11.01.2023 - 07.02.2023 (or while stocks last)
Receive a complimentary limited-edition Genting’s Highland Heroes angpau set with each purchase of RM200 in a single receipt! Only valid at participating outlets, F&B outlets are excluded.
Bring your receipt to these locations to redeem the angpau packets:
Otherwise, redeem the limited-edition Genting’s Highland Heroes angpau packets with purchases worth RM98 and above in a single receipt at any retail kiosk at Skytropolis Indoor Theme Park. Limited to one (01) set per transaction only. Exchange your receipt at any retail kiosk within Skytropolis Indoor Theme Park.
Melalui temu janji atau walk-in
10 pagi – 6 petang
Crockfords
The Genting Guest Xperience Centre adalah sebuah galeri imersif yang memaparkan pelbagai sejarah perjalanan dan impian Genting Group. Galeri dengan lima (05) zon ini akan membawa anda menerokai kehebatan legasi Resorts World Genting, dari sebuah usaha kecil yang gigih hingga ke seluruh dunia.
Keseluruhan pengalaman ini akan mengambil kira-kira 30 minit, dan anda juga boleh menerokai zon-zon yang tersedia dengan sendiri.
Zon 1: The Reception
Perjalanan dan penerokaan anda bermula di kaunter resepsi, di mana sebuah panel LED gergasi dan AI Chatbot GIVA akan menyambut kedatangan anda. Daftar masuk bersama kakitangan (guest ambassador) kami pada waktu dan tarikh anda bersama Kod QR. Lihat juga kapsul masa di mana Pengarah Eksekutif, Tan Sri Lim Kok Thay, meninggalkan hajatnya untuk pemimpin Genting Group akan datang membacanya pada sambutan ulang tahun yang ke-75 tahun 2040.
Zon 2: Cloud City
Lihat pemandangan Genting Highlands dan semua pembangunan di kawasan tinggi dari udara. Dengan teknologi projection mapping, zon ini membawa pengunjung melalui Jalan Utama Genting hingga ke puncak gunung, 6,000 kaki dari aras laut.
Zon 3: Legacy Lens
Telusuri sejarah penubuhan Genting Group melalui kaca mata pengasas kami, Tan Sri Datuk Seri (Dr.) Lim Goh Tong. Ketahui perjalanan beliau dari China ke Malaysia dan bagaimana beliau memulakan resort yang kini menjadi kuasa global dalam industri hospitaliti dan hiburan. Setiap item di meja kerja Tan Sri Lim mempunyai cerita tersendiri, dan anda boleh berinteraksi dengan item-item berikut untuk mengetahui lebih lanjut tentang barangan peribadinya.
Zon 4: Glamour Walk
Zon ini membolehkan pengunjung menjelajah sendiri sambil melihat tawaran hospitaliti dan hiburan Resorts World Genting. Ketahui tentang Taman Tema Genting SkyWorlds atau koleksi hotel bertaraf dunia kami. Luangkan masa di sini untuk memahami jenama kami dengan lebih terperinci menuju ke zon terakhir.
Zon 5: Grand Finale Wall
Masuki teater immersif 180 darjah yang memaparkan kisah global Genting Group. Skrin yang luas dari lantai hingga ke siling mempamerkan perkembangan syarikat, hartanah ikonik di destinasi seperti Singapura, Amerika Syarikat, dan United Kingdom. Pengalaman visual ini membuktikan bagaimana impian seorang rakyat Malaysia berkembang menjadi peneraju di industri hospitaliti dan hiburan dunia.
10 pagi – 11 pagi, 11 pagi – 12 tengah hari, 2 petang – 3 petang, 3 petang – 4 petang, 4 petang – 5 petang, 5 petang – 6 petang
Tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya sehari (01) sebelum
Jumlah tempahan maksimum satu (01) slot: 15 orang