• Privacy Policy
  • Penyata Pemprosesan Data Peribadi

    Penyata Pemprosesan Data Peribadi (“PPDP”) ini disediakan mengikut peruntukan yang termaktub dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”). PPDP menetapkan polisi dan prosedur Kumpulan berkenaan dengan data peribadi anda dan persetujuan anda dalam penggunaan dan pemprosesan data peribadi anda untuk tujuan-tujuan yang ditetapkan di bawah.
    1. Definisi

      1. “Kumpulan” ertinya Genting Malaysia Berhad dan/atau syarikat induk, anak-anak syarikat, syarikat-syarikat yang berkaitan dan bersekutunya, dan syarikat-syarikat yang mengguna atau mungkin mengguna jenama “Genting” dan/atau “Resorts World”, tidak kira sama ada syarikat (atau syarikat-syarikat) itu diperbadankan di dalam atau luar Malaysia.
      2. “Data Peribadi” ertinya nama, nama samaran, umur, jantina, tarikh lahir, alamat, alamat e-mel, nombor telefon, rakaman CCTV dan audio, foto, pendapat, komen, maklumat berkaitan dengan transaksi, program dan/atau pakej yang anda telah sertai dan apa-apa maklumat peribadi atau pandangan/pendapat anda yang telah dan mungkin dikumpul, disusun, diproses dan dikekalkan dengan Kumpulan dari semasa ke semasa.
    2. Pemberian Data Peribadi

      1. Kumpulan akan memperolehi Data Peribadi anda apabila anda memberi Data Peribadi anda kepada Kumpulan dalam apa-apa cara atau bentuk termasuk yang berhubungan dengan apa-apa transaksi dan/atau pertanyaan yang dibuat dengan Kumpulan. Kumpulan juga akan menerima dan menyimpan Data Peribadi anda apabila anda memasuki laman web, laman-laman web rangkaian sosial dan/atau blog Kumpulan.
      2. Kumpulan juga menerima, menyimpan dan memproses Data Peribadi anda yang dibekalkan oleh mana-mana pihak ketiga, badan rujukan kredit, pihak penguatkuasa dan perundangan dan pengendali kasino yang lain, untuk sebab-sebab termasuk pembekalan perkhidmatan Kumpulan (contohnya, melakukan semakan yang bersesuaian dan penilaian risiko untuk memudahkan pembekalan perkhidmatan), mematuhi syarat-syarat perjanjian dan/atau untuk mematuhi obligasi-obligasi undang-undang Kumpulan.
    3. Tujuan Pemprosesan

