Separuh akhir: 21.09.2024, Sabtu
10 pagi
Akhir: 22.09.2024, Ahad
12 tengah hari
Arena of Stars
Acara yang ditunggu-tunggu, Kejohanan Tarian Singa Kebangsaan Malaysia 2024 yang ke-20 bakal tiba tak lama lagi, menampilkan semua kumpulan tarian singa tempatan yang terbaik. Acara berprestij ini berdiri gah sebagai epitom pertandingan tarian singa.
Tarian singa, mempunyai tempat di hati seluruh rakyat Malaysia juga sebagai sukan yang telah dikenali di persada dunia.Dengan gemaan irama gendang, bersedia untuk saksikan aksi tangkas dan kelincahan singa yang mempersona. Pertunjukan akrobatik ini bakal mengagumkan penonton yang hadir.
Selepas pertarungan sengit di pusingan awal serantau (Barat, Utara, Selatan dan Timur), lima pasukan teratas di setiap pusingan awal serantau akan mara ke pusingan separuh akhir. Pusingan separuh akhir dan akhirbakal diadakan di Arena of Stars pada 21 & 22.09.2024.
Perjalanan ke Pusingan Separuh Akhir
Wilayah Barat |
---|
Xuan Long Dragon And Lion Dance Rawang Selangor |
Persatuan Tarian Naga Dan Singa Xuan Long Rawang Selangor |
Catholic High School Alumni Association Dragon and Lion Dance Team |
Persatuan Penganut Dewa Shen Shee Than K.L |
Tarian Naga Dan Singa Kwong Ngai |
Tarian Singa Dan Naga Kwong Ngai Putrajaya |
Hong Teck Dragon And Lion Dance |
Wilayah Utara |
---|
Wushu, Lion & Dragon Dance Association, Penang - Penang Meihu Culture And Sports Association |
Pertubuhan Tarian Singa & Naga Kedah/Perlis |
Pertubuhan Tarian Singa & Naga Hong Teik Alor Setar, Kedah |
Wilayah Selatan |
---|
Pertubuhan Tarian Naga Dan Singa Wen Ching Kelapa Sawit |
Persatuan Penganut Agama Buddah Xi Nan Kelapa Sawit |
S.M.K Kelapa Sawit |
Wilayah Sabah & Sarawak |
---|
Kelab Tarian Singa San Sheng Gung (Hong Teck) Kota Kinabalu |
Pertubuhan, Kebudayaan, Kesenian Dan Kesukanan Tawau |
Sin Ong Kong Temple, Federal Territory of Labuan |
Tung Fatt Association Kuching Sarawak |
Persatuan Tarian Singa Dan Naga Keong Fatt Sabah |
Persatuan Seni Tarian Singa Dan Naga, Penanpang, Sabah |
Che Yee Khor Moral Uplifting Society Lahad Datu, Sabah |
Harga Tiket
Jenis Tempat Duduk | Harga Biasa | Harga bagi Ahli Genting Rewards (melalui Genting Points/ tunai/ kad kredit) |
---|---|---|
PS1 (Kerusi bernombor) | RM250 | RM250 / 250GP |
PS2 (Bebas) | RM150 | RM150 / 150GP |