01.06-31.07.2026
Panggilan untuk penggemar kepedasan! Mala At Altitude menjemput anda memulakan pengembaraan kulinari merentasi lima destinasi unik di Genting Highlands, masing-masing menampilkan cita rasa mala Sichuan yang tersendiri, pasti digemari ramai.
Nikmati sebuah pengembaraan gastronomi dan terokai pelbagai variasi pedas yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
Rasai keenakan ayam goreng rangup yang disaluti Sambal Cili Pedas Meletop yang membara. Pedas, padu dan ketagih, setiap suapan memberi ledakan rasa yang wajib anda cabar.
Promosi: Nikmati Set RM82.50 bersama 4 minuman PERCUMA. Tambah minuman terpilih pada hanya RM3 setiap satu.
Kini tersedia di:
Level G, SkyAvenue
Hidangan kegemaran rakyat Malaysia ini diberi sentuhan baharu yang membara dengan sos pencicah mala istimewa, dengan tekstur yang rangup serta rasa mentega yang kaya. Jadilah antara yang terawal menikmati Roti Tisu Mala pertama di Malaysia, dihidangkan panas-panas pada ketinggian lebih 6,000 kaki dari aras laut di Genting Highlands.
Promosi: Lengkapkan pengalaman anda dengan Kombo Mala Roti Tisu pada harga hanya RM13, termasuk pilihan minuman anda.
Kini tersedia di:
Lobby Floor, First World Hotel
Kolaborasi mala yang paling padu! Dihasilkan dengan adunan rempah mala istimewa yang menampilkan lada Sichuan, aiskrim berkrim ini menawarkan keseimbangan sempurna antara rasa manis dan pedas. Mungkin kedengaran luar biasa, tetapi satu suapan sudah cukup untuk membuatkan anda ketagih. Pasti ada yang suka lebih pedas!
Kini tersedia di:
Lobby Floor, First World Hotel
OR
Lobby Level, Genting Grand
Temui sentuhan pedas yang membara pada hidangan klasik kegemaran ramai. Ayam kukus yang lembut dipadankan dengan nasi wangi serta sos halia dan bawang putih yang kaya rasa, diperkaya dengan keunikan perasa mala, menghasilkan hidangan yang bukan sahaja menyelerakan, malah sarat dengan ledakan rasa.
Promosi: Lengkapkan hidangan anda dengan Kombo Nasi Ayam Hainan Mala pada harga RM28, disertakan pilihan Teh Herba yang menyegarkan.
Kini tersedia di:
Level G, SkyAvenue
Dari sungai-sungai di Pahang ke udara nyaman Genting Highlands, nikmati keenakan ikan air tawar yang cukup terkenal di Malaysia. Ikan segar dengan perapan rempah mala dan dibungkus dalam daun pisang yang harum, Ikan Patin Bakar Mala ini menggabungkan cita rasa warisan tempatan dengan sentuhan pedas yang menggiurkan.
Nikmati Ikan Patin Bakar Mala pada harga RM58 dan tambah mana-mana minuman ringan dengan hanya RM2.
Kini tersedia di:
Gohtong Way
Sama ada anda seorang penggemar tegar mala atau sekadar ingin mencuba pengalaman menjamu selera yang lebih berani, Mala At Altitude menampilkan lima ciptaan istimewa di seluruh Genting Highlands. Mulakan pengembaraan penuh ledakan rasa ini dan temui sensasi pedas kegemaran anda di atas awan!
22 – 28.06.2026
Bersedia untuk menaikkan tahap kepedasan anda? Sertai peraduan ini dan berpeluang memenangi Baucar F&B Mala Series Single, serta nikmati kelima-lima (05) hidangan istimewa Mala Series di cawangan terpilih di Resorts World Genting.
Daripada rasa pedas yang membangkitkan selera hingga ciptaan berempah yang memikat, beritahu kami menu Mala mana yang paling anda ingin cuba dan anda mungkin salah seorang pemenang bertuah!
Cara penyertaan: 👇
1. Peserta mesti mengikuti akaun @resortsworldgenting di TikTok dan menyukai hantaran peraduan yang ditetapkan.
2. Peserta mesti menjawab soalan berikut di ruangan komen:
“Menu mana satu yang korang nak try?”
3. Peserta mesti tag seorang (01) rakan yang anda ingin cuba Siri Mala ini bersama-sama.
4. Pemilihan pemenang: Sepuluh (10) pemenang bersama seorang (01) rakan masing-masing berpeluang memenangi baucar F&B Mala Series untuk kelima-lima (05) menu Mala Series.
5. Pemenang akan diumumkan melalui platform media sosial rasmi Resorts World Genting.
Tag geng makan anda, kongsikan menu Mala kegemaran anda, dan anda mungkin menikmati jamuan pedas paling padu, kami belanja!