Penyata Pemprosesan Data Peribadi
Penyata
Pemprosesan Data Peribadi (“PPDP”) ini disediakan mengikut peruntukan yang
termaktub dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”). PPDP menetapkan
polisi dan prosedur Kumpulan berkenaan dengan data peribadi anda dan
persetujuan anda dalam penggunaan dan pemprosesan data peribadi anda untuk
tujuan-tujuan yang ditetapkan di bawah.
1.
Definisi
1.1 “Kumpulan” ertinya Genting Malaysia Berhad
dan/atau syarikat induk, anak-anak syarikat, syarikat-syarikat yang berkaitan
dan bersekutunya, dan syarikat-syarikat yang mengguna atau mungkin mengguna
jenama “Genting” dan/atau “Resorts World”, tidak kira sama ada syarikat (atau
syarikat-syarikat) itu diperbadankan di dalam atau luar Malaysia.
1.2 “Data Peribadi” ertinya nama, umur, jantina,
tarikh lahir, alamat, alamat e-mel, nombor telefon, foto, pendapat, komen,
maklumat berkaitan dengan program dan/atau pakej yang anda telah sertai dan
apa-apa maklumat perbadi atau pandangan/pendapat anda yang telah dan mungkin dikumpul, disusun, diproses dan dikekalkan
dengan Kumpulan dari semasa ke semasa.
2. Pemberian Data Peribadi
2.1 Kumpulan akan memperolehi
Data Peribadi anda apabila anda memberi Data Peribadi anda kepada Kumpulan
dalam apa-apa cara atau bentuk termasuk yang berhubungan dengan apa-apa
transaksi dan/atau pertanyaan yang dibuat dengan Kumpulan. Kumpulan juga akan
menerima dan menyimpan Data Peribadi anda apabila anda memasuki laman web,
laman-laman web rangkaian sosial dan/atau blog Kumpulan.
3. Tujuan Pemprosesan
3.1 Kumpulan mungkin mengguna
Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut, iaitu:-
(a) Untuk memproses
permohonan/borang anda;
(b) Untuk berkomunikasi
dengan anda;
(c) Untuk memberi respons
pada soalan-soalan dan komen-komen anda;
(d) Untuk menyediakan produk,
barangan, kemudahan, program, perkhidmatan dan/atau apa-apa aktiviti lain
seperti yang diminta oleh anda ;
(e) Untuk tujuan pentadbiran;
(f) Untuk memaklumkan
apa-apa perubahan pada produk, barangan, kemudahan dan/atau perkhidmatan kami
yang boleh mempengaruhi anda;
(g) Untuk memasarkan dan
mempromosikan produk, barangan, kemudahan dan/atau perkhidmatan yang atau
mungkin ditawarkan oleh Kumpulan dari semasa ke semasa;
(h) Untuk memproses dan
menganalisis Data Peribadi anda secara individu atau kolektif dengan
individu-individu yang lain;
(i) Untuk memantau
kesesuaian dan kewajaran anda untuk menyertai, mengambil bahagian, menikmati
atau mengguna mana-mana program, pakej, kemudahan atau harta benda Kumpulan,
termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana program kesetiaan pelanggan;
(j) Bagi tujuan pemasaran
langsung;
(k) Bagi tujuan-tujuan lain
yang difikirkan patut oleh Kumpulan;
(l) Bagi pencegahan dan
pengesanan penipuan; dan
(m) Bagi tujuan Kumpulan
menunaikan obligasi yang dikehendaki di bawah undang-undang seperti keperluan
pelaporan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan
Pembiayaan Keganasan 2001, dan Akta Pendaftaran Tetamu 1965.
