Eksklusif Ahli SkyCard: Tahun Baru, Memori Baru!
 

Tempoh Kempen: Sekarang – 31.03.2026
Tempoh Penginapan: Sekarang – 30.04.2026

Mulakan tahun baru 2026 anda dengan udara segar di pergunungan Genting Highlands. Kami menjemput ahli SkyCard untuk menikmati percutian "Stay & Play" yang serba lengkap, direka khas untuk menjadikan memori pertama tahun ini yang paling istimewa buat seisi keluarga.

Butiran PakejHarga
Genting SkyWorlds Hotel (Bilik Quads)
+
Dua (02) Tiket Standard 1-Hari Taman Tema Genting SkyWorlds
&
Tiga (03) Tempahan Virtual Queue (VQ)
&
E-baucar RM10 F&B atau Runcit

Dari RM422

TEMPAH SEKARANG

Mengapa Keluarga Anda Akan Menyukai Pakej Ini:

  • Ikatan Kekeluargaan Lebih Erat:
    Tidak perlu bilik berasingan! Bilik Quads kami membolehkan seluruh keluarga menginap bersama, supaya gelak tawa dan detik gembira tidak pernah terhenti.
  • Lebih Masa Bermain, Kurang Masa Menunggu:
    Gunakan tiga (03) tempahan Virtual Queue (VQ) untuk melangkau barisan yang panjang. Rancang permainan anda melalui aplikasi supaya anda mempunyai lebih banyak masa untuk bergambar dan berseronok.
  • Ganjaran Sempurna:
    Nikmati e-baucer RM10 percuma untuk snek kegemaran atau cenderamata Tahun Baru di kedai cenderahati serta F&B di Taman Tema Genting SkyWorlds yang terpilih.

Memori indah keluarga anda untuk tahun 2026 bermula di sini, hanya dengan satu klik.

  1. Pakej mesti dibeli sekurang-kurangnya satu (01) hari sebelum tarikh penginapan.
  2. Harga dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM) dan termasuk Cukai Perkhidmatan serta Duti Hiburan pada kadar semasa (jika berkenaan).
  3. Sebahagian permainan, tarikan, hiburan, restoran atau tawaran lain mungkin tidak tersedia, diubah suai, atau beroperasi pada kapasiti terhad.
  4. Pengesahan tempahan bilik anda adalah tertakluk kepada ketersediaan bilik. 
  5. Tawaran ini hanya sah untuk penginapan pada tarikh-tarikh yang dinyatakan dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
  6. Tiada bayaran balik akan dikeluarkan jika bilik dibatalkan atau tidak digunakan.
  7. Pihak Pengurusan berhak untuk mengubah, meminda, memadam, atau menambah syarat-syarat ini, atau menarik balik promosi ini pada bila-bila masa tanpa notis awal.
  1. Setiap pemegang tiket Genting SkyWorlds 2026 layak menerima satu (01) e-baucar RM10, yang boleh digunakan di mana-mana outlet F&B atau Runcit di dalam Taman Tema Genting SkyWorlds.
  2. Sila tunjukkan kod QR e-baucar asal daripada aplikasi Genting SkyWorlds semasa penebusan. Sebarang tangkapan skrin atau salinan tidak akan diterima.
  3. E-baucar hanya sah pada hari lawatan yang sama.
  4. Setelah ditebus, e-baucar dianggap telah digunakan dan tidak boleh dikembalikan, dipindah milik atau ditukar dengan wang tunai atau barangan lain.
  5. E-baucar yang sah boleh digabungkan sehingga empat (04) baucar setiap transaksi.
  6. E-baucar boleh digunakan di mana-mana cawangan F&B dan Runcit yang mengambil bahagian, termasuk:
  7. Outlet F&B yang mengambil bahagian:
    a. Vila Festa
    b. Crash and Eddie's Frozen Treats
    c. Peaches' Cocoa Concoctions
    d. Golden Gate Garage
    e. EXO Grab 'N' Go
    f. Sergeant Sully's Juice Boosters
    g. Buck's Café
    h. Chips And Dips
    i. Santa Teresa Trolley Treats
    j. Mud & Grub's BIG Bites
    k. Jetpack Coffee and Fast Fuels
    l. Classic Burgers
  8. Outlet Runcit yang mengambil bahagian:
    a. Studio Emporium
    b. Galaxy Store
    c. Freedom Shop
    d. Rio Mercado
    e. Cavern Treasures
    f. ESD Exchange
    g. Redwoods Trading Post
  9. Proses penebusan e-baucar di cawangan runcit Genting SkyWorlds:
    a. Tetamu yang telah memautkan tiket Genting SkyWorlds 2026 mereka dalam aplikasi Genting SkyWorlds akan menerima e-baucar RM10.
    b. Kakitangan Genting SkyWorlds akan mengimbas kod QR e-baucar untuk penebusan/pengesahan semasa pembayaran.
    c. E-baucar tidak boleh digunakan di pushcart runcit, poncho, atau produk foto.
  10. Sebarang baki tidak digunakan akan luput. Tiada pemulangan, pertukaran atau lanjutan akan dibenarkan.
  11. Pihak Pengurusan berhak meminda Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis awal. Tertakluk pada terma dan syarat operasi lain.