Sesiapa yang menghadapi kehidupan yang sibuk kerja pasti tahu betapa pentingnya untuk meluangkan masa untuk diri sendiri dan mencari ketenangan. Resorts World Genting adalah destinasi yang sempurna untuk melarikan diri dari rutin harian dan ber-“healing” dengan bajet yang berpatutan.
Kitorang faham; ramai pasti berfikir, “Tak mahal ke jalan-jalan dekat sana?” Tak semestinya! Jom kita breakdown bagaimana nak menikmati semua keunikan dan keseronokan Resorts World Genting bawah RM150.
Selain daripada membawa kereta sendiri lalu menghabiskan duit bayar petrol, tol dan parking, alternatif yang lebih menjimatkan kos ialah menaiki pengangkutan awam. Korang hanya perlu lawati laman web redBus dan beli tiket "Bas Ekspres + Awana SkyWay" dari KL Sentral ke Stesen Awana dengan hanya RM20 sahaja. Tiket ni juga termasuk naik kereta kabel ke puncak melalui Awana Skyway. Tiket round-trip boleh dibeli sekali, membuatkan kos keseluruhan jadi RM40.
Baki Belanja: RM150 - RM40 = RM110
Setiba sahaja sampai ke Resorts World Genting, masanya pula untuk bersarapan pagi. Terdapat pelbagai kedai makanan di sana tapi kalau yang ingin mencari tempat yang sedap dan cost-effective, kunjungilah medan selera Jom Makan di SkyAvenue. Dari harga RM14 sahaja, pelanggan dapat pilih koleksi hidangan tempatan dari nasi lemak hingga ke char kuey teow, termasuk juga pilihan air kopi dan teh tanpa kos tambahan.
Baki Belanja: RM110 - RM14 = RM96
Walaupun Taman Tema Genting SkyWorlds memang menarik untuk dikunjungi, mungkin tak muat dalam bajet hari ber-healing ini. Tapi tak perlu risau! Pergi sahaja ke Aras 2 di Taman Tema Indoor Skytropolis untuk kunjungi permainan arked di BigTop Video Games! Dengan top-up hanya RM20 sahaja, boleh nikmati pelbagai aktiviti-aktiviti seronok yang berunsur carnival dan nostalgia.
Kepada yang sering mengalami tekanan stress di tempat kerja, jangan lupa mencuba permainan arked The Walking Dead. Bayangkan saja musuh dalam pejabat sebagai zombie, dan luahkan tekanan dengan tembakan yang memuaskan (shh, HR tak perlu nak tahu!).
Baki Belanja: RM96 - RM20 = RM76
Selepas selesai aktiviti menembak zombie, tibalah masanya untuk makan tengahari. Kepada yang ingin menjamu selera di lokasi yang enak sambil menikmati pemandangan sejuk dan cantik, High Line Rooftop Market merupakan pilihan utama. Mereka mempunyai pelbagai menu hidangan istimewa dengan harga semurah RM30 sahaja, dari hamburger dengan kentang goreng hingga ke mee udang goreng ala Kantonis.
Salah satu hidangan keistimewaan chef merupakan semangkuk Unagi Kabayaki dengan harga RM29 sahaja. Suasananya juga tiada tandingan apabila anda menjamu selera dengan pemandangan menghadap Taman Tema Genting SkyWorlds.
Baki Belanja: RM76 - RM29 = RM47
Walau bagaimanapun, jika korang mengidam untuk sesuatu yang lebih berat, membeli pizza di Motorino Pizzeria juga pilihan yang sesuai. Dengan hanya RM32, korang boleh menikmati pizza Itali yang terbaik dari New York dengan fusion tempatan.
Baki Belanja: RM76 - 32 = RM44
SkyAvenue menawarkan pelbagai kedai-kedai mewah dan hiburan yang mengagumkan. Malah, aktivity santai dan window-shopping juga boleh dikira sebagai sebahagian daripada hari yang ber-healing. Nak try-on baju-baju di H&M ataupun survey harga iPhone terkini adanya membawa rasa ketenangan dan menambah rejuvenasi keseluruhan hari.
Baki Belanja: RM47 - [PERCUMA] = RM47
Hiburkan tastebuds anda dengan pengalaman pencuci mulut yang tak terlupakan di Wolfgang’s Steakhouse Lounge, dan nikmati promosi pencuci mulut dalam hanya RM30. Korang boleh memilih dari pelbagai termasuk New York Cheesecake, Tiramisu dan Apple Strudel yang manis. Setiap pencuci mulut dipadankan dengan teh atau kopi percuma, menjadikan ia penutup yang paling manis untuk hari korang.
Baki Belanja: RM47 - RM30 = RM17
Dengan tinggal RM17 sahaja, layan diri dengan satu hidangan manis yang terakhir dengan membeli pulut mangga di The Bakery, berdekatan dengan lobi Genting Grand. Cari tempat yang tenang di tepi kolam, di mana korang boleh menatap ke arah Hotel First World dan nikmati setiap suapan sambil merasai angin sejuk.
Bake belanja: RM17 – RM15 = RM2
Dan di sinilah kita akhiri pengembaraan kita! Satu hari yang penuh kegembiraan di Resorts World Genting telah mengajar kita aktiviti-aktiviti ber”healing” seperti yang berikut memberi banyak manfaat untuk mengisi semula semangat sebelum kita melangkah kembali ke rutin pejabat keesokan hari. Jadi, mari kita duduk bersantai dan meneroka semula seni self-care, semuanya sambil mengawal bajet kita dengan bijak, hanya di Resorts World Genting!