- Mesyuarat
- Pakej & Acara Khas
- Penyesuaian Unik
- Lawatan Maya 360°
10.08.2024 (Sabtu)
11.08.2024 (Ahad)
8:30 malam
Arena of Stars
Ikon seni tanah air yang disayangi ramai, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin merupakan penyanyi dengan gelaran penyanyi nombor satu Malaysia dan idola kepada generasi kini dengan kekuatan vokal yang tidak terbanding. Dengan kemerduan alunannya, beliau mencatat rekod di dalam "The Malaysia Book Of Records" sebanyak dua kali iaitu Artis Solo Pertama Mengadakan Persembahan Di Royal Albert Hall, London dan Artis Paling Banyak Menerima Anugerah.
Sehingga kini, beliau telah meraih lebih 300 anugerah dari dalam dan luar negara selama 28 tahun dalam bidang seni. Beliau juga telah mempunyai lebih 20 buah album rakaman dan menjayakan lebih 100 buah persembahan konsert dengan pelbagai skala.
Kali terakhir beliau menganjurkan konsert solo adalah pada 09.03.2024 menerusi Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza yang telah habis dijual dalam tempoh 2 jam dan disambut hangat oleh peminat-peminat tanah air dan juga antarabangsa.
Harga Tiket
Jenis Tiket | Kadar Normal | Kadar Ahli Genting Rewards |
---|---|---|
VIP | RM688 | RM619.20 |
PS1 | RM498 | RM448.20 |
PS2 | RM388 | RM349.20 |
PS3 | RM248 | NIL |