

Datang dan bergembira bersama CoComelon semasa cuti sekolah ini! JJ dan rakan-rakannya pertama kali menjelajah di Malaysia, di Resorts World Genting.
Bawa anak kecil anda bermain di CoComelon Inflatable Playland dan temui JJ & Cody pada Perarakan Bus Ride CoComelon pertama di dunia.
Jangan lupa untuk mengambil gambar dengan JJ inflatable setinggi 8 meter di Kimhua Atrium, jadi jangan lupa untuk set tarikh, ya!
Kanak-kanak boleh melompat, berlari dan memanjat dalam ruang inflatable yang lengkap dengan kolam bola, gelongsor, maze dan trampolin!
Kemasukan ke CoComelon Playland adalah percuma apabila anda membeli Buku Aktiviti CoComelon dengan hanya RM10. Setiap buku aktiviti yang dibeli adalah sah untuk satu (01) kemasukan termasuklah: kanak-kanak mestilah ditemani oleh seorang ibu bapa/penjaga berumur 18 tahun ke atas. Stokin grip adalah wajib di dalam kawasan permainan dan boleh dibeli dengan harga RM8 sepasang.
Sebanyak 20 sesi akan diperuntukkan sepanjang hari, dengan selang 5 minit antara setiap sesi untuk usaha sanitasi dan pembersihan. Kemasukan ke CoComelon Playland adalah mengikut dasar slot yang dikhaskan sahaja.
Untuk menempah slot anda, kunjungi pusat pemeriksaan aktiviti. Slot terhad tersedia atas dasar siapa cepat dia dapat pada selang masa berikut:
*Tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa notis awal
**Sesi dikhaskan untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah sahaja.
Temui JJ gigantik di Kimhua Atrium! Patung gergasi JJ setinggi 8 meter akan muncul dari 16.02 – 31.03.2023. Pastikan anda mengambil gambar dengannya nanti!
Perarakan Bas CoComelon yang pertama di dunia sedang berlangsung di Resorts World Genting! Ikuti perarakan melalui laluan dan nyanyi bersama pelbagai lagu CoComelon yang terkenal.
Terdapat dua laluan dari Kimhua Atrium ke pentas Time Square dan sebaliknya, dengan tempoh 5 - 10 minit setiap laluan. Selepas perarakan, ambil gambar bersama JJ dan Cody di pentas Times Square semasa sesi meet and greet (sesi 20 minit)!
Jadual Perarakan
16 – 28.02.2023
01 – 12.03.2023
17 – 19.03.2023
24 – 26.03.2023
Laluan 1: Kimhua Atrium > Pentas Times Square*
12 tengah hari | 4pm | 7pm
Laluan 2: Pentas Times Square > Kimhua Atrium*
2:30pm | 5:30pm | 9pm
*Tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa notis awal
Raikan watak-watak CoComelon bertemu peminat kecil mereka buat pertama kali di Malaysia dengan bingkai foto magnetik CoComelon edisi terhad! Ambil gambar anda dengan JJ & Cody semasa sesi meet & greet untuk dibingkaikan gambar anda.
Si kecil boleh belajar menulis, melukis dan mewarna dengan Buku Aktiviti CoComelon. Bolehkah anda ingat semua nama rakan sekelas JJ? Setiap buku aktiviti berharga RM10, termasuk kemasukan percuma ke CoComelon Playland.
Sebarang pembelian yang dibuat di kedai pop-up store CoComelon dengan perbelanjaan minimum RM200 dalam satu resit layak untuk menebus satu buku aktiviti secara PERCUMA!
Akhir sekali, tunjukkan rasa cinta anda kepada CoComelon dengan barangan rasmi CoComelon! Barangan rasmi seperti mainan, pakaian dan buku boleh dibeli di kedai pop-up store yang terletak di sebelah taman permainan inflatable.
Eksklusif untuk Ahli Genting Rewards! Pada 18.02 & 18.03.2023, peroleh sehingga 5x Mata Peringkat (TP) apabila anda membeli sebarang item di kedai pop-up store CoComelon!
Potongan GP: Buku Aktiviti CoComelon & Kemasukan CoComelon Playland
16.02 – 30.03.2023
Datang dan kunjungi acara CoComelon pertama di Malaysia! Gunakan Genting Points anda untuk menebus Buku Aktiviti CoComelon dengan kemasukan ke CoComelon Playland pada hanya 5GP.
Ketahui lebih lanjut di sini!