Bolehkah saya memilih untuk bekerja di jabatan pilihan saya?
Ya. Walau bagaimanapun, penempatan latihan industri tertakluk pada kekosongan jawatan di jabatan yang dipilih.
Di manakah saya akan ditempatkan untuk latihan industri saya?
Anda akan ditempatkan di Genting Highlands Resort, Pahang.
Apakah kod pakaian semasa latihan industri? Adakah pakaian seragam disediakan?
Pakaian formal. Pakaian seragam hanya akan disediakan kepada pelatih yang berhadapan dengan pelanggan dalam Bahagian Makanan & Minuman dan Hotel.
Jika saya telah menghantar resume, keputusan terkini dan sijil kokurikulum tanpa surat latihan industri dari Universiti / Kolej, adakah permohonan saya akan diproses?
GENM hanya akan memproses permohonan apabila pemohon telah menghantar semua dokumen yang diperlukan. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan.
Bolehkah saya menghantar permohonan secara manual?
Kami TIDAK menerima sebarang permohonan dalam bentuk salinan fizikal. Semua permohonan mesti dihantar dalam talian.
Apakah waktu bekerja?
Waktu dan hari bekerja akan mengikut jadual dan roster jabatan masing-masing.
Adakah saya akan dibayar semasa latihan industri?
Anda akan dibayar elaun latihan industri dan elaun makan secara bulanan sepanjang tempoh latihan industri anda.
Adakah saya layak untuk mendapat manfaat dan kemudahan lain semasa latihan industri saya?
Semasa latihan industri anda, anda layak untuk:
- Penginapan percuma (Jarak berjalan kaki ke tempat kerja)
- Rawatan klinikal percuma
- Pusat Rekreasi Kakitangan (SRC)
- Stadium kakitangan
- Perpustakaan / Pusat Sumber
Saya akan tiba di Resorts World Genting satu (01) hari sebelum melapor diri. Bolehkah anda menyediakan tempat tinggal untuk saya?
Penginapan hanya disediakan dari tarikh melapor diri anda.
Adakah saya akan diberikan pekerjaan dengan GENM selepas saya tamat pengajian jika saya telah menjalani latihan industri dengan GENM?
GENM tidak diwajibkan untuk memberikan anda pekerjaan semata-mata kerana latihan industri anda dengan GENM. Walau bagaimanapun, pelatih yang berpotensi tinggi dan berprestasi baik mungkin mempunyai keistimewaan khas untuk diambil bekerja dengan GENM, di mana penempatan tetap akan ditentukan berdasarkan minat, kekosongan jawatan yang tersedia dan fleksibiliti penempatan individu.
Siapa yang boleh saya hubungi untuk maklumat lanjut?
Anda boleh menghantar emel ke internship4u@rwgenting.com