Festival Durian 2025

01.06 – 30.09.2025
Setiap hari dar 12 tengah hari – 8 malam
Panasonic Screen Boulevard (Bahagian luar Genting Grand)

Raikan kedatangan raja buah di pesta durian terbesar dan satu-satunya di atas bukit di Malaysia diadakan sekali lagi di Resorts World Genting.

Jika anda penggemar durian, nantikan pelbagai varieti gred premium seperti Musang King, XO, D24 dan Udang Merah. Pasti nyaman rasanya sambil menikmati kelazatan durian di sini dalam suasana yang nyaman sejuk.

Sertai kami di 6,000 kaki dari paras laut untuk menjamu selera di Festival Durian 2025!