Pengalaman Penginapan Mewah di Crockfords

Tempoh tempahan: 01.01 - 31.12.2023
Tempoh penginapan: 01.01 - 31.12.2023

 

Apabila melawat ke Resorts World Genting, pilih untuk menginap di salah satu pusat peranginan kami yang paling sofistikated.

Crockfords menjanjikan layanan dan keselesaan yang tiada tandingan untuk tetamu kami. Sebagai satu-satunya hotel di Malaysia yang menerima penarafan 5 bintang berprestij oleh Forbes Travel Guide selama tiga tahun berturut-turut, jangan risau kerana anda akan berada dalam jagaan pengusaha hotel kami yang berpengalaman.

Dengan pakej Pengalaman Penginapan Mewah di Crockfords, anda kini boleh menikmati perkhidmatan kami yang memenangi anugerah di samping sarapan pagi yang enak dan minuman alu-aluan untuk dua orang, disertai dengan penginapan satu malam yang mewah.
 

Jenis Bilik Kadar
Bukan Ahli Genting Rewards Ahli Genting Rewards
Superior RM1,800
RM1,700
Junior Suite RM2,100
RM2,000
Executive Suite
(Mahjong, Tatami, Gym)
RM2,700 RM2,600
Villa*
RM11,000

TEMPAH SEKARANG

Pakej ini termasuklah:

  • Penginapan 2H1M di mana-mana jenis bilik pilihan anda
  • Sarapan pagi untuk dua (02) orang di Crockfords Café 
  • Tempat letak kereta percuma
  • Perjalanan ulang alik Awana SkyWay untuk dua (02) orang
  • Aktiviti Awana trail Genting Nature Adventures untuk dua (02) orang
  • Koktel malam untuk dua (02) orang di Crockfords Club
  • Makan Malam FUHU Pop Up di Crockfords Club (hanya untuk pakej Bilik Superior sahaja)
  • Akses ekslusif ke Crockfords Club Lounge dan termasuk minuman sepanjang hari (hanya untuk pakej Junior Suite, Executive Suite dan Villa)

*Untuk tempahan Vila, semua kelayakan adalah terpakai untuk enam (06) tetamu


 

Terma dan syarat

  • Pengesahan pakej anda adalah tertakluk kepada ketersediaan bilik.
  • Semasa daftar masuk, Kaunter penerimaan tetamu akan mengeluarkan semua kelayakan anda.
  • Tawaran ini hanya sah untuk menginap pada tarikh yang dinyatakan dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
  • Tiada bayaran balik akan dikeluarkan jika pakej dibatalkan atau tidak digunakan.
  • Pihak Pengurusan berhak untuk mengubah, meminda, memadam atau menambah syarat-syarat ini atau menarik balik pakej pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.