Bersedia untuk serlahkan bakat CEO yang ada pada anak-anak? Anda bertuah kerana Resorts World Genting baru sahaja melancarkan pengalaman yang mengujakan khas untuk Si Kecil yang berkepemimpinan tinggi. Kempen CEO (Chief Experience Officer) membenarkan mereka untuk meneroka dunia yang penuh dengan cabaran di Resorts World Genting melalui aktiviti yang disyor dan disahkan oleh CEO baru yang telah dilantik Eva, StrongBoy, Ella dan Eshan!
Kepada ibu bapa, ayuh bersama-sama kita sertai keriangan yang tidak terhingga kerana CEO cilik anda akan mengetuai pengembaraan yang tidak dapat dilupakan ini!
Keseronokan sebenar bermula ketika pasport CEO berada di dalam genggaman mereka! Pengembaraan ini terbahagi kepada empat (04) kategori menarik, setiap satunya menawarkan misi yang unik dan menarik untuk CEO kecil lengkapkan bagi meraih peluang untuk menebus hadiah dan ganjaran menarik:
Dapatkan pelekat CEO dengan terapi beli-belah di Resorts World Genting! Apa yang anda perlu lakukan adalah berbelanja hanya RM100 minimum dalam satu resit di mana-mana kedai jualan yang mengambil bahagian. Dengan jenama seperti Adidas Kids, H&M, Focus Point dan banyak lagi, pengembaraan beli-belah anda semestinya meriah!
Memuaskan selera seperti CEO tidak pernah sehebat ini! Teruskan pengembaraan kecil anda dengan sajian lazat di Resorts World Genting, dengan 157 makanan & minuman enak untuk dipilih. Gambarkan: makan lobster rolls di Burger and Lobster, satu senduk besar aiskrim gelato percuma dan banyak lagi tawaran menarik untuk didapatkan oleh CEO kita. Ianya adalah pengembaraan yang melazatkan dan bakal membuatkan mereka berkata “Hore”! Pastikan pembelian minimum RM100 dibuat di restoran yang mengambil bahagian untuk memenuhka koleksi pelekat CEO anak anda.
Nikmati pengembaraan sehari tanpa henti dengan Kombo 1-Hari 2 Parks dengan serendah RM191 (n.p. RM264) apabila anda beli secara atas talian. Si kecil dapat menikmati keterujaan tanpa had, bertukar antara Taman Tema Genting SkyWorlds dan Taman Tema Indoor Skytropolis pada hari yang sama! Dan bahagian paling menyeronokkan: mana-mana CEO dengan ketinggian bawah 90cm dapat kemasukan secara PERCUMA!
Biarkan anak anda bebas berlari, ketawa dan bermain mengikut kehendak mereka dengan tarikan menarik Resorts World Genting – semuanya dengan harga yang lumayan!
Izinkan CEO kecil anda berasa seperti eksekutif yang sebenar dengan penginapan mewah di mana-mana hotel yang telah disahkan oleh para CEO. Pilih daripada pelbagai pilihan hotel, atau anda boleh juga mencuba penginapan 2H1M dengan “Pakej CEO Kids-cation” di Resorts World Awana untuk pengalaman yang tidak akan dilupakan.
Pakej CEO Kids-cation termasuk:
• Penginapan 2H1M stay di bilik Superior Deluxe di Resorts World Awana
• Sarapan buffet untuk empat (04) orang di Jom Makan Awana
• Aktiviti alam semula jadi berpandu di Jejak Awana (Awana Trail) untuk empat (04) orang
• Percuma Inflatable Fun – S.A.F.E. Archery*
• Percuma permainan bola tampar air di kolam renang*
*Tertakluk pada ketersediaan
TEMPAH SEKARANG
Apabila anda telah lengkap mengumpul pelekat CEO, jangan lupa untuk menebus secepat mungkin untuk dapatkan hadiah menarik yang tersedia. Ingat, tebusan hadiah segera adalah atas dasar siapa cepat, dia dapat, dan tersedia selagi stok masih ada.
Adakah anda mempunyai ciri-ciri bakal CEO Resorts World Genting? Sertai peraduan ini dan dapatkan peluang untuk memenangi beberapa hadiah menarik!
Cara untuk sertai:
1) Ikuti akaun Resorts World Genting di Instagram atau TikTok.
2) Kemudian, muat naik foto anak anda berposing di pejabat pop-up CEO di sekitar RWG dan di lokasi terpilih pada akaun Instagram atau TikTok anda. Sebagai alternatif, ibu bapa juga boleh memuat naik foto kreatif anak-anak anda berpakaian pejabat.
3) Tag dua (02) rakan dalam posting anda dan jangan lupa untuk hashtag, #RWGCEO dan #RWGCEOSearch.
Tiga (03) pemenang bertuah akan memenangi pakej percutian di Resorts World Awana!Apa yang anda tunggu lagi? Ayuh mulakan pengembaraan!