Taman Tema Genting Skyworlds Bakal Menyambut Ulang Tahun Ke-4! 🎡

Kami bakal meraikan empat (04) tahun pengembaraan yang luar biasa, semuanya terhasil oleh kerana keterujaan dan sokongan yang tak terhingga! Bersempena sambutan ini, kami akan menawarkan tawaran eksklusif Beli 1 PERCUMA 1 untuk ahli SkyCard kami.

Tawaran: Beli 1 Tiket, PERCUMA 1 tiket!
Tempoh Tempahan: Sekarang – 07.02.2026 (11.59 malam)
Tarikh Lawatan: 08 & 09.02.2026

PromosiKadar (net)
Warganegara Malaysia
Tiket Standard
+
Tiga (03) Tempahan Virtual Queue

BELI 1 PERCUMA 1
RM88

BELI SEKARANG

Bukan Warganegara Malaysia
Tiket Standard 
+
Tiga (03) Tempahan Virtual Queue
+
E-baucar RM10 F&B atau Runcit
BELI 1 PERCUMA 1
RM168
BELI SEKARANG

Harga dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM) dan termasuk Cukai Perkhidmatan serta Duti Hiburan pada kadar semasa (jika berkenaan)

Seiring dengan sambutan ulang tahun kali ini, Hot FM akan mengadakan pop-up dengan pelbagai kejutan menarik pada 08.02.2026 pada pukul 10 pagi.

Temui kami, Fizi & Keymi di Studio Plaza untuk memenangi cenderahati eksklusif edisi terhad Taman Tema Genting SkyWorlds serta pelbagai hadiah menarik lain.

Jumpa anda di sana dan jangan lupa untuk muat naik story dan hashtag #GSWis4.

*Pendaftaran baharu SkyCard di lokasi juga ada dan anda berpeluang menikmati hadiah eksklusif. Sementara stok masih ada.

Waktu Operasi Taman Tema Genting SkyWorlds:

Setiap Hari: 10 pagi hingga 6 petang

Tutup setiap hari Selasa, kecuali pada Cuti

Umum Kebangsaan Malaysia dan Cuti Sekolah.

Untuk pertanyaan, sila hubungi Talian Perkhidmatan Tetamu kami di +6019 201 6286 semasa waktu operasi taman.

Kami sedang menaik taraf Studio Plaza bagi membawakan pengalaman baharu yang lebih menarik. Sementara itu, sila gunakan pintu masuk SkyAvenue Gateway di Aras G, SkyAvenue untuk masuk ke taman.

Terima kasih atas kerjasama anda ketika kami berusaha menyediakan pengalaman yang lebih baik untuk anda.

