Kanak-kanak
Kaunter Harga
dalam talian
Kaunter Harga
dalam talian
Isnin – KhamisRM 118RM 98RM59RM 49
Jumaat – AhadRM 128RM 98RM64RM 49

Tempah Sekarang

atau

Hubungi 019 390 3738 untuk tempah sekarang!


Lokasi & Waktu:

Lokasi:
Zouk Atrium, SkyAvenue (di tingkat bawah Burger & Lobster)

Waktu:
Isnin hingga Ahad
Makan Malam: 5.30 petang – 7 malam | 7.15 malam – 8.45 malam | 8.50 malam – 10 malam
*Makan Lewat Malam (supper): 10 malam – 1 pagi

*Makan lewat malam (supper) hanya tersedia dari menu
ala carte. 

  1. Harga dalam talian hanya tersedia untuk pembelian dalam talian sahaja, sekurang-kurangnya satu (01) hari lebih awal.
  2. Slot bufet makan malam yang terakhir adalah tersedia sehingga 30 minit sebelum waktu tutup yang dijadualkan bagi slot tersebut. Tetamu yang membeli slot terakhir perlu mengambil maklum bahawa bufet akan ditutup tepat pada waktu yang ditetapkan.
  3. Sila ambil maklum bahawa tempoh makan ditetapkan mengikut slot tempahan.
  4. Tawaran ini sah pada tarikh yang dinyatakan dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
  5. Tiada bayaran balik akan dikeluarkan jika pakej dibatalkan atau tidak digunakan.
  6. Pihak pengurusan berhak untuk mengubah, meminda, memadam atau menambah syarat-syarat ini atau menarik balik pakej pada bila-bila masa tanpa notis awal.