Dari KLIA
 

Masuk ke mod percutian sebaik sahaja anda turun dari pesawat!

Servis Limosin
Perjalanan dari KLIA/ KLIA2 ke Resorts World Genting akan mengambil masa kira-kira dua jam (116km). Perkhidmatan limosin kami dari KLIA/ KLIA2 tersedia 24 jam sehari. Tempahan awal disarankan.

Kadar bermula pada RM296.80 dan tertakluk kepada jenis kenderaan, dengan surcaj 50% untuk tempahan antara tengah malam dan 6 pagi.

Pautan Rel Ekspres (ERL)
KLIA Express Rail Link (ERL) beroperasi pada selang 15 minit pada waktu puncak dan selang 20 minit pada waktu luar puncak. Perkhidmatan ini tersedia antara 5 pagi dan 1 pagi setiap hari.

Perjalanan dari KLIA/ KLIA2 ke KL Sentral mengambil masa 28 minit. Dari KL Sentral, tetamu boleh ke Resorts World Genting menaiki Bas Ekspres Genting.

Teksi
Beli kupon di KLIA/ KLIA2 untuk menaiki teksi bajet berdaftar di balai ketibaan lapangan terbang.

Untuk tempahan, sila hubungi:

Kaunter Perkhidmatan Limosin (Resorts World Genting)
Tel: (603) 6105 9584/85
Emel: TransportReservation-Limousine@rwgenting.com

Untuk pertanyaan mengenai KLIA/ KLIA2:
Tel: (603) 8787 4451

Nota:
Untuk sebarang pertanyaan mengenai KLIA / KLIA2, sila hubungi Kaunter Perkhidmatan Limosin kami (Resorts World Genting) di (603) 6105 9584/85.