  • Definisi Tiket:
    Kemasukan percuma diberikan kepada kanak-kanak berketinggian bawah 90cm.
    Standard: Tetamu dengan ketinggian melebihi 110cm.
    Kanak-kanak: Tetamu dengan ketinggian antara 90cm hingga 110cm.
    Warga emas: Tetamu berumur 60 tahun ke atas.
    Tetamu Orang Kurang Upaya (OKU): Tetamu dengan sijil kelainan upaya.
  • Taman tema ini ditutup setiap hari Selasa, kecuali pada cuti umum Malaysia. Klik di sini untuk melihat tarikh operasi taman pada hari Selasa.
  • Kadar harga warga Malaysia hanya sah untuk warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan Malaysia.
  • Tetamu dikehendaki menunjukkan Kad Pengenalan fizikal untuk pengesahan sebelum masuk ke taman tema.
  • Caj tambahan berdasarkan kadar pembelian terus (walk-in) akan dikenakan bagi pembelian tiket yang tidak sepadan.
  1. Sebahagian permainan, tarikan, hiburan, restoran atau tawaran lain mungkin tidak tersedia, diubah suai, atau beroperasi pada kapasiti terhad.
  2. Harga adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) dan termasuk Cukai Perkhidmatan serta Duti Hiburan pada kadar semasa (jika berkenaan).
  3. Definisi Tiket:
    Kemasukan percuma diberikan kepada kanak-kanak berketinggian bawah 90cm.
    Standard: Tetamu dengan ketinggian melebihi 110cm.
    Kanak-kanak: Tetamu dengan ketinggian antara 90cm hingga 110cm.
    Warga emas: Tetamu berumur 60 tahun ke atas.
    Tetamu Orang Kurang Upaya (OKU): Tetamu dengan sijil kelainan upaya.
  4. Penggunaan tiket dan/atau kemasukan ke Taman Tema Genting SkyWorlds menandakan penerimaan anda terhadap Terma & Syarat Umum Tiket serta Peraturan & Undang-undang Taman.
  5. Sebarang permintaan perubahan tarikh sah tiket tidak akan diterima.
  6. Tiket adalah tidak boleh dipindah milik, tidak boleh dijual semula, tidak boleh ditukar dan/atau tidak boleh dikembalikan dalam apa jua keadaan, termasuk faktor luar seperti jerebu, cuaca buruk, tindakan kerajaan, bencana alam, rusuhan atau mogok. Tiket akan terbatal jika diubah atau dipalsukan.
  7. Semua tetamu mesti menyimpan e-mel pengesahan pembelian untuk tujuan pemeriksaan apabila diminta. Pihak Pengurusan berhak untuk:
    1. Meminta maklumat tambahan atau bukti pengenalan bagi mengesahkan e-mel pengesahan; dan
    2. Menolak kemasukan sekiranya pelanggaran syarat berlaku atau transaksi dianggap penipuan.
  8. Pihak Pengurusan berhak menyemak dan meminda Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis awal.
  9. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan terjemahan lain, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
  10. Terma & Syarat ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia, dan anda bersetuju untuk mematuhi bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.
  11. Semua tetamu mesti mematuhi Terma & Syarat serta Peraturan & Undang-undang Genting SkyWorlds seperti yang dinyatakan di gentingskyworlds.com/rules-regulations.
  12. Tertakluk pada terma dan syarat operasi lain.
  1. Setiap pemegang tiket Genting SkyWorlds 2026 layak menerima satu (01) e-baucar RM10, yang boleh digunakan di mana-mana outlet F&B atau Runcit di dalam Taman Tema Genting SkyWorlds.
  2. Sila tunjukkan kod QR e-baucar asal daripada aplikasi Genting SkyWorlds semasa penebusan. Sebarang tangkapan skrin atau salinan tidak akan diterima.
  3. E-baucar hanya sah pada hari lawatan yang sama.
  4. Setelah ditebus, e-baucar dianggap telah digunakan dan tidak boleh dikembalikan, dipindah milik atau ditukar dengan wang tunai atau barangan lain.
  5. E-baucar yang sah boleh digabungkan sehingga empat (04) baucar setiap transaksi.
  6. E-baucar boleh digunakan di mana-mana cawangan F&B dan Runcit yang mengambil bahagian, termasuk:
    1. Vila Festa
    2. Crash and Eddie's Frozen Treats
    3. Peaches' Cocoa Concoctions
    4. Golden Gate Garage
    5. EXO Grab 'N' Go
    6. Sergeant Sully's Juice Boosters
    7. Buck's Café
    8. Chips And Dips
    9. Santa Teresa Trolley Treats
    10. Mud & Grub's BIG Bites
    11. Jetpack Coffee and Fast Fuels
    12. Classic Burgers
  7. Proses penebusan e-baucar di cawangan runcit Genting SkyWorlds:
    1. Tetamu yang telah memautkan tiket Genting SkyWorlds 2026 mereka dalam aplikasi Genting SkyWorlds akan menerima e-baucar RM10.
    2. Kakitangan Genting SkyWorlds akan mengimbas kod QR e-baucar untuk penebusan/pengesahan semasa pembayaran.
    3. E-baucar tidak boleh digunakan di pushcart runcit, poncho, atau produk foto.
    4. Cawangan tersedia (tertakluk pada waktu operasi): Studio Emporium, Galaxy Store, Freedom Shop, Rio Mercado, Cavern Treasures, ESD Exchange, Redwoods Trading Post.
  8. Sebarang baki tidak digunakan akan luput. Tiada pemulangan, pertukaran atau lanjutan akan dibenarkan.
  9. Pihak Pengurusan berhak meminda Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis awal.
  10. Tertakluk pada terma dan syarat operasi lain.