Demam Bola Sepak 2026

 

Bersedialah untuk menikmati musim hiburan yang penuh aksi di Resorts World Genting menerusi Demam Bola Sepak. Saksikan perlawanan yang mendebarkan, rebut ganjaran menarik, nikmati persembahan mengagumkan, terokai pelbagai tarikan mesra keluarga dan promosi eksklusif. Demam Bola Sepak menjanjikan pengalaman yang penuh keterujaan, semangat dan keseronokan tanpa henti untuk seisi keluarga.

Limited-edition Genting’s Highland Heroes Angpau Redemption

11.01.2023 - 07.02.2023 (or while stocks last)

Receive a complimentary limited-edition Genting’s Highland Heroes angpau set with each purchase of RM200 in a single receipt! Only valid at participating outlets, F&B outlets are excluded.

Bring your receipt to these locations to redeem the angpau packets:

  • Studio Plaza , Genting SkyWorlds Theme Park
  • Skytropolis Indoor Theme Park
  • SkyVR
  • BigTop Video Game Park
  • Vision City Video Games Park
  • SkyAvenue Station, Awana Skyway
  • Awana Station, Awana Skyway

Otherwise, redeem the limited-edition Genting’s Highland Heroes angpau packets with purchases worth RM98 and above in a single receipt at any retail kiosk at Skytropolis Indoor Theme Park. Limited to one (01) set per transaction only. Exchange your receipt at any retail kiosk within Skytropolis Indoor Theme Park.


 



PESTA BOLA PERINGKAT AKHIR

20.07.2026
12 tengah malam – 3 pagi
Tingkat 1, SkyAvenue (bersebelahan Swensen's)

Sertai parti tontonan langsung terbesar bersama selebriti jemputan dan rebut peluang memenangi hadiah bernilai lebih RM25,000! Nikmati juga hadiah eksklusif, snek dan hidangan lazat serta pengalaman penuh debaran yang hanya hadir sekali setiap empat tahun di Resorts World Genting.

 

ATUR CARA

Sebelum sepak mula, kami bawakan kemeriahan yang pasti menghangatkan suasana.Rasai rentak hiburan di puncak bersama persembahan DJ secara langsung yang diterajui ikon media sosial Malaysia, Ms PuiYi, disertai barisan DJ jemputan yang bakal menggegarkan pentas. Ini bukan sekadar perlawanan bola sepak, tetapi sebuah parti yang anda pasti tidak mahu lepaskan!

MasaAcara
10 malam – 12 pagiPendaftaran Tetamu (pengambilan gelang tangan)
12 pagi – 12.45 pagiPersembahan pembukaan oleh DJ Bambi
12.45 pagi – 1 pagiGiveaway Cabutan Bertuah
1 pagi – 1.45 pagi​Persembahan oleh DJ Johel & Noxh
1.45 pagi – 2 pagiGiveaway Cabutan Bertuah
2 pagi – 2.45 pagiPersembahan Istimewa oleh Ms PuiYi
2.45 pagi – 3 pagiGiveaway Cabutan Bertuah
3 pagi – 3.45 pagiTayangan Akhir Secara Langsung
3.45 pagi – 4 pagiGiveaway Cabutan Bertuah Utama
CABUTAN BERTUAH, PERMAINAN & HADIAH MENARIK

Hangatkan lagi semangat bola sepak anda! Berbelanja minimum RM50 di mana-mana premis F&B yang mengambil bahagian dan anda akan menerima 1 penyertaan Cabutan Bertuah.

Antara hadiah menarik yang menanti anda ialah:


Lebih banyak anda berbelanja, lebih tinggi peluang anda untuk membawa pulang hadiah!

Selain Cabutan Bertuah, pelbagai permainan interaktif dan sesi pemberian hadiah turut menanti bagi memeriahkan suasana sebelum perlawanan bermula. Uji pengetahuan bola sepak anda, tunjukkan kemahiran, atau sertai permainan mini untuk memenangi pelbagai hadiah menarik. 

 
KEISTIMEWAAN AHLI GENTING REWARDS

Acara ini eksklusif untuk ahli Genting Rewards. Belum menjadi ahli? Daftar secara PERCUMA di lokasi acara dan sertai kemeriahannya!

  • Pilihan Tempat Duduk: Datang lebih awal untuk mendaftar dan mengambil gelang tangan anda. Tempat duduk adalah terhad dan diberikan berdasarkan konsep siapa cepat, dia dapat.
  • Tempat Duduk VIP di Swensen’s: Dapatkan tempat duduk VIP dengan menu Kombo Swensen's bernilai RM100 dan ke atas.
  • Hot U.S. Fries & Dips 
  • Chicken Pepperoni Pizza 
  • Lemon Tea (pilih sejuk atau panas)
  • 3oz Ice Cream (1 scoop) (pilih perisa)


Puncak keseronokan menanti anda! Sama ada anda hadir untuk menyaksikan aksi bola sepak, menikmati persembahan muzik atau memburu hadiah lumayan, SkyAvenue ialah destinasi yang wajib dikunjungi pada 20 Julai.

