Taman Tema Genting SkyWorlds dibina dengan 9 dunia lengkap yang mengujakan, diilhamkan oleh francais filem seperti Ice Age, Planet of The Apes, Rio dan Independence Day. Taman tema seluas 26 ekar ini sentiasa menantikan kehadiran pengunjung dari semua peringkat umur dengan 26 permainan tunggangan dan tarikan.
Mari kita memulakan pengembaraan menarik melalui 9 dunia menakjubkan di Genting SkyWorlds bermula dari:
Live, Camera, Action! Ayuh melakangkah ke dalam dunia glamor Hollywood di dunia yang meriah ini. Tonton persembahan secara langsung, temui watak berkostum, dan sertai filem kegemaran anda di sebalik tabir (psst, tiada pengarah yang cerewet di sini). Bayangkan Hollywood Walk of Fame, tetapi dengan roller coaster sebagai bintang di atas tanah
Bersedia untuk lari ke dunia kisah-kisah epik yang luar biasa daripada kehidupan dan makhluk mitos. Dunia ini menjanjikan pengembaraan epik, tunggangan yang mendebarkan, dan pertemuan dengan wira dan penjahat yang akan membuat anda tercengang.
Terbang ke angkasa lepas dalam pengembaraan galaksi yang mendebarkan! Kehidupan anda di Andromeda Base akan diuji dalam pelbagai cabaran, termasuk Menara Terraform yang menjunam! Terokai planet asing yang misteri, terbang bersama kapal angkasa anda sendiri, dan bermain permainan mini di booth yang disediakan.
Ayuh melangkah ke dalam semangat Rio dengan kostum berwarna-warni, dan suasana karnival. Bersedia untuk menggoyangkan badan anda di kawasan Santa Teresa di mana keseronokan, keterujaan dan muzik samba memenuhi ruang udara.
Bawa rakan dan keluarga anda bersama-sama dalam permainan yang menarik, menikmati hidangan yang lazat, dan alami suasana Rio yang sebenar..
Sid, Manny, Diego, dan rakan-rakan sedang menunggu anda untuk pengembaraan prasejarah! Luncur di glasier yang sejuk dan mungkin juga dapatkan swafoto dengan watak-watak kegemaran anda.
Untuk pencipta muda dan peminat robot! Bersedia untuk berseronok dengan permainan tunggangan yang membawa anda ke dunia gear yang berputar dan tanpa batasan.
Di Eagle Mountain, semasa Torque dan Wrench bersedia untuk perlumbaan termasyhur di Mad Ramp Peak, dapatkan burger dari trak makanan Classic Burgers berdekatan atau berlegar di sekitar Freedom Shop untuk dapatkan cenderamata eksklusif.
Berinspirasikan jalan-jalan di San Francisco, kawasan ini hidup dengan stor unik, gerai makanan lazat dan tarikan menarik seperti Planet of the Apes – pertama di dunia yang direka secara eksklusif untuk Taman Tema Genting SkyWorlds.
Tenangkan diri sejenak di dataran yang sibuk untuk alami tarikan, tempat makan, cenderahati dan hiburan bertaraf dunia yang terbaik. Sama ada lawatan ke Natural History Museum atau pertunjukan air pancut yang mengagumkan di Lake of Dreams, Central Park adalah tempat bertemunya detik-detik keseronokan, keterujaan dan kenangan.
Apabila tamat waktu operasi Taman Tema Genting SkyWorlds, Gohtong Way akan mula dibuka kepada orang ramai. Kemasukan adalah percuma!