3.2 Pemberian
Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan yang disenaraikan dalam Seksyen 3.1 (a)
hingga (k) di atas adalah secara sukarela dan tanpa paksaan. Walau bagaimanapun,
kegagalan
memberi Data Peribadi yang diminta atau apa-apa yang mengehadkan Kumpulan untuk
memproses Data Peribadi itu boleh mengakibatkan Kumpulan tidak dapat (a)
memproses permohonan/borang berkenaan; (b) menyediakan seluruh atau sebahagian
produk, barangan, kemudahan dan/ atau perkhidmatan yang disenaraikan di atas
atau mana-mana produk, barangan, kemudahan dan/atau perkhidmatan yang
disediakan oleh Kumpulan kepada anda secara berterusan; dan/atau (c)
menyediakan produk, barangan, kemudahan dan/atau perkhidmatan setakat yang
dinyatakan dalam bahan-bahan promosi Kumpulan; dan/atau (d) menyediakan
mana-mana produk, barangan, kemudahan dan/atau perkhidmatan baru yang mungkin
ditawarkan oleh Kumpulan dari semasa ke semasa.
3.3 Pemberian Data Peribadi
anda untuk tujuan-tujuan yang disenaraikan dalam Seksyen 3.1 (l) dan (m) di atas adalah
mandatori dan kegaqalan atau keengganan anda untuk memberi Data Peribadi anda
untuk tujuan-tujuan tersebut boleh menjadi suatu kesalahan di bawah
undang-undang dan/atau Kumpulan mungkin menghentikan hubungan perniagaan dengan
anda.
3.4 Data Peribadi anda boleh
dipindahkan, disimpan, dan diproses dalam bidang kuasa lain selain Malaysia.
Anda memahami dan bersetuju bahawa Data Peribadi anda mungkin dipindahkan
kepada pihak ketiga di luar Malaysia di mana Kumpulan mempunyai kepentingannya
seperti yang dinyatakan dalam PPDP ini.
4. Pendedahan kepada Pihak
Ketiga
4.1 Bagi tujuan-tujuan yang
dinyatakan di sini dan untuk memudahkan penyediaan pelbagai produk, barangan,
kemudahan dan/atau perkhidmatan kepada anda, Kumpulan mungkin berkongsi dengan
dan/atau memindahkan Data Peribadi anda kepada:-
(a) entiti-entiti yang lain
di dalam Kumpulan;
(b) pembekal-pembekal
perkhidmatan pihak ketiga Kumpulan;
(c) mana-mana orang di bawah
kewajipan sulit kepada Kumpulan;
(d) mana-mana penerima serah
hak, penerima hakmilik, peserta
atau sub-peserta kepada hak atau perniagaan Kumpulan yang sah atau disarankan;
dan
(e) ahli-ahli keluarga
terdekat anda dan/atau orang yang dihubungi ketika kecemasan sebagaimana yang
dimaklumkan kepada Kumpulan dari semasa ke semasa.
4.2 Kumpulan juga
mungkin berkongsi Data Peribadi anda seperti yang diwajibkan oleh undang-undang
atau jika pendedahan adalah perlu untuk mematuhi undang-undang, proses
undang-undang atau pertanyaan daripada pihak berkuasa yang berkaitan.
5. Kuasa untuk
Mengehadkan Pemprosesan
5.1 Sekiranya
anda:
(a) tidak ingin
menerima apa-apa komunikasi pemasaran daripada Kumpulan; atau
(b) ingin Kumpulan
menghentikan pemprosesan Data Peribadi anda bagi tujuan pemasaran atau sebarang
tujuan pemasaran langsung; atau
(c) ingin mengubah
cara di mana Kumpulan dibenarkan untuk memproses Data Peribadi anda seperti
yang diterangkan di bawah Seksyen 3 di atas;
anda boleh mengemukakan permintaan anda secara
bertulis kepada alamat seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 7 di bawah.
5.2
Apabila
anda melawat
laman web
Kumpulan, beberapa
maklumat mengenai komputer anda seperti alamat IP, perisian pelayar web, dan
laman-laman web yang dirujuki akan dikumpulkan secara automatik. Maklumat itu
hanya digunakan untuk mewujudkan pengalaman pengguna yang lebih baik dan untuk
mengenal pasti bahagian yang perlu ditambahbaik dalam laman web Kumpulan.
