Raikan 60 Tahun Bersama Kami: Dapatkan Kad Touch ‘n Go Edisi Terhad Jubli Intan Ulang Tahun ke-60!

Tempoh Penebusan: 15.08 – 30.09.2025

Sempena memperingati enam dekad kenangan yang tidak dapat dilupakan dan sebagai tanda penghargaan kepada ahli Genting Rewards yang setia, kami amat teruja untuk mengumumkan kerjasama eksklusif bersama Touch ‘n Go! 

Kami telah mengeluarkan Kad Touch ‘n Go Edisi Terhad Ulang Tahun ke-60 yang menampilkan rekaan eksklusif bertemakan Resorts World Genting. Kad ini bukan sekadar kad biasa; ia adalah simbol koleksi perjalanan bersama dan tanda penghargaan istimewa atas sokongan anda yang berterusan. 

Kami percaya setiap orang mesti memiliki sebahagian daripada sejarah ini, dan ianya sangat mudah untuk ditebus, ikuti langkah mudah berikut: 

Limited-edition Genting’s Highland Heroes Angpau Redemption

11.01.2023 - 07.02.2023 (or while stocks last)

Receive a complimentary limited-edition Genting’s Highland Heroes angpau set with each purchase of RM200 in a single receipt! Only valid at participating outlets, F&B outlets are excluded.

Bring your receipt to these locations to redeem the angpau packets:

  • Studio Plaza , Genting SkyWorlds Theme Park
  • Skytropolis Indoor Theme Park
  • SkyVR
  • BigTop Video Game Park
  • Vision City Video Games Park
  • SkyAvenue Station, Awana Skyway
  • Awana Station, Awana Skyway

Otherwise, redeem the limited-edition Genting’s Highland Heroes angpau packets with purchases worth RM98 and above in a single receipt at any retail kiosk at Skytropolis Indoor Theme Park. Limited to one (01) set per transaction only. Exchange your receipt at any retail kiosk within Skytropolis Indoor Theme Park.

Jenis KadPerolehan GP Kelayakan
Ahli Genting Rewards
Raih 2GP dalam sehari melalui perbelanjaan bukan permainan (non-gaming)1 kad Touch ‘n Go (Edisi Terhad)

* Setiap ahli hanya dibenarkan menebus tawaran ini sekali (01) sahaja sepanjang tempoh promosi.

  1. Ahli mestilah memperoleh Genting Points (GP) yang ditetapkan untuk layak membuat penebusan (Kecuali RWG Pekerja).
  2. Kriteria perolehan GP termasuk perbelanjaan di cawangan jualan yang menyertai Genting Rewards di Genting Highlands Premium Outlets dan Johor Premium Outlets.
  3. Ahli dikehendaki menebus baucar fizikal dari i-Kiosk pada hari yang sama dengan tarikh perolehan GP.
  4. Baucar boleh ditebus di semua i-Kiosk yang terletak di seluruh Resorts World Genting, tidak termasuk Genting Highlands Premium Outlets dan Johor Premium Outlets.
  5. Tempoh penebusan baucar adalah dari 15.08.2025 hingga 30.09.2025.
  6. Terhad kepada satu (01) baucar bagi setiap ahli sepanjang tempoh promosi. Baucar akan disediakan berdasarkan konsep siapa cepat, dia dapat.
  7. Setelah baucar ditebus melalui i-Kiosk, tiada pembatalan dan tiada bayaran balik akan dilayan.
  8. Baucar sah selama dua (02) hari dari tarikh pengeluaran.
  9. Ahli perlu menukar baucar kepada Kad Touch ‘n Go di Kaunter Khidmat Pelanggan yang terletak di Genting Highlands sahaja. Lokasi Penebusan Kad: Kaunter Khidmat Pelanggan, Tingkat 1, SkyAvenue (Waktu Operasi: 24 jam setiap hari).
  10. Nota: Kad edisi khas ini menampilkan reka bentuk eksklusif Ulang Tahun ke-60 Genting dengan baki permulaan RM0.00. Pengguna perlu menambah nilai kad sebelum digunakan.
  11. Nota: Kad ini adalah kad Touch ‘n Go berteknologi NFC dan boleh digunakan di semua lokasi yang menerima Touch ‘n Go, tertakluk kepada baki yang mencukupi.
  12. Penggunaan Kad Genting X Touch ‘n Go Edisi Terhad tertakluk kepada Terma dan Syarat penuh yang ditetapkan oleh Touch ‘n Go Sdn Bhd (TNGSB).
  13. Dengan menggunakan kad ini, anda mengakui dan bersetuju untuk mematuhi semua dasar TNGSB, termasuk tetapi tidak terhad kepada: pengaktifan kad, kaedah tambah nilai, penggunaan, caj, pelaporan kehilangan/ kecurian, dan privasi.
  14. Ahli bertanggungjawab untuk menyemak dan memahami terma & syarat penggunaan kad. Terma & Syarat TNGSB boleh didapati di laman rasmi Touch ‘n Go: https://www.touchngo.com.my/policies/terms-conditions/
  15. Genting Malaysia Berhad (GENM) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang isu yang berpunca secara langsung daripada penggunaan atau fungsi sistem atau kad Touch ‘n Go, termasuk tetapi tidak terhad kepada perbezaan baki, ralat transaksi, atau masalah penerimaan kad. Segala pertanyaan berkaitan perlu dirujuk terus kepada pihak khidmat pelanggan Touch ‘n Go.
  16. Tawaran ini tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai, kredit, atau barangan lain, sama ada sebahagian atau sepenuhnya.
  17. GENM berhak untuk membatalkan, menambah atau meminda Kempen, Promosi, Tawaran dan Terma & Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.