Ekspedisi Hutan Hujan di Resorts World Awana

Tempoh Tempahan: Sekarang hingga 30.12.2024
Kesahihan: 31.12.2024

Sahut panggilan percutian anda, kemaskan barang dan terus ke Resorts World Awana bagi percutian yang pantas dan menyejukkan! Apa yang boleh dibuat apabila anda hanya mempunyai separuh hari atau seharian di resort berinspirasikan alam semula jadi kami? Lihat pakej trip harian terbaru kami!

Pakej Rainforest Wellness Retreat
Percutian yang menyegarkan di pusat hutan hujan yang rimbun, ikuti rentasan hutan berpandu oleh pakar alam semula jadi dari Genting Nature Adventure. Kemudian, bersantai di kolam suam ikonik Resorts World Awana dengan snek sihat di Ayu Awana.

Pakej termasuk:

  • Lawatan alam semula jadi berpandu bersama Genting Nature Adventures bermula daripada 9 pagi setiap hari
  • Pek snek sihat di Golf Terrace
  • Kit Survival Resorts World Awana percuma
  • Akses ke Gim
  • Akses ke kolam renang outdoor yang suam, lokar peribadi, bilik mandi 
  • Akses ke Pusat Sukan (bola keranjang, tenis dan gelanggang futsal) 
  • Akses ke Aktiviti & Keseronokan Harian Resorts World Awana
  • Lawatan berpandu eksklusif ke bilik hotel, mesyuarat dan kemudahan acara
Pakej Rainforest Wellness Retreat

Kadar 
Atas Talian* :
 RM88
Walk-in : RM98

Tempah Sekarang

* Tempahan atas talian mesti ditempah 2 hari sebelum tarikh aktiviti yang dipilih bagi mengelakkan sebarang kesulitan.  


Mendaki, Berenang & Bee Amazed: Pakej Pengembaraan Hutan Hujan
Trip harian yang paling nyaman melalui hutan hujan yang menyegarkan, di mana anda akan memulakan pengembaraan yang tidak dapat dilupakan di Taman Resorts World Awana dan pengalaman Penuaian Madu Lebah Tanpa Sengat. Sempurnakan hari anda dengan hidangan hot pot yang melazatkan di Awana Garden.

Pakej termasuk:

  • Lawatan alam semula jadi berpandu bersama Genting Nature Adventures bermula daripada 9 pagi setiap hari
  • Lawatan berpandu eksklusif ke Taman Ros & Bunga Matahari dan Penuaian Madu Lebah Tanpa Sengat
  • Hidangan hot pot di Awana Garden
  • Kit Survival Resorts World Awana percuma
  • Akses ke Gim
  • Akses ke kolam mandi, lokar peribadi, bilik mandi
  • Akses ke Pusat Sukan (bola keranjang, tenis dan gelanggang futsal)
  • Akses ke Aktiviti & Keseronokan Harian Resorts World Awana
  • Lawatan berpandu eksklusif ke bilik hotel, mesyuarat dan kemudahan acara
 Mendaki, Berenang & Bee Amazed:
Pakej Pengembaraan Hutan Hujan

Kadar 
Atas Talian*  :
 RM139
Walk-in : RM149

Tempah Sekarang

* Tempahan atas talian mesti ditempah 2 hari sebelum tarikh aktiviti yang dipilih bagi mengelakkan sebarang kesulitan.  

  1. Semua harga jualan adalah dalam Ringgit Malaysia (RM).
  2. Tempahan bagi pakej trip harian adalah tersedia di atas talian melalui rwgenting.com atau di Kaunter Hadapan di Resorts World Awana (hanya tunai sahaja diterima).
  3. Kanak-kanak berumur 4 tahun dan ke bawah berhak menikmati kemasukan percuma.
  4. Untuk lawatan alam semula jadi berpandu, semua tetamu harus tiba di Resorts World Awana 30 minit sebelum lawatan bermula dan menandatangani pengecualian tetamu. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan peserta kehilangan komponen pelancongan tertentu tanpa pampasan atau bayaran balik.
  5. Semua tetamu mesti menyimpan e-mel pengesahan mereka untuk tujuan pemeriksaan. Pihak Pengurusan berhak untuk menafikan penebusan jika terdapat tetamu yang mempunyai emel pengesahan yang tidak sah.
  6. Semua tetamu mesti mematuhi garis panduan keselamatan, peraturan dan undang-undang kolam renang.
  7. Tiada permintaan untuk menukar tarikh sah pakej yang dibeli akan dilayan.
  8. Pakej sama sekali tidak boleh dipindah milik, dijual semula, ditukar dan/atau tidak boleh dikembalikan dalam apa jua keadaan, termasuk faktor luaran di luar kawalan munasabah kami (cth jerebu, cuaca buruk, tindakan kerajaan, tindakan Tuhan, rusuhan atau mogok) dan akan terbatal jika diubah, dirosakkan dan/atau diusik
  9. Sekiranya operasi laluan terhalang atau mungkin terhalang disebabkan oleh cuaca buruk, gangguan bekalan elektrik, bencana alam lain, infrastruktur tidak berfungsi, atau sebab lain yang mana pihak Pengurusan tidak boleh bertanggungjawab, operasimungkin digantung, atau tempoh mendaki. atau perjalanan mungkin disingkatkan. Pihak Pengurusan berhak untuk membatalkan atau menangguhkan tanpa bayaran balik atau pampasan.
  10. Pihak Pengurusan berhak untuk:
    a. meminta maklumat tambahan atau bukti identiti daripada anda untuk mengesahkan emel pengesahan
    b. dan menafikan penyertaan anda jika anda melanggar Terma dan Syarat ini atau jika transaksi itu dianggap sebagai penipuan pada pendapat kami yang munasabah:
  11. Pihak Pengurusan berhak untuk mengkaji dan menyemak Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
  12. Tiada kelewatan atau kegagalan pihak kami dalam melaksanakan apa-apa hak, kuasa atau remedi di bawah Terma & Syarat ini akan beroperasi sebagai penepian hak, kuasa atau remedi tersebut.
  13. Terma dan Syarat ini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia dan anda dengan ini bersetuju untuk tunduk kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.
  14. Jika terdapat sebarang konflik atau percanggahan antara Bahasa Inggeris dan terjemahan lain Terma dan Syarat ini, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan.1
  15. Hak Cipta Imej: Tetamu bersetuju untuk penggunaan gambar/video yang diambil semasa lawatan alam semula jadi berpandu untuk tujuan promosi di laman web dan/atau platform media sosial yang berkaitan. Sekiranya anda tidak mahu menyertai, sila maklumkan kepada jurupandu sebelum lawatan bermula.1
  16. Terma dan Syarat lain mungkin terpakai.