09.06.2024 (Ahad)
6 petang
Arena of Stars
Sejak penubuhan mereka pada tahun 1998, Westlife telah melangkaui era boy band pada tahun 2000-an dan mengekalkan kedudukan mereka sebagai fenomena muzik evergreen berskala global. Dengan pelbagai lagu yang mengungguli carta dan luar biasa seperti “Seasons In The Sun”, “Uptown Girl”, “My Love”, "Swear It Again", “Flying Without Wings", "World of Our Own”, dan “Hello My Love”, Westlife telah memikat hati peminatnya dari seluruh dunia.
Kejayaan yang telah mereka kecapi adalah luar biasa, dengan jualan rekod melebihi 55 juta, 36 album nombor 1, dan lebih 3 bilion strim global. Juga mendapat jumlah tontonan YouTube melebihi 1 bilion dan melebihi 5.5 juta tiket konsert telah dijual di seluruh dunia, impak Westlife tiada batasannya. Kumpulan dari Ireland ini juga merangkul pelbagai anugerah seperti World Music Award, dua Brit Awards, empat MTV Awards, dan empat Record of the Year Awards sepanjang karier mereka.
Nyanyikan lagu-lagu popular bersama dan saksikan mereka secara langsung dalam Westlife The Hits Tour 2024 yang bakal diadakan pada 09.06.2024 di Arena of Stars, Resorts World Genting!
Harga Tiket
Jenis Tiket | Harga Biasa | Kadar Ahli Genting Rewards (melalui tunai/ pembelian kad kredit/ penebusan Mata Ganjaran) |
---|---|---|
VIP | RM1,188 | RM1069.20 |
PS1 | RM988 | RM889.20 |
PS2 | RM788 | RM709.20 |
PS3 | RM588 | RM529.20 |
PS4 | RM388 | NIL |