  1. Cabutan bertuah ("Kempen") ini terbuka kepada ahli Genting Rewards yang berbelanja minimum RM50 dalam satu resit atau gabungan resit di premis F&B yang mengambil bahagian antara 12 tengah malam hingga 3 pagi pada 20.07.2026 ("Tempoh Kempen"). Kakitangan Genting Malaysia Berhad ("Pihak Pengurusan") adalah DILARANG SAMA SEKALI menyertai Kempen ini.
  2. Setiap resit yang layak hanya melayakkan peserta menerima satu (1) penyertaan ("Tiket Cabutan Bertuah") dan hanya boleh ditebus di Kaunter Pendaftaran Kempen. Resit yang telah dicop "Ditebus" tidak layak untuk sebarang penebusan atau penyertaan selanjutnya.
  3. Peserta yang layak hendaklah menyerahkan dan memasukkan Tiket Cabutan Bertuah bersama resit yang layak ke dalam kotak cabutan di Tingkat 1, SkyAvenue (bersebelahan Swensen's) ("Lokasi") sepanjang Tempoh Kempen dan selewat-lewatnya 3 pagi. Penyertaan yang lewat atau tidak lengkap tidak akan diterima.
  4. Pemenang hendaklah hadir secara fizikal di Lokasi apabila nama mereka diumumkan. Kegagalan untuk hadir akan menyebabkan hadiah terbatal serta-merta, dan pemenang gantian akan dipilih serta-merta.
  5. Pemenang akan dipilih secara rawak daripada semua penyertaan yang layak pada 20.07.2026 melalui cabutan yang dikendalikan oleh wakil sah Pihak Pengurusan.
  6. Semua hadiah dan baucar tidak boleh dijual semula, dipindah milik atau ditukar kepada wang tunai atau barangan lain.
  7. Pihak Pengurusan berhak mengesahkan kelayakan mana-mana peserta dan boleh membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak mematuhi Terma & Syarat ini.
  8. Keputusan Pihak Pengurusan berhubung semua perkara berkaitan Kempen ini adalah muktamad, konklusif dan mengikat. Sebarang rayuan, bantahan atau surat-menyurat tidak akan dilayan.
  9. Pihak Pengurusan berhak meminda, mengubah atau mengemas kini Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
  10. Pihak Pengurusan berhak menukar, menggantikan, menarik balik atau meminda mana-mana hadiah, baucar atau spesifikasinya pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
  11. Terma dan syarat tambahan mungkin dikenakan bagi hadiah, baucar, ganjaran atau proses penebusan tertentu.
  12. Dengan menyertai Kempen ini, peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat ini serta sebarang terma tambahan yang ditetapkan oleh Pihak Pengurusan.


SAKSIKAN PERLAWANAN

Saksikan semua perlawanan di lokasi-lokasi terpilih di Resorts World Genting, di mana para peminat berkumpul untuk merasai setiap sepakan, jaringan gol dan detik penuh dramatik di layar besar. Nantikan sorakan penonton yang bergema, keterujaan bersama, serta suasana yang membuatkan anda seolah-olah berada di stadium. 

  • Park Avenue Lounge (Aras M, SkyAvenue)
  • High Line Roof Top Market (Tingkat 4, SkyAvenue)
  • Lake of Dreams (Gohtong Way) 
  • Ayu Awana (Resorts World Awana) 
  • Bar 360 by Genting Club (Tingkat 3, Genting Grand)*
  • Hangout (Tingkat 3, Genting Grand)*

*Hanya perlawanan terpilih sahaja yang akan ditayangkan di Park Avenue Lounge, High Line Roof Top Market dan Lake of Dreams.
*Lake of Dreams (Pusingan 32 hingga perlawanan akhir sahaja).
*Hanya terbuka kepada individu berumur 21 tahun ke atas dan bukan Muslim.

*Pihak pengurusan berhak untuk mengubah atau membatalkan mana-mana acara siaran langsung tanpa sebarang notis awal.

HIBURAN SECARA LANGSUNG

Demam Bola Sepak dihidupkan dengan pelbagai persembahan meriah termasuk perarakan, persembahan tarian, serta sesi temu mesra bersama peminat di seluruh resort. 

Lokasi Live Entertainment:

  • Kimhua Atrium (Tingkat 1, SkyAvenue)
  • Park Avenue Lounge (Aras M, SkyAvenue)
  • High Line Roof Top market (Tingkat 4, SkyAvenue)
  • Bar 360 by Genting Club (Tingkat 3, Genting Grand)*

*Terbuka kepada individu berumur 21 tahun ke atas dan bukan Muslim.

 

 Tarikh  Masa
 10.07.2026 
 11.07.2026
 15.07.2026 
 16.07.2026 
 12petang 
 1.30petang 
 3petang
 4petang
 6.30petang* 
 7.30petang* 
 12.07.2026  12petang 
 1petang 
 2.30petang 
 3.30petang 
 7.30petang* 
 19.07.2026  3petang 
 4.30petang 
 7.30petang* 
 20.07.2026  5petang* 

*Terbuka kepada individu berumur 21 tahun ke atas dan bukan Muslim.

 

 Tarikh  Masa 
 10.07.2026 
 11.07.2026 
 12.07.2026 
 15.07.2026 
 16.07.2026 
 9petang* 
 10petang* 
 11.30pm* 
 19.07.2026  9petang* 
 10petang* 
 11.30petang* 
 20.07.2026  2.30pagi* 
 3.45pagi* 
 6petang*

*Terbuka kepada individu berumur 21 tahun ke atas dan bukan Muslim.


Kemuncak acara ini adalah pad 20 Julai 2026, di mana peminat juga boleh menantikan siri cabutan bertuah, menjadikan hari penutup lebih penuh debaran dan kemeriahan.