Meraikan Legasi: Hari Pengasas Genting


Sertai kami dalam meraikan jasa seorang insan yang memulakan segalanya 61 tahun yang lalu.
Sempena Hari Pengasas pada 28 Februari, kami menghormati legasi yang dibina atas visi, ketabahan dan impian yang telah memberi inspirasi kepada generasi demi generasi.

Berpandukan prinsip — Kerja Keras, Kejujuran, Keharmonian, Kesetiaan dan Keprihatinan, yang dikenali secara kolektif sebagai Nilai Teras Genting — nilai-nilai ini terus membentuk budaya kerja kami hingga ke hari ini.

Selaras dengan usaha beliau, kami kekal komited untuk memberi kembali kepada masyarakat dengan menyokong golongan kurang berkemampuan melalui usaha kebajikan yang bermakna, meneruskan inisiatif yang telah kami laksanakan tahun lalu dan membawa legasi ini ke hadapan untuk generasi akan datang.

Limited-edition Genting’s Highland Heroes Angpau Redemption

11.01.2023 - 07.02.2023 (or while stocks last)

Receive a complimentary limited-edition Genting’s Highland Heroes angpau set with each purchase of RM200 in a single receipt! Only valid at participating outlets, F&B outlets are excluded.

Bring your receipt to these locations to redeem the angpau packets:

  • Studio Plaza , Genting SkyWorlds Theme Park
  • Skytropolis Indoor Theme Park
  • SkyVR
  • BigTop Video Game Park
  • Vision City Video Games Park
  • SkyAvenue Station, Awana Skyway
  • Awana Station, Awana Skyway

Otherwise, redeem the limited-edition Genting’s Highland Heroes angpau packets with purchases worth RM98 and above in a single receipt at any retail kiosk at Skytropolis Indoor Theme Park. Limited to one (01) set per transaction only. Exchange your receipt at any retail kiosk within Skytropolis Indoor Theme Park.


Genting Guest Xperience Centre

Jika anda mencari pengalaman yang lebih mendalam dan imersif, kunjungilah Genting Guest Xperience Centre — sebuah galeri interaktif yang menghidupkan kisah kami. Terokai perjalanan masa lalu, masa kini dan masa depan Resorts World Genting melalui zon-zon imersif yang menampilkan penceritaan multimedia, pameran interaktif dan pemetaan unjuran, serta saksikan bagaimana satu visi berani berkembang menjadi destinasi bertaraf dunia.

event-rwg
event-rwg

8 Perkara Inspirasi Tentang Pengasas Visionari Resorts World Genting, Tan Sri Lim Goh Tong yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Walaupun Resorts World Genting sinonim dengan keseronokan dan pengembaraan, tidak ramai yang benar-benar mengenali tokoh berpengaruh yang memulakan semuanya. Hari ini, mari kita selami perjalanan penuh inspirasi, lelaki yang merealisasikan impian-impian ini, Tan Sri Lim Goh Tong. Dari permulaan yang sederhana hingga “menawan puncak”! — kisah beliau sememangnya mengagumkan!

Baca Lagi

Percutian Di Tengah Keindahan Alam Semula Jadi

Tempoh Penginapan: 27 & 28.02.2026
Resorts World Awana 

Nikmati keselesaan dan privasi yang terunggul dengan penginapan eksklusif Vila atau Mansion. Lengkap dengan hidangan, pengalaman riadah dan pelbagai lagi.

Maklumat Lanjut

Keistimewaan Eksklusif Diskaun 20%

27.02 – 30.04.2026 
Resorts World Awana 

Nikmati lebih banyak nilai dan detik bermakna sepanjang penginapan anda di Resorts World Awana dengan diskaun 20% untuk pengalaman denai alam semula jadi dan aktiviti keluarga yang menyeronokkan.

Maklumat Lanjut

Hari Pengasas Genting 2025

Tahun lalu, berinspirasikan nilai Keprihatinan, kami turun padang ke kawasan Pudu, Kuala Lumpur, dengan kerjasama bersama Kechara Soup Kitchen Society (KSK) — sebuah NGO yang telah lebih 17 tahun berbakti kepada komuniti terpinggir di Malaysia. Bersama-sama, kami mengagihkan 190 pek makanan sebagai tanda sokongan yang sederhana namun bermakna.

Tahun ini, kami meneruskan legasi Pengasas ini bersama rumah-rumah kebajikan di Bentong, sekali gus menegaskan komitmen kami untuk menyokong komuniti melalui usaha kebajikan yang bermakna dan berterusan.

gfd
gfd
gfd
gfd
gfd
gfd