Seronok bukan melihat gelagat Nana & Yiyi di taman tema. Apa lagi, ikuti tips-tips di bawah bagi memaksimumkan pengalaman dan keseronokan anda di Genting SkyWorlds.


1. Pilih Tawaran Eksklusif Atas Talian Di Aplikasi atau Laman Web Rasmi

event-rwg


Tanpa tiket, bagaimana anda nak berseronok dengan keluarga dan rakan-rakan? Temui pelbagai pakej dan kombo mesra keluarga  yang ada di laman web kami dengan pelbagai penjimatan yang anda boleh dapati. Jimat pada tiket, makanan, penginapan, perjalan dan banyak lagi! Antara pakej yang ada adalah:

  • Kombo Bilik Taman Tema Genting SkyWorlds (sehingga 6 pakej yang boleh anda pilih)
  • BSN: Diskaun 10% Kombo Taman Tema & Bilik
  • Dan banyak lagi…!

Segala Tentang Genting SkyWorlds Di Sini



2. Apa Pakaian Yang Sesuai Ya?

event-rwg

Kredit gambar: Instagram (@munaabella)

Untuk pengalaman yang terbaik, anda dinasihatkan untuk memakai baju dan kasut yang selesa. Bawa bersama jaket anda kerana cuaca di sini selalunya sejuk ya! Satu set pakaian ganti disyorkan kerana anda mungkin basah semasa permainan tertentu.

P/s: Kostum dan topeng muka tidak dibenarkan masuk ke dalam taman.


3. Bangun Awal dan Datang Awal

event-rwg


Kini Genting SkyWorlds mula beroperasi seawal 10 pagi, anda boleh saksikan flashmob yang penuh dengan aksi menarik dan kemeriahan di pintu masuk utama Genting SkyWorlds sebelum jam menunjukkan 10 pagi.

Anda juga boleh menikmati segala tarikan dan permainan dengan waktu penuh tanpa gangguan di luar waktu puncak!


4. Muat Turun Aplikasi Rasmi Taman Tema Genting SkyWorlds 

event-rwg


Dengan adanya aplikasi rasmi ini, perjalanan anda dari satu tempat ke satu tempat lebih mudah, pembelian tiket di hujung jari, ketahui anggaran waktu menunggu, rancang itinerari dengan lebih jelas dan banyak lagi!

Muat Turun di App Store   Muat Turun di Google Play  


5. Saksikan Persembahan Secara Langsung 

event-rwg


Saksikan bakat-bakat kakitangan taman tema yang hebat! Ikuti jadual persembahan yang ada dan nantikannya di beberapa lokasi di sekitar taman tema. Segalanya dipersembahkan secara langsung dan anda boleh juga turut serta dalam keseronokan tersebut beramai-ramai!

Cuti sekolah akan tiba tak lama lagi, jadi rancang sekarang dan bawa keluarga anda bersama-sama menikmati keseronokan ini!