07 – 22.02.2026
SkyAvenue, Resorts World Genting
Pada Hari Valentine ini, terokai dunia di mana cinta menjadi tumpuan utama. Hayati suasana yang penuh romantik apabila SkyAvenue kembang mekar dengan dekorasi bunga yang mempesonakan, tanda kasih sayang yang istimewa, serta pelbagai kejutan yang menanti.
Luah dan tuturkan segalanya.
Rakam perasaan yang ada di sudut hati anda kepada insan istimewa di reruai telefon kami. Pesanan yang terpilih akan ditayangkan di akaun Instagram rasmi SkyAvenue.
Abadikan detik cinta berputik bersama tersayang dan berpeluang untuk memenangi hadiah menarik!
Cara Penyertaan:
Anda berpeluang untuk memenangi set hadiah eksklusif Hari Valentine bernilai RM2,468. Seorang (01) pemenang akan diumumkan sebelum atau pada 28.02.2026 di akaun Instagram SkyAvenue.
Pemenang tersebut perlu menebus hadiah yang dimenangi di Kaunter Maklumat, Tingkat 1, Zouk Atrium, SkyAvenue semasa waktu operasi dalam tempoh 30 hari selepas pengumuman dibuat.