      1. Kumpulan mungkin mengguna Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut, iaitu:
        • Untuk memproses permohonan/borang anda;
        • Untuk berkomunikasi dengan anda melalui SMS, panggilan telefon, emel, faks, surat dan/atau lain-lain saluran komunikasi yang bersesuaian;
        • Untuk memberi respons pada soalan-soalan dan komen-komen anda;
        • Untuk menyediakan produk, barangan, kemudahan, program, perkhidmatan, insentif kesetiaan dan/atau apa-apa aktiviti lain seperti yang diminta oleh anda;
        • Untuk tujuan pentadbiran;
        • Untuk memaklumkan apa-apa perubahan pada produk, barangan, kemudahan, perkhidmatan dan/atau insentif kesetiaan kami yang boleh mempengaruhi anda melalui SMS, panggilan telefon, emel, faks, surat dan/atau lain-lain saluran komunikasi yang bersesuaian;
        • Untuk memasarkan dan mempromosikan produk, barangan, kemudahan, perkhidmatan dan/atau insentif kesetiaan yang atau mungkin ditawarkan oleh Kumpulan atau yang mungkin meminatkan anda dari semasa ke semasa melalui SMS, panggilan telefon, emel, faks, surat dan/atau lain-lain saluran komunikasi yang bersesuaian;
        • Untuk memproses dan menganalisis Data Peribadi anda secara individu atau kolektif dengan individu-individu yang lain;
        • Untuk memantau kesesuaian dan kewajaran anda untuk menyertai, mengambil bahagian, menikmati atau mengguna mana-mana program, pakej, kemudahan atau harta benda Kumpulan, termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana program kesetiaan pelanggan;
        • Bagi tujuan pemasaran langsung melalui SMS, panggilan telefon, emel, faks, surat dan/atau lain-lain saluran komunikasi yang bersesuaian;
        • Bagi tujuan-tujuan lain yang difikirkan patut oleh Kumpulan;
        • Untuk membekalkan dan/atau mengesahkan Data Peribadi anda, menjalankan semakan keselamatan dan kewangan dan penilaian risiko dengan pengendali kasino yang lain, pembekal perkhidmatan, bank, pihak penguatkuasa, kehakiman dan perundangan bagi tujuan memudahkan atau memproses sebarang transaksi kewangan anda;
        • Bagi pencegahan dan pengesanan penipuan; dan
        • Bagi tujuan Kumpulan menunaikan obligasi yang dikehendaki di bawah undang-undang seperti keperluan pelaporan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, dan Akta Pendaftaran Tetamu 1965.
      2. Pemberian Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan yang disenaraikan dalam Seksyen 3.1 (a) hingga (l) di atas adalah secara sukarela dan tanpa paksaan. Walau bagaimanapun, kegagalan memberi Data Peribadi yang diminta atau apa-apa yang mengehadkan Kumpulan untuk memproses Data Peribadi itu boleh mengakibatkan Kumpulan tidak dapat (a) memproses permohonan/borang berkenaan; (b) menyediakan seluruh atau sebahagian produk, barangan, kemudahan dan/ atau perkhidmatan yang disenaraikan di atas atau mana-mana produk, barangan, kemudahan dan/atau perkhidmatan yang disediakan oleh Kumpulan kepada anda secara berterusan; dan/atau (c) menyediakan produk, barangan, kemudahan dan/atau perkhidmatan setakat yang dinyatakan dalam bahan-bahan promosi Kumpulan; dan/atau (d) menyediakan mana-mana produk, barangan, kemudahan dan/atau perkhidmatan baru yang mungkin ditawarkan oleh Kumpulan dari semasa ke semasa.
      3. Pemberian Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan yang disenaraikan dalam Seksyen 3.1 (m) dan (n) di atas adalah mandatori dan kegagalan atau keengganan anda untuk memberi Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan tersebut boleh menjadi suatu kesalahan di bawah undang-undang dan/atau Kumpulan mungkin menghentikan hubungan perniagaan dengan anda.
      4. Data Peribadi anda boleh dipindahkan, disimpan, dan diproses dalam bidang kuasa lain selain Malaysia. Anda memahami dan bersetuju bahawa Data Peribadi anda mungkin dipindahkan kepada pihak ketiga di luar Malaysia di mana Kumpulan mempunyai kepentingannya seperti yang dinyatakan dalam PPDP ini.
    4. Pendedahan kepada Pihak Ketiga

      1. Bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan di sini dan untuk memudahkan penyediaan pelbagai produk, barangan, kemudahan dan/atau perkhidmatan kepada anda, Kumpulan mungkin berkongsi dengan dan/atau memindahkan Data Peribadi anda kepada:
        • entiti-entiti yang lain di dalam Kumpulan;
        • pembekal-pembekal perkhidmatan pihak ketiga Kumpulan;
        • mana-mana orang di bawah kewajipan sulit kepada Kumpulan;
        • mana-mana penerima serah hak, penerima hakmilik, peserta atau sub-peserta kepada hak atau perniagaan Kumpulan yang sah atau disarankan; dan
        • ahli-ahli keluarga terdekat anda dan/atau orang yang dihubungi ketika kecemasan sebagaimana yang dimaklumkan kepada Kumpulan dari semasa ke semasa.
      2. Kumpulan juga mungkin berkongsi Data Peribadi anda seperti yang diwajibkan oleh undang-undang atau jika pendedahan adalah perlu untuk mematuhi undang-undang, proses undang-undang atau pertanyaan daripada pihak berkuasa yang berkaitan.
    5. Kuasa untuk Mengehadkan Pemprosesan

      1. Sekiranya anda:
        • tidak ingin menerima apa-apa komunikasi pemasaran daripada Kumpulan; atau
        • ingin Kumpulan menghentikan pemprosesan Data Peribadi anda bagi tujuan pemasaran atau sebarang tujuan pemasaran langsung; atau
        • ingin mengubah cara di mana Kumpulan dibenarkan untuk memproses Data Peribadi anda seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 3 di atas;

        anda boleh mengemukakan permintaan anda secara bertulis kepada alamat seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 7 di bawah.

