Pantai Timur sangat serasi dengan kedamaian pantai dan ketenangan daripada kesibukan bandar. Resorts World Kijal adalah antara destinasi yang memenuhi ciri tersebut dengan kewujudan pelbagai permata tersembunyi yang terkandung di dalam resort ini. Ayuh singkap keindahan permata-permata tersembunyi yang ada di Resorts World Kijal.

 

 


1.  Bilik Premier Seaview menghadap ke pemandangan panoramik laut yang indah

rwa

 

(Kredit imej: @theazlinawawi/ Instagram)

Dengan kelengkapan bilik yang serba lengkap dan mewah, tiada rehat yang lebih menenangkan melainkan dengan pemandangan panorama pantai peribadi dan kolam yang luas menusuk kalbu tatkala anda di sini.

 

2.  Pantai peribadi

rwa

(Kredit imej: @adrian.adib/ Instagram)

Sepanjang 7.6km pantai peribadi milik Resorts World Kijal, terdapat pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan termasuk glamping yang tidak asing lagi bagi pengembara yang menginginkan keselesaan dan kemewahan ketika berkhemah. Juga terdapat jakuzi tepi pantai untuk kegunaan tetamu resort yang menginginkan pemandangan dan akses ke laut secara terus

 

3.  Hidangan makan tempatan asli lagi autentik

rwa


Restoran Kampong Meraga Beris
Dengan kepakaran chef dalam penyediaan makanan tempatan yang asli, Restoran Kampong Meraga Beris menyediakan pelbagai hidangan menu yang dapat memenuhi selera tetamu. Tetamu yang datang untuk menjamu selera boleh menikmati hidangan buffet samada diluar restoran ataupun di dalam berdasarkan keselesaan masing-masing.

 

4.   Nikmati makanan di pesisiran pantai

rwa

(Kredit imej: Mohamad Yaacob/ Facebook)

Oasis Beach Bistro
Maksimumkan pengalaman jamu selera anda dengan Oasis Beach Bistro. Dengan suasana yang dingin dengan tiupan angin pantai, nikmati hidangan makanan-makanan laut yang segar beserta manisan di tempat duduk bertemakan gaya alfresco. Kebanyakan hidangan dimasak secara langsung dan tetamu juga boleh membuat permintaan untuk pakej hidangan intim bagi sambutan ulang tahun dan sebagainya.

 

5.  Satu-satunya resort bertaraf 5 bintang di Kijal

rwa

(Kredit imej: @amad.alias/ Instagram)

Jika anda menjejakkan kaki di bumi Kijal, Resorts World Kijal merupakan satu-satunya resort yang bertaraf 5 bintang dan menyediakan harga mampu milik dengan kemudahan dan fasiliti yang lengkap kepada tetamu. Dengan adanya juga Jaminan Harga Terbaik segala tempahan yang dibuat secara langsung melalui laman web rasmi merupakan harga terendah!

 

6.  Pelbagai aktiviti mesra keluarga tersedia

rwa

 

(Kredit imej: @suhavi_regonda/ Instagram)

Apalah percutian tanpa pengisian masa bersama keluarga tersayang. Pelbagai aktiviti mesra keluarga juga pelbagai peringkat umur seperti menaiki ATV, karaoke dan pelepasan anak penyu. Semuanya telah pun tersedia di Resorts World Kijal untuk kepuasan tetamu yang berkunjung ke sini.

 

7.   Resort yang dapat menyediakan pakej perkahwinan taman landskap dan perkahwinan pantai

rwa



rwa


Layanan dan penyediaan pakej yang cukup untuk dua tema perkahwinan yang berbeza? Pakej perkahwinan bertemakan taman landskap dan pantai dapat ditawarkan kepada bakal pengantin yang mahukan keindahan semula jadi dan kelihatan mewah untuk hari istimewa mereka. Pakej pendaftaran perkahwinan juga tersedia untuk diadakan di dewan besar.

 

8.  Sesuai untuk semua tujuan

rwa

(Kredit imej: Kiri - @yatt_yaakob/ Instagram | Kanan - @sukrinick/ Instagram)

Resort yang terletak di pesisir pantai peribadi ini sangat sesuai bagi semua tujuan samada ahli korporat yang ingin mengadakan perjumpaan, keluarga yang menginginkan percutian santai dan berbulan madu. 

Percutian yang jauh dari kesibukan bandar dan tenang dengan alam semula jadi adalah antara percutian idaman semua orang. Dengan tawaran dan kemudahan yang disediakan oleh Resorts World Kijal, semua orang dengan pelbagai tujuan dapat menginap dan berehat dengan tenang dan selesa di resort ini.

TEMPAH SEKARANG