5.3 Sebagai
pelawat ke laman web Kumpulan, anda mungkin diperuntukan satu fail cookie kekal
pada pemacu cakera keras komputer anda. Anda berhak memilih untuk tidak
menerima fail cookie dengan membolehkan pelayar web anda untuk menolak cookie atau
memberi isyarat sebelum menerima cookie. Dengan tidak menerima cookie, anda
mungkin tidak dapat mengakses perkhidmatan dan peralatan tertentu yang
ditawarkan di laman web.
5.4 Apabila anda
mengakses halaman laman web Kumpulan atau menempah bilik atau membeli barang,
anda mungkin dikehendaki mendaftar masuk dengan menggunakan ID dan kata laluan.
Sebaik sahaja anda mendaftar masuk, Kumpulan akan merekodkan ID anda dalam fail
cookie pada komputer anda sekiranya anda menanda petak yang bertajuk “Remember me”. Fail cookie
kekal ini akan terus berada dalam pemacu cakera keras komputer anda sehingga
anda memadamkan fail tersebut secara manual.
6. Akses dan Pembetulan Data
Peribadi
6.1 Anda boleh memohon
mengakses kepada dan/atau membuat sebarang pembetulan ke atas Data Peribadi
anda dengan mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Kumpulan di alamat
yang tercatat dalam Seksyen 7 di bawah.
6.2 Berkenaan
hak
anda untuk mengakses dan/atau membetulkan
Data peribadi, Kumpulan mempunyai hak untuk:-
(a)
menolak
permintaan anda
untuk mengakses
dan/atau membuat
sebarang pembetulan
terhadap
Data Peribadi
anda
mengikut cara yang diperuntukkan
dalam Akta, seperti perbelanjaan
untuk memberikan akses kepada anda tidak setimpal dengan risiko kepada privasi
anda, atau hak pihak lain tergugat, antara sebab lain.
(b) menolak
permintaan anda untuk mengakses dan/atau membuat sebarang pembetulan terhadap
Data Peribadi anda seperti yang dibenarkan di bawah Akta, termasuk di mana Data
Peribadi anda diproses oleh Kumpulan untuk melaksanakan fungsi pengawalseliaan
dan menyediakan akses kepada anda dan/atau hak untuk membuat sebarang
pembetulan terhadap Data Peribadi anda mungkin memprejudiskan pelaksanaan
fungsi-fungsi tersebut oleh Kumpulan; dan
(c) mengenakan bayaran
sebanyak RM10.00 bagi memproses permintaan anda untuk mengakses Data Peribadi
anda.
6.3 Walaupun akses diberikan kepada anda atau sebarang
pembetulan/pengemaskinian yang dilakukan terhadap Data Peribadi anda, PPDP ini hendaklah terus
menjadi sah dan berkesan pada setiap masa.
7. Pertanyaan dan Cara
Hubung
Anda boleh meminta akses
dan/atau meminta untuk membuat pembetulan terhadap Data Peribadi anda atau
membuat sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan dengan pemprosesan Data
Peribadi anda dengan menghubungi kakitangan berikut untuk bantuan lanjut:-
Ketua Jabatan
Jabatan Undang-undang, Komplian
& Pentadbiran, Genting Malaysia Berhad
Alamat: Genting
Highlands Resort, 69000 Genting Highlands, Pahang Darul Makmur, Malaysia
E-mel: pdp@rwgenting.com
Nota: (1) Kumpulan berhak untuk
menyemak semula PPDP ini dari semasa ke semasa atas sebab perubahan dalam
undang-undang dan peraturan yang berkaitan dan anda dianggap telah bersetuju
terhadap penyemakan itu sekiranya anda masih mengekalkan perhubungan dengan
Kumpulan tanpa sebarang bantahan.
Anda dialu-alukan
untuk mendapatkan versi terbaru PPDP dari laman web Kumpulan atau dari kaunter
perkhidmatan pelanggan kami.
(2) Sekiranya berlaku percanggahan antara versi
Bahasa Inggeris dan versi lain untuk PPDP, maka versi Bahasa Inggeris akan
dirujuk dan diguna pakai.