      2. Apabila anda melawat laman web Kumpulan, beberapa maklumat mengenai komputer anda seperti alamat IP, perisian pelayar web, dan laman-laman web yang dirujuki akan dikumpulkan secara automatik. Maklumat itu hanya digunakan untuk mewujudkan pengalaman pengguna yang lebih baik dan untuk mengenal pasti bahagian yang perlu ditambahbaik dalam laman web Kumpulan.
      3. Sebagai pelawat ke laman web Kumpulan, anda mungkin diperuntukan satu fail cookie kekal pada pemacu cakera keras komputer anda. Anda berhak memilih untuk tidak menerima fail cookie dengan membolehkan pelayar web anda untuk menolak cookie atau memberi isyarat sebelum menerima cookie. Dengan tidak menerima cookie, anda mungkin tidak dapat mengakses perkhidmatan dan peralatan tertentu yang ditawarkan di laman web.
      4. Apabila anda mengakses halaman laman web Kumpulan atau menempah bilik atau membeli barang, anda mungkin dikehendaki mendaftar masuk dengan menggunakan ID dan kata laluan. Sebaik sahaja anda mendaftar masuk, Kumpulan akan merekodkan ID anda dalam fail cookie pada komputer anda sekiranya anda menanda petak yang bertajuk “Remember me”. Fail cookie kekal ini akan terus berada dalam pemacu cakera keras komputer anda sehingga anda memadamkan fail tersebut secara manual.
    6. Akses dan Pembetulan Data Peribadi

      1. Anda boleh memohon mengakses kepada dan/atau membuat sebarang pembetulan ke atas Data Peribadi anda dengan mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Kumpulan di alamat yang tercatat dalam Seksyen 7 di bawah.
      2. Berkenaan hak anda untuk mengakses dan/atau membetulkan Data peribadi, Kumpulan mempunyai hak untuk:-
        • menolak permintaan anda untuk mengakses dan/atau membuat sebarang pembetulan terhadap Data Peribadi anda mengikut cara yang diperuntukkan dalam Akta, seperti perbelanjaan untuk memberikan akses kepada anda tidak setimpal dengan risiko kepada privasi anda, atau hak pihak lain tergugat, antara sebab lain.
        • menolak permintaan anda untuk mengakses dan/atau membuat sebarang pembetulan terhadap Data Peribadi anda seperti yang dibenarkan di bawah Akta, termasuk di mana Data Peribadi anda diproses oleh Kumpulan untuk melaksanakan fungsi pengawalseliaan dan menyediakan akses kepada anda dan/atau hak untuk membuat sebarang pembetulan terhadap Data Peribadi anda mungkin memprejudiskan pelaksanaan fungsi-fungsi tersebut oleh Kumpulan; dan
        • mengenakan fi yang dibenarkan di bawah Akta bagi memproses permintaan anda untuk mengakses Data Peribadi anda.
      3. Walaupun akses diberikan kepada anda atau sebarang pembetulan/pengemaskinian yang dilakukan terhadap Data Peribadi anda, PPDP ini hendaklah terus menjadi sah dan berkesan pada setiap masa.
    7. Pertanyaan dan Cara Hubung

      Anda boleh meminta akses dan/atau meminta untuk membuat pembetulan terhadap Data Peribadi anda atau membuat sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan dengan pemprosesan Data Peribadi anda dengan menghubungi kakitangan berikut untuk bantuan lanjut:
      Naib Presiden
      Jabatan Komplian Kawal Selia, Genting Malaysia Berhad
      Alamat: Genting Highlands Resort, 69000 Genting Highlands, Pahang Darul Makmur, Malaysia
      No. Tel: +603-61059439
      E-mel: pdp@rwgenting.com
      Nota:
      • Kumpulan berhak untuk menyemak semula PPDP ini dari semasa ke semasa atas sebab perubahan dalam undang-undang dan peraturan yang berkaitan dan anda dianggap telah bersetuju terhadap penyemakan itu sekiranya anda masih mengekalkan perhubungan dengan Kumpulan tanpa sebarang bantahan.
        Anda dialu-alukan untuk mendapatkan versi terbaru PPDP dari laman web Kumpulan atau dari kaunter perkhidmatan pelanggan kami.
      • Sekiranya berlaku percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi lain untuk PPDP, maka versi Bahasa Inggeris akan dirujuk dan diguna pakai.
      • Sila ambil perhatian bahawa alamat e-mel yang tertera di atas adalah khusus untuk perkara berkaitan data peribadi. Untuk pendapat dan maklum balas, sila e-mel kepada customerfeedback@rwgenting.com .

      • (Dikemaskini 25 Jun 